Mengidam Rojak Buah Semasa Hamil, Tapi Waspada Ia Boleh Datangkan Risiko Kalau Cara Penyediaan Salah!

Walapun rojak buah ini selamat dan tidak mendatangkan apa-apa risiko, namun ibu hamil harus perhatikan jenis buah yang boleh dan tidak boleh diambil.

Memang boleh bikin meleleh air liur kalau dapat makan rojak buah dengan kuahnya yang sangat lazat disusuli dengan keenakan kacang halus yang ditabur di atas buah-buahan tersebut.

Apatah lagi, rojak buah ini memang disukai oleh semua lapisan masyarakat dan diidamkan wanita hamil.

Ini kerana rojak buah terkandung pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang manis, masam, segar dan sebagainya. Contohnya gabungan buah jambu batu, jambu air, kedondong, nanas, sengkuang dan banyak lagi.

Bahkan, dengan makan rojak buah ini sedikit sebanyak dapat mengatasi rasa mual, muntah dan hilangnya nafsu makan selama kehamilan.

Namun persoalannya di sini, apakah ibu hamil selamat untuk makan rojak buah?

Rojak buah untuk wanita hamil

Menurut Dr Yusi Capriyanti, makan rojak semasa hamil tidak mempunyai sebarang masalah jika buah-buahan tersebut dibersihkan dengan betul.

Paling tidak selepas makan rojak, ibu tidak mengalami sebarang keluhan kecemasan seperti kembung atau nyeri di bahagian perut kerana ada juga rojak buah yang dibuat pedas.

Walaubagaimanapun, Dr Yusi menegaskan bahawa wanita hamil tidak mempunyai pantang larang dalam pemakanan yang pedas seperti rojak.

Tapi, beliau menyarankan supaya ibu tidak mengambil makanan seperti ini:

– Makanan mentah kerana boleh menyebabkan jangkitan virus
– Minuman berkafein tinggi, kopi, alkohol dan soda
– Makanan yang boleh menyebabkan alergi pada kulit ibu hamil

Sekiranya ibu teringin dan mengidam nak makan rojak buah, Doktor Yusi mengingatkan agar anda menghindari kuah rojak yang terlalu pedas.

Kemudian pilihan buah yang selamat dan dicuci bersih juga harus dititik beratkan.

Perkara yang harus diperhatikan

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, ibu hamil boleh mengamalkan makan rojak semasa kehamilan namun ada beberapa perkara yang harus diperhalusi oleh anda.

#1. Buah dan sayur yang digunakan perlulah dicuci bersih

Kredit: Secuit Rasa

Boleh dikatakan banyak jenis rojak buah yang ada dijual di gerai-gerai.

Walaupun penampilannya nampak berbeza namun secara umumnya penjual hanya menggunakan buahan tempatan dan sayuran segar yang tertentu seperti timun.

Jadi, ibu harus memerhatikan tahap kebersihan dari buah-buahan dan sayuran yang digunakan itu.

Di mana harus perhatikan bahawa sayur dan buah yang digunakan telah dicuci dengan bersih dan masih segar serta boleh dimakan.

Menurut panduan dari American Pregnancy Association, ada beberapa jenis makanan yang harus dielakkan ibu hamil dan salah satunya adalah buah yang tidak dicuci.

Hal ini kerana, buah yang tidak dicuci betul berpotensi menyebabkan penyebaran bakteria toksoplasmosis.

Ia boleh menempel pada sayur dan buah apabila tanah tercemar dengan bakteria ini.

Sekiranya ibu terkena infeksi, ia boleh menyebabkan komplikasi ringan seperti menghambat pertambahan berat janin sehingga berisiko untuk keguguran dan kematian janin dalam kandungan.

#2. Rojak tak boleh terlalu pedas

Orang Melayu memang suka makan pedas, kan? Tapi kalau sedang berbadan dua anda seharusnya tidak makan pedas secara berlebihan kerana ia boleh memberikan kesan buruk pada janin dalam kandungan.

Bahkan, makan pedas juga boleh memicu terjadinya perut memulas, cirit birit, radang saluran pencernaan dan banyak lagi.

Terutama bila anda berada di awal trimester pertama, amatlah penting untuk menjaga kualiti makanan yang diambil supaya mengelak dari berlakunya keguguran.

Perlu tahu juga bahawa, makan pedas semasa hamil juga timbul pelbagai mitos yang bertebaran dan dipercayai ibu hamil. Di mana makan pedas boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

Bahkan mitos yang paling ketara adalah makan pedas boleh menyebabkan keguguran dan cacat bawaan.

Namun, ibu usah terlalu khuatir kerana mitos ini tidak benar dan tidak ada bukti perubatan yang mengesahkan berkaitannya.

Apapun, ambil makanan yang ibu rasa selamat dan boleh baca terus dari artikel kami di website theAsianparent.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commengapa-ibu-hamil-ngidam-makanan-asam-ini-penjelasan-doktor