Roti Canai Kegemaran Rakyat Malaysia Dinobat Roti Terbaik Di Dunia, Kalahkan 49 Negara Lain!

Baru-baru ini roti canai telah dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia dan berita ini sememangnya telah mengejutkan ramai orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa sangka roti canai yang menjadi menu wajib rakyat Malaysia yang boleh didapati di mana-mana kedai terutamanya di kedai mamak dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas, sememangnya mengejutkan ramai orang!

Untuk maklumkan anda, laman TasteAtlas sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia.

Menerusi carta berkenaan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.

Sebelum ini, sajian ini juga pernah dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia, tahun lalu.

Jaga Kalori, Jangan Makan Berlebihan

Bukan saja enak dimakan pada waktu pagi, namun ia juga boleh dinikmati pada waktu malam. Ditambah pula dengan teh tarik, memang lengkap rasanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan kegemaran rakyat Malaysia ini terhasil daripada tepung yang telah diuli menggunakan minyak sapi.  Kemudian, ia digoreng menggunakan minyak sawit yang tinggi kandungan lemak tepu.

Jadi, jumlah kalori di dalam sajian ini sememangnya sangat tinggi. Sekeping biasanya mempunyai 300 kalori. Itu baru sekeping roti canai, tak termasuk lagi dengan kuah dhal, kuah kari ataupun sambal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalori : 300

  • Karbohidrat : 50 gram
  • Lemak : 10 gram
  • Protein : 9.4%

Jika dikira berdasarkan hidangan dua keping roti canai kosong dan juga kuah dhal, jumlah kalorinya mencecah 900 kalori sahaja pada waktu sarapan. Kalau makan sajian ini setiap hari, pasti ianya mendatangkan pelbagai masalah kepada tubuh badan kita.

Sekiranya anda ingin berdiet dengan memakan roti canai sahaja di awal pagi, anda perlu memastikan bahawa segala resepi biasa yang digunakan untuk memasak menu ini diubah. Cadangannya adalah seperti di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Gunakan tepung yang mempunyai nilai serat tinggi.
  • Gunakan marjerin sebagai pengganti kepada minyak masak.
  • Tambahkan sayuran-sayuran ke dalam resepi roti canai anda.
  • Jikalau anda berbuat sedemikian, kalori roti canai akan menurun sehingga 280 kalori.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 7 Tips Penting Untuk Mencegah Anak Keracunan Makanan, Kasihan Mereka!

Baca juga : Makanan Punca Kanser Yang Kita Makan Setiap Hari – Jom Kurangkan!

Baca juga : Kalau Ingin Hari-Hari Anda Lebih Cergas, Elakkan 6 Menu Sarapan Pagi Ini!

Penulis

Nursyamimi