Royal Canin Dekati Pencinta Haiwan Dan Pemilik Kucing Serta Anjing Di Ekspo Kucing 2022 Dengan Jayanya

Ekspo Kucing 2022 membantu Royal Canin mendekati pemilik haiwan peliharaan serta membantu menyelesaikan teka-teki kesihatan kucing mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ekspo Kucing 2022 yang berlangsung pada 30 September sehingga 2 Oktober lalu bertempat di MATRADE Exhibition and Convention Centre  (MECC) berjalan dengan jayanya, dengan banjiran pencinta haiwan peliharaan dan pemilik kucing. Royal Canin sebagai sebuah jenama haiwan peliharaan terkenal turut kembali sebagai salah satu peserta terbesar di dalam pameran kucing terbesar ini.

Jenama produk penjagaan kucing terkenal itu bertemu dengan lebih daripada 250 ekor kucing dan pemiliknya untuk meningkatkan tahap kesedaran akan pentingnya penjagaan veterinari yang sempurna serta mengikut pada masa yang ditentukan.

Sebagai sebuah jenama yang percaya dan memupuk penjagaan haiwan peliharaan masa hadapan untuk mencapai tujuan utaa syarikat tersebut: Sebuah dunia terbaik untuk haiwan peliharaan menerusi setiap fasa kehidupan mereka, Royal Canin dengan julung kalinya membuka sebuah booth interaktif di mana pemilik kucing boleh tampil berbincang dengan veterinar dan membawa haiwan peliharaan mereka untuk menerima satu sesi pemeriksaan kesihatan.

Marlie Joosten, Ketua Perniagaan Runcit untuk Royal Canin Malaysia bersifat lantang tentang nilai Royal Canin yang memegang tinggi kepada tujuan mereka sebagai sebuah jenama: Sebuah Dunia Terbaik Untuk Haiwan Peliharaan menerusi penjagaan mencegah, “Seperti mana kita manusia perlu pergi mendapatkan pemeriksaan kesihatan, kita juga perlu melakukan yang sama untuk haiwan peliharaan kita!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Haiwan peliharaan secara amnya hanya menunjukkan sebarang tanda sakit apabila ia sudah progress jauh, yang mana kenapa ia penting untuk membuat jadual kerap untuk bertemu dengan vet buat ahli keluarga kita yang comel ini. Cadangan kekerapan untuk pemeriksaan medikal ini adalah sekurang-kurangnya sekali setahun. Klinik veterinari juga mempunyai fasiliti yang penting untuk mengesan sebarang penyakit yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, dan ia boleh menyelamatkan kesihatan banyak nyawa haiwan peliharaan sebelum ia menjadi lebih teruk. Ia boleh jadi yang terpenting di dalam mengekalkan kesihatan haiwan peliharaan kita untuk jangka masa panjang. Dek kerana setiap haiwan peliharaan berbeza, langkah pencegahan dari vet juga boleh dinasihatkan kepada setiap pemiliknya untuk membantu mereka dengan lebih mudah di dalam menyediakan kehidupan yang terbaik buat haiwan peliharaan mereka,” sambung Joosten.

Dalam meneruskan langkah kempen kesedaran “Take Your Pet to The Vet”, jenama produk penjagaan kucing dan anjing terkenal itu menjemput Dr. Salehatul Khuzaimah (juga terkenal sebagai Dr Ima di media sosial), seorang vet haiwan pendamping di Lembah Klang, untuk mengendalikan sebuah sesi Q&A dengan orang awam dalam membincangkan tentang kebimbangan pemilik haiwan dari sisi seorang vet profesional. 

Sesi Q&A tersebut telah dijalankan dua kali sehari sepanjang ekspo tersebut berlangsung, di mana perbincangan yang memberangsangkan dengan pemilik haiwan telah dilakukan dengan harapan dalam meningkatkan tahap kesedaran tentang pentingnya penjagaan yang diperlukan untuk membantu memperbaiki kesihatan haiwan peliharaan mereka. Sesiapa sahaja yang berminat boleh menonton semua sesi Q&A tersebut menerusi Facebook Royal Canin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya, individual yang telah mendaftar sebagai ahli baru Royal Canin Club sewaktu pameran itu layak mendapat sebuah mangkuk cat feeding, bersama baucar RM60 untuk konsultasi veterinar serta servis rawatan yang boleh ditebus di mana-mana klinik vet yang terlibat yang boleh didapati maklumatnya menerusi aplikasi telefon pintar Royal Canin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ahli sedia ada Royal Canin Club pula menerima 100 mata yang boleh ditebus bersama dengan baucar pemeriksaan kesihatan tersebut. Sepanjang tiga hari acara itu berlangsung, seramai 2000 pemilik haiwan peliharaan telah mendaftar sebagai ahli Royal Canin Club untuk menebus baucar kesihatan RM60 tersebut dan 400 pemilik haiwan telah menebus 100 mata ganjaran menerusi aplikasi Royal Canin Club.

Pengunjung juga mendapat peluang untuk memenangi hadiah menarik dari mesin claw Royal Canin serta maze game. Kuiz Kahoot! pula mencabar peserta untuk menjawab soalan yang berkenaan dengan penjagaan kucing dan menguji pengetahuan mereka. Sebagai hadiah untuk memenangi skor yang tertinggi, empat pemenang bertuah berjaya membawa pulang sebuah Samsung Galaxy Tab 7 keluaran baharu pada upacara itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara keseluruhannya, Ekspo Kucing 2022 telah berlangsung dengan jayanya, dengan pembelajaran tentang kesihatan kucing yang berlangsung sepanjang acara itu dengan sambutan buat haiwan yang comel itu.

Royal Canin berikrar untuk terus bekerja rapat dengan pakar haiwan peliharaan untuk menyediakan produk bernutrisi untuk kucing dan anjing. Keluarga Royal Canin juga boleh menjangkakan akan acara yang sama seperti Pets World akan berlangsung akan datang, di mana Royal Canin secara aktifnya bertarung untuk kesihatan haiwan agar tidak dipandang enteng lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad