Alif Satar Buat Wasiat, Risau Dengan Nasib Isteri & 3 Anak Jika Dia Mati Dulu

Untuk membela nasib isteri dan tiga orang anak-anaknya, Alif Satar buat persediaan dengan mengagihkan wasiat kepada insan yang tersayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila seseorang yang telah memenuhi syarat tertentu dalam pemberian wasiat, individu tersebut mestilah patuhi rukun wasiat itu sendiri terlebih dahulu iaitu pewasiat, penerima wasiat, harta yang akan diwasiat dan lafaz.

Boleh dikatakan ramai masyarakat yang bertindak membuat hibah dan wasiat kepada orang tersayang kerana risiko kematian tidak mengenal usia.

Misalnya baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian dua orang selebriti terkenal yang meninggal dunia dalam usia yang boleh dikatakan muda iaitu Abam Bocey dan Asyraf Sinclair.

Kemudian timbul pula isu tentang pengagihan harta pusaka oleh Abam Bocey kepada keluarga kerana beliau dikatakan tidak sempat untuk mengagihkan wasiat dan sebagainya.

Walaubagaimanapun kami berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang paling terbaik dan bermuafakat kerana ada waris yang perlu diijaga kerana masih kecil.

Alif Satar menyediakan pelan warisan atau dokumen wasiat

Atas sebab itu, penyanyi dan pengacara Alif Satar berasa risau mengenai nasib dan masa depan keluarganya.

Lantas dengan itu, Alif mengambil langkah bijak dengan menyediakan pelan pewarisan harta atau dokumen wasiat semasa hidup bagi menyenangkan isteri dan anak-anaknya untuk meneruskan kehidupan selepas ketiadaannya nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ramai orang suruh buat simpanan tapi sebenarnya wasiat lebih penting. Saya sebenarnya tak berapa pandai untuk buat semua benda ini tapi ia perlu dibuat juga,”. katanya.

Menurut Alif, sejak anak pertamanya lahir lagi dia sudah menyediakan wasiat ini. Hal ini kerana dia tidak tahu berapa lama kita akan hidup. 

Selain itu, bapa tiga anak ini turut menjalinkan kerjasama dengan Institut Jantung Negara bagi menggerakkan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan jantung.

Syarat dan rukun wasiat 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wasiat menjadi sah bila seseorang individu itu memenuhi syarat berikut:

a) Akal

Akal merupakan syarat yang mesti ada terutama dalam soal memberi hadiah dan sedekah.

Ini kerana, wasiat tidak sah jika dilakukan oleh orang gila atau terencat akal, orang pengsan atau mabuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua golongan ini dianggap orang yang kehilangan akal yang merupakan asas kepada taklif jadi orang-orang ini tidak layak memberi sedekah.

b) Baligh

Syarat ini juga penting dan tidak sah wasiat daripada kanak-kanak walaupun telah mumaiyiz kerana ia tidak layak untuk bersedekah.

c) Pilihan

Wasiat ini tidak sah jika dilakukan oleh orang yang dipaksa kerana ia bermakna menyerahkan hak milik maka perlu melalui keredahan dan pilihan si pemiliknya.

d) Merdeka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak sah daripada seorang hamba, sama ada hamba tulen (yang tidak akan dibebaskan), mudabbar (yang dibebaskan selepas kematian tuannya) atau mukatib yang dibebaskan dengan melunaskan bayaran tertentu kepada tuannya kerana hamba bukan pemilik.

Selain itu, syarak mengaitkan wasiat dengan pusaka dan perwarisan sedangkan hamba tidak boleh mewariskan hartanya.

Dengan ini hamba tidak boleh terbabit dalam soal wasiat.

Selain itu, harta yang diwasiatkan juga tertakluk kepada beberapa syarat bagi menjadikan ia sah.

Ini kerana, wasiat tidak sah jika tak memenuhi syarat seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Harta tersebut mestilah halal untuk dimanfaat. Wasiat harta yang diharamkan adalah alat muzik dan alat judi adalah tidak sah.
  • Harta tersebut mestilah boleh dipindah milik. Mewasiatkan hukum qisas dan hak syafaat adalah tidak sah kerana ia tidak boleh dipindah milik apabila pemiliknya tidak boleh untuk memindahkan hak miliknya.

Lafaz wasiat

Wasiat tersebut perlulah melalui lafaz sama ada dalam bentuk jelas atau kabur seperti berikut:

  • Saya mewasiatkan untuknya satu ribu atau serahkan satu ribu kepadanya selepas kematian saya atau berikan kepadanya selepas kematian saya.
  • Saya mewasiatkan harta itu menjadi haknya selepas kematian saya.

Lafaz wasiat yang jelas ini diterima sebagai suatu wasiat dan sah dilaksanakan menurut lafaz tersebut.

Oleh itu, sekiranya penerima wasiat meninggal dunia sebelum kematian pewasiat maka wasiat tersebut terbatal dengan sendirinya kerana wasiat hanya berlaku selepas kematian pewasiat.

Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas kematian pewasiat tapi sebelum dia bersetuju menerimanya maka ia masih sah dan waris dia akan mewakili untuk menerima atau menolak.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Mstar Online 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comnafkah-suami