Musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini pasti ramai ibu ayah yang runsing. Bukan saja perlu bekerja dari rumah, mereka akan sepenuh masa perlu uruskan anak. Jadi bagaimana mahu pastikan rumah bersih dan kemas?
Pasti ada yang pening kepala dengan keadaan rumah ketika ini. Dengan bersepahnya, mainan penuh di atas lantai, atas katil dan sebagainya. Bagai nak pecah rasa rumah.
Selama ini tidaklah terlalu perlu mengadap, tetapi jika sudah terpaksa bekerja dari rumah, mata pun tak senang juga kan nak tengok rumah bersepah sebegitu rupa.
Rumah bersih, kemas sentiasa walaupun anak ramai
Jadi ibu ini, Aminah Mat Yusoff Yusoff berkongsi mengenai tips bagaimana mahu pastikan rumah sentiasa kemas dan bersih walaupun anak ramai yang dikongsikan rakan kepadanya.
Antara yang dikongsikan termasuklah:
Tips dari seorang kawan, saya share kat sini. Moga jadi panduan untuk diri ini dan juga sahabat FB.
#1. Terima kenyataan, raikan fitrah anak-anak
Ada seorang ibu menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah. Terpaksa bangun pkul 1 @ 2 pagi untuk kemas rumah yang bersepah macam kapal pecah. Kawan nak datang rumahpun ditahan-tahan kerana segan.
Ramai ibu-ibu faham situasi rumah jika punyai anak-anak berderet dan masih kecil. Bersepah tu dah macam wajib, kalau rumah kemas,mainan tersusun rapi je, mesti ada same thing wrong dengan anak-anak. Samada mereka demam atau hantar umah nenek.
Satu perkara kita kena terima ialah bermain itu adalah fitrah kanak-kanak. Ia dikira sebagai proses pembelajaran juga. Usah disekat naluri anak. Biarkan sahaja mereka menghayati dunia kanak-kanak yang penuh dengan fantasi dan imaginasi.
Jadi fahamilah fitrah anak. Terima kenyataan bahawa pada usianya ini dia memang perlu bermain. Rumah bersepah ibarat perkara wajib bila ada anak kecil di rumah, tetapi lepas itu ajarlah mereka kemas.
#2. Disiplin dan belajar mengikut peraturan
Anak-anak yang sedang membesar nie tidak boleh dibiarkan tanpa peraturan dan disiplin. Maksud saya bukan bertujuan untuk mengongkong, tetapi melatih mereka menjadi seorang yang bersistem dan bijak.
Time dengar azan, tanpa dolak dalih terus ambil wuduk dan bersedia untuk solat berjemaah. Itu adalah peraturan pertama yang Allah cipta untuk manusia. Cara anak faham arahan dan melaksanakan arahan tersebut merupakan skill yang paling mahal dalam hidup mereka.
Cuba disiplinkan anak dengan cara ini. Ia sangat membantu apabila mereka menginjak dewasa kelak.
#3. Beri tugas dan peranan setiap anak
Kawan saya kongsi bagaimana dia disiplinkan anak-anaknya sehingga hidup mereka sangat mudah, simple dan tidak memenatkan.
Setiap anak diberi peranan yang berbeza mengikut kadar kemampuan. Bidang tugas juga disusun cantik.
Anak yang umur 3-6 tahun : Bertugas kemas mainan dan kutip sampah kecil di lantai. Bukan mudah nak disiplinkan anak kecil untuk ikut arahan, tapi urusan akan jadi sangat senang bila ada contoh yang dia dapat tiru.
Anak yang 7-9 tahun : Tolong ibu jemur dan angkat pakaian di ampaian.
Anak 10 – 15 tahun akan bertugas mengikut jadual. Kawan saya hanya menyusun jadual bertugas pada hari cuti kerana waktu persekolahan anak-anak sangat penat. Musim PKP nie setiap hari pun boleh. Satu hari hadkan hanya satu tugas sahaja kerana anak-anak juga perlukan masa untuk menyiapkan tugasan sekolah.
Jumaat – Buang sampah ( Anak akan pastikan sampah dibuang dalam tong besar sebelum maghrib)
Sabtu – Basuh pinggan
Ahad – kemas meja makan
Isnin – Sangkut baju pada hanger
Selasa – Susun kasut dan selipar
Rabu – Aktiviti bebas
Khamis – kumpul kain kotor
Tugasan bergantung kepada keperluan. Contoh siram pokok, lipat baju, masak nasi, kupas bawang dan sebagainya.
Hakikatnya, kejayaan semua tips ini bergantung bagaimana ibu ayah mencorakkan anak. Jangan mengalah sebelum mencuba. Percaya pada diri dan percaya juga pada anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Aminah Mat Yusoff Yusoff
Baca juga:
Rumah Tak Terurus, Suami Cari Pasal? Beri Dia Tips Ini Untuk Seri Rumah Tangga!