Bukti sebuah pengorbanan seorang ibu yang mendukakan dapat dirakam melalui kamera cctv ketika sebuah bangunan rumah terbakar di China.
Kasih sayang ibu bapa terhadap anak sememangnya tanpa batasan. Dari kecil mereka ditatang bagai minyak yang penuh sehingga jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, ibu ayah sanggup menggadaikan nyawa mereka.
Tragedi rumah terbakar
Apa yang menarik perhatian ramai adalah dalam video tersebut jelas menunjukkan seorang ibu memegang dua orang anaknya yang berusia 9 tahun dan 3 tahun di luar tingkap rumah mereka.
Cukup menyedihkan kerana kelihatan di belakang wanita berkenaan dipenuhi dengan kepulan asap kebakaran hitam yang tebal.
Pada kejadian rumah terbakar ini berlaku, keluarga malang ini berada pada aras 5 bangunan berkenaan. Pastinya mereka boleh sesak nafas kerana ketiadaan bekalan oksigen.
Pada saat kejadian berlaku, orang ramai turut menyaksikan si ibu telah melemparkan selimut dan cadar tilam ke bawah sambil meminta tolong.
Dengan pantas, penduduk di sekitar kediaman berkenaan yang berada di bawah membuat jaringan bagi membolehkan kanak-kanak tersebut boleh terjun dengan selamat.
Dahulukan keselamatan anak
Keadaan api yang begitu marak, para saksi kejadian menyuruh wanita berkenaan melepaskan anak-anaknya. Dia telah melepaskan anaknya yang berusia 9 tahun terlebih dahulu untuk melompat.
Suasana bertukar menjadi riuh apabila mereka yang menyaksikan terjunan dari bangunan kediaman itu sangat menggerunkan.
Panjang umur kanak-kanak berkenaan apabila dia dapat disambut dengan jaring oleh orang ramai dengan selamat.
Seterusnya, si ibu yang tidak diketahui namanya bersiap sedia untuk melemparkan anak perempuan keduanya yang masih kecil.
Ketika dilemparkan, lebih ramai yang menjerit melihat anak kecil ini melayang dari atas ke bawah yang mungkin gagal untuk diselamatkan.
Dia hampir saja tersasar dari jaring, namun dengan kerjasama dari kalangan orang ramai anak kecil berkenaan berjaya disambut.
Seterusnya, giliran si ibu pula untuk terjun dari jendela kediaman mereka. Oleh kerana keadaan api yang tidak dapat dikawal dan rumah terbakar semakin teruk, wanita berkenaan telah pengsan di tepi jendela.
Menurut laporan media tempatan, walaupun wanita berkenaan berjaya menyelamatkan nyawa anak-anaknya, namun dia tidak dapat menyelamatkan diri sendiri sewaktu kebakaran berlaku.
Keadaan anak perempuannya mengalami patah pada bahagian kaki yang memerlukan operasi pembedahan.
Manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecedaraan yang serius dan mereka dibawa ke hospital serta dilaporkan stabil. Namun, doktor telah mengesahkan bahawa si ibu telah meninggal dunia. Semoga tenang jiwanya di sana.
Kasih sayang seorang ibu tanpa batas. Perjuangan seorang ibu yang berusaha keras mampu menyelamatkan nyawa kedua-dua anaknya pasti akan menjadi pengajaran buat setiap insan di dunia.
Tips keselamatan perumahan bertingkat
#1. Pasang penggera (alarm) kebakaran di bangunan anda termasuklah di luar bilik tidur
#2. Jangan guna elektrik atau kabel pendawaian elektrik yang berlebihan
#3. Elakkan biarkan lilin menyala tanpa dimatikan.
#4. Jauhkan semua plug atau punca elektrik dari pandangan anak-anak
#5. Sediakan alat pemadam api dan pelajari cara-cara untuk menggunakannya.
#6. Jangan menyimpan peralatan elektrik yang sudah lama dan rosak di dalam rumah.
#7. Gantikan penggera (alarm) kebakaran setiap 10 tahun sekali serta periksa penggera di kawasan anda setiap 2 kali dalam setahun.
Tindakan sekiranya berlaku kebakaran
Perkara yang pertama adalah anda perlu menyelamatkan diri sekiranya berlaku tanda-tanda kebakaran.
Ibu ayah juga perlu mengadakan latihan kebakaran dengan anak-anak agar mereka dapat memilih tindakan yang terbaik bagi melindungi diri ketika sebarang bencana terjadi samada kebakaran atau banjir.
Dengan cara ini, anda dan anak-anak tidak lagi hanya menunggu bantuan dari orang lain kerana anda tahu langkah-langkah berhadapan dengan kecemasan.
Dedahkan anak dengan perkara-perkara penting seperti:
#1. Suruh anak melakukan aksi menjatuhkan diri dan berguling pada lantai bagi mematikan api yang menyerang tubuh badan mereka.
#2. Merangkak di dalam bilik, bawah katil dan laluan kecil bagi mencegah anak-anak bernafas di dalam asap yang tebal.
#3. Sentuh semua pintu sebelum bertindak untuk membukanya. Sekiranya pintu tersebut panas, ia bermakna terdapat api yang begitu besar.
#4. Jangan pernah memasuki semula tempat kebakaran ketika anda sudah berada di luar kejadian.
Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsuami-isteri-kemalangan-hangus