Ibu mana yang tak sedih bila anak yang dikandungkan selama sembilan bulan akhirnya telah menanti saat kematian selepas dihantar ke rumah pengasuh.
Ini yang terjadi kepada seorang ibu apabila tidak sangka pada hari pertama dirinya menghantar si kecil berusia setahun ke rumah pengasuh dan itulah hari terakhir dia melihat anak kesayangannya itu.
Ibu berkenaan bernama Safiah, 29 merupakan ibu kepada Muhammad Aydan Firas Muhammad Faris Azim mengatakan bahawa anaknya disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Setapak.
Saat kematian anak di rumah pengasuh
“Hari pertama saya dan suami menghantar anak ke rumah pengasuh, ini jugalah hari terakhir anak bersama kami,” katanya.
Pada hari kejadian, Safiah telah dihubungi pengasuh pada jam 12 tengah hari yang memaklumkan Muhammad Firas kebiruan dan tidak sedarkan diri.
Lantas Safiah bergegas ke rumah pengasuh dari tempat kerjanya. Setelah sampai, anaknya telah dihantar ke klinik dan dirujuk di bahagian hospital swasta.
Semasa sampai di hospital, doktor yang bertugas di bahagian kecemasan memberitahu anaknya telah meninggal dunia dan jenazahnya akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Melalui bedah sisasat, tidak muncul sebarang unsur jenayah tapi punca sebenar kematian anaknya belum dapat dipastikan.
Cadang hantar anak ke rumah pengasuh untuk berkawan
Sebelum ini, Muhammad Aydan dijaga oleh keluarga mereka namun Safiah dan suaminya bercadang menghantar ke rumah pengasuh supaya arwah dapat bergaul dan berkawan dengan kanak-kanak yang lain.
Meskipun itu, pasangan suami isteri ini redha dengan apa yang berlaku dan berharap punca kematian anaknya dapat diketahui dengan cepat.
Sementara itu, jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Batu Muda Kuala Lumpur.
5 Tanda-tanda bayi atau kanak-kanak tak sihat
Sebagai ibu bapa anda harus peka dengan kesihatan anak sama ada mereka berada dalam keadaan yang sihat atau sebaliknya.
Walaubagaimanapun, lima tanda-tanda ini mungkin dapat membantu mengenal pasti keadaan kesihatan nak dengan memudahkan anda mengambil langkah awal untuk mencegah sebarang keungkinan yang tak baik.
Berikut tanda-tanda mereka tak sihat
#1. Menangis
Si kecil kalau berada dalam peringkat bayi biasanya akan menangis jika tidak sihat terutama bila rasa tak selesa.
Walaubagaimanapun bayi kalau lapar pun mereka akan menangis jadi ibu harus lebih peka dengan perbezaan tangisan mereka itu.
Ini kerana, cara ini saja yang dapat memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan tak sihat. Jadi kalau ada yang tak kena, sila bawa mereka ke hospital dengan segera.
#2. Tidak aktif
Kanak-kanak kalau dah masuk ke umur setahun ke atas biasanya ligat dan aktif setiap hari. Paling tidak mereka akan menggerakkan tangan kaki atau berlari.
Jadi kalau nampak si kecil seolah tak aktif seperti hari biasa itu bermakna mereka tak sihat. Misalnya mungkin sedang demam, sakit perut, pening kepala atau sebagainya.
#3. Tiada selera makan
Tanda lain seperti kurang selera makan. Ini ibubapa sendiri pasti kenal bagaimana selera anak ketika waktu sihat dan tidak sihat, kan?
Paling tidak apabila waktu minum susu. Dari bayi hingga kanak-kanak tanda ini paling mudah untuk dilihat. Jarang bayi menolak susu melainkan mereka rasa tak sihat.
#4. Lebih kerap tidur
Seterusnya adalah anak kerap tidur. Kalau peringkat bayi yang baru lahir, mereka dikatakan sedang mengalami demam kuning.
Walaumanapun, kekadang bayi lebih kerap tidur mungkin kerana dia letih. Begitu juga diperingkat kanak-kanak tanda-tanda ini masih kelihatan.
#5. Nampak lemah
Nampak lemah ini sama juga seperti kurang aktif tapi ada antara bayi dan kanak-kanak ini tidak aktif pada waktu bangun dari tidur.
Tetapi bagi bayi atau kanak-kanak yang tidak sihat mereka akan nampak lemah sepanjang hari.
Apapun, jangan biar lama-lama sekiranya terdapat tanda-tanda seperti yang kami kongsikan ini kerana sebaiknya anda segera bawa mereka ke hospital yang berdekatan untuk dirawat.
Kami di the Asianparent Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah adik Muhammad Aydan Firas. Percayalah, anak kalian sedang menanti di pintu syurga.
Inilah saat kematian yang paling ditakuti ibu bapa bila hantar anak ke rumah pengasuh.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Harian Metro, Arzmoha
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comkematian-anak-mengejut