Ibu, JANGAN Basuh Botol Susu Dengan Pencuci Pinggan, Ia Boleh Bahayakan Si Kecil!

Menggunakan sabun pencuci pinggan untuk basuh botol susu anak, adakah ia boleh mendatangkan kemudaratan pada si kecil?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teringat baru-baru ini semasa berhenti rehat di RnR Tapah, penulis perhatikan ada seorang ibu yang mencuci botol susu anaknya dengan sabun basuh pinggan. Masa itu tak berani nak tegur takut kita pula kena ‘sound‘ dengan dia.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir mak-mak yang hanya basuh botol susu dengan cara yang paling ‘malas’ iaitu goncang dengan air sudah siap. Aik, bersih ke tidak itu?

Tak risau ke anak kecil nak minum susu dengan botol tersebut? Sebab itu, jangan pelik kalau anak kerap sakit setiap minggu. Puncanya dari ibu bapa yang tak peka dengan kebersihan botol susu yang si kecil guna.

Sebab itu adalah sangat penting ibu bapa menjaga dengan baik botol susu atau puting yang digunakan anak sama ada ia masih dalam kondisi yang elok atau sebaliknya.

Bahaya guna sabun basuh pinggan untuk cuci botol susu anak

Selain itu, ibu bapa perlu menggunakan sabun yang sesuai dan khas untuk membersihkan alatan anak dan TIDAK sewenang-wenangnya menggunakan sabun basuh pinggan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana, sabun yang selalu kita guna itu terdapat bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan terutama bayi yang masih belum ada antibodi yang kuat. 

Ya, mungkin lepas guna botol susu jadi bersih, wangi dan berkilat, tapi kesannya pada anak mungkin kita tidak dapat jangka.

Sedangkan dalam sabun pencuci pinggan itu mungkin mempunyai kandungan Sodium Lauryl dan Laureth Sulfate. Kedua-duanya merupakan bahan kimia yang membuatkan sabun berbuih, namun ia boleh menyebabkan masalah kulit dan peradangan.

Menurut Terapis Dermal Isabella Loneragan dari Northern Sydney Dermatology, bahan ini banyak ditemui dalam produk pencuci yang berbuih seperti sabun, syampu dan sebagainya.

Sabun pencuci khas untuk botol susu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi membersihkan botol susu anak, anda boleh memilih dari jenis liquid cleanser tidak kisah jenama apa sekalipun asalkan ia khusus untuk mencuci botol susu si kecil serta selamat digunakan.

Apabila kita mengguna pencuci botol khas, anda boleh lihat perbezaannya selepas mencuci seperti tiada lagi kerak susu di keliling puting botol, tidak berbau, kelihatan bersih dan lain-lain.

Tak tahu pencuci apa yang anda nak pilih jom semak di bawah: 

#1. Chomel breast pum and bottle cleanser

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sabun pencuci botol susu ini berkesan bagi menghapuskan kotoran degil yang ada pada botol susu, malah ia juga tidak membahayakan kesihatan si kecil.

Dengan sistem multifungsi, ia boleh menghilangkan kotoran yang melekat pada dinding botol dan mesin pengepam susu dengan bersih sekali. Malah ia juga dapat membersihkan puting, mainan dan makanan anak.

Walau bagaimanapun, pastikan anda meletakkan sabun ini jauh dari pandangan anak kerana bimbang si kecil mencapainya nanti dan elakkan dari terkena mata.

#2. Sleek baby bootle, nipple and accessories cleanser

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk ini tidak memberi kesakitan pada kulit atau menyebabkan iritasi, malah anda akan terasa lembut semasa menggunakannya.

Apatah lagi, sabun ini bebas paraben dan menjadikannya selamat serta tiada risiko kesihatan yang akan berlaku jika si kecil menggunakan botol yang dibasuh dengan menggunakan pencuci ini.

Sabun ini dikatakan mampu menghilangkan bau yang kurang enak kerana ia boleh membasmi kuman dan bakteria yang melekat dalam botol.

#3. Pureen Liquid clenaser

Jenama Pureen memang terkenal pada ibu-ibu yang ada anak kecil dan pencuci botol susunya juga sangat selamat untuk membasuh sayur, buah dan alatan yang digunakan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, ia juga sama fungsinya untuk menghilangkan bau, membasmi kuman dan sebagainya.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda pencerahan tentang pentingnya mencuci botol susu anak dengan menggunakan sabun yang betul. Diharap anda tidak lagi menggunakan sabun yang tidak sesuai untuk kegunaan si kecil. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Majalah pama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsabun-bayi-untuk-kulit-alergi