Tahukah anda, tangan yang kelihatan bersih belum tentu ia bersih jika anda belum mencuci tangan menggunakan air dan sabun cuci tangan. Sebab itu, pastikan anda basuh menggunakan hand wash terbaik yang sesuai dengan kulit.
Lebih-lebih lagi jika menyentuh permukaan kotor, sebelum dan selepas makan, keluar dari tandas dan selepas batuk atau bersin.
Kebanyakan hand wash biasa mengandungi antibakteria, tidak mengandungi alkohol dan telah diuji secara dermatologi. Oleh sebab itu, biasakan cuci tangan dengan cara yang betul dan hentikan penggunaan sabun yang kurang sesuai.
Pastikan pilih hand wash yang tidak mengandungi bahan kimia toksik seperti Dietanolamina (DEA) dan Natrium Dodecylbenzensulgfonate yang boleh menyebabkan iritasi.
Isi Kandungan
Tips Pemilihan Sabun Cuci Tangan
Pemilihan hand wash yang betul amatlah penting kerana ia boleh memberikan kesan secara langsung pada kulit, terutamanya mereka yang mempunyai ekzema. Jika tersalah pilih, kemungkinan kulit menjadi kering, sangat gatal dan kemerahan.
Tapi, tidak ramai yang mengetahui cara pemilihan hand wash yang betul. Disebabkan itu, terdapat beberapa cara memilih sabun cuci tangan yang perlu anda perhatikan betul-betul.
1. Semak bahan kandungan.
Elak formula yang mengandungi bahan kandungan menyebabkan kita alah. Jika tidak pasti, sebaiknya lakukan ujian “patch test" pada bahagian kulit tertentu untuk melihat tindak balas bahan produk terhadap kulit.
Caranya, letakkan sedikit cecair pada bahagian dalam lengan atau pergelangan tangan. Dalam masa 15 minit, perhatikan sama ada kulit alergi pada bahan tersebut. Produk yang tidak sesuai akan membuatkan kulit terasa gatal-gatal.
2. Mengandungi bahan yang melembutkan kulit.
Hand wash bukan sahaja melindungi kulit anda daripada kuman, bakteria dan virus. Pastikan hand wash yang dipilih boleh melembutkan kulit anda walaupun kerap mencuci.
Pilih sabun cuci tangan yang tidak mengandungi alkohol, dengan kandungan tambahan vitamin E, gliserin dan asid hyaluronik untuk memastikan tangan anda kekal bersih dan sentiasa lembap!
3. Tanpa pewangi tambahan & pewarna tiruan
Hand wash yang mempunyai pewangi tambahan dengan pewarna biasanya memiliki aroma yang sangat kuat. Bukan itu sahaja, kedua-dua bahan ini akan memburukkan lagi keadaan bagi orang yang mempunyai kulit sensitif.
Sebaliknya, pilih hand wash yang tidak berwarna-warni dengan bau yang semulajadi tanpa membuatkan bau tengik menusuk hidung.
8 Sabun Cuci Tangan Terbaik Di Pasaran
Bagi membantu anda, kami telah senaraikan beberapa pilihan jenama sabun cuci tangan terbaik di pasaran. Apa yang penting, ia tidak merengsa dan melembutkan kulit walaupun kerap mencuci tangan.
Dettol Original Antibacterial Hand Wash
Hand Wash Terbaik Membunuh Kuman
|
Beli di Shopee |
Fruiser Hand Wash Lemon
Hand Wash Terbaik Wangi
|
Beli di Shopee |
Kirei Kirei Anti Bacterial Foaming Hand Soap
Hand Wash Terbaik Untuk Kanak-kanak
|
Beli di Shopee |
Dettol Sensitive Antibacterial Hand Wash
Hand Wash Terbaik Untuk Kulit Sensitif
|
Beli di Shopee |
Lifebuoy Antibacterial Handwash Total Protect
Hand Wash Terbaik Keseluruhan
|
Beli di Shopee |
Follow Me Anti-bacterial Hand Wash Active Care
Hand Wash Terbaik Rasa Sejuk & Segar
|
Beli di Shopee |
Watsons Strawberry & Yoghurt Cream Hand Wash
Hand Wash Terbaik Melembutkan Kulit
|
Beli di Shopee |
Yoyou Travel Disposable Soap
Hand Wash Terbaik Mesra Travel
|
Beli di Shopee |
Dettol Original Antibacterial Hand Wash
Sabun Cuci Tangan Terbaik Membunuh Kuman
Bersihkan tangan secara berkala menggunakan Dettol Original Antibacterial Hand Wash yang berkesan membunuh 99.99% bakteria dan kuman yang melekat pada tangan. Dengan aroma pain asli , ia bukan sahaja membersih dan menyegarkan kulit malah dapat melindungi kulit 10 kali ganda berbanding sabun biasa. Ini termasuklah menghalang pembiakan kuman yang menyebabkan cirit-birit.
Diperkaya dengan pelembap tambahan, Dettol hand wash antibakteria ini membantu mengekalkan kulit yang lembap, lembut dan sihat!
Jadi, gunakannya bila-bila masa sahaja bagi melindungi tangan daripada kuman dan mengekalkan kebersihan diri.
Apa yang kami suka?
- Jenama pilihan ramai.
- Dettol hand wash diformulasi khas dengan 85% bahan semulajadi.
- Sesuai untuk semua jenis kulit.
- Lembut pada kulit.
- Bebas paraben & alkohol.
Fruiser Hand Wash Lemon
Sabun Cuci Tangan Terbaik Wangi
Buat anda yang menggemari bauan harum dan wangi, aroma kuat Lemon dari Fruiser semestinya pilihan yang tepat! Diperkaya dengan wangian buah-buahan asli menjadikan tangan anda wangi selepas mencuci sehingga tidak puas menciumnya.
Dengan tekstur pekat dan likat, Fruiser hand wash mampu membunuh 99% daripada semua jenis kuman yang menyebabkan penyakit.
Sabun cuci tangan Fruiser ini juga akan membuatkan tangan jadi lebih lembut dan lembap seperti sutera dengan kandungan minyak kelapa yang bersifat antibakteria dan melembap dengan baik.
Turut tersedia dengan lima pilihan variasi lain iaitu dengan aroma buah epal, strawberi, susu, pic dan aloe vera.
Apa yang kami suka?
- Fruiser hand wash diformulasi membunuh 99% semua jenis kuman.
- Membersih tanpa mengeringkan kulit.
- Aroma sensasi lemon yang menenangkan, tahan lama .
- Mudah didapati di pasar raya atau kedai runcit.
- Harganya yang murah untuk anda yang mempunyai bajet terhad.
Kirei Kirei Anti Bacterial Foaming Hand Soap
Sabun Cuci Tangan Terbaik Untuk Kanak-kanak
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak di negara ini. Oleh sebab itu, bebaskan kerisauan mommies dengan sabun cuci tangan dari Kirei Kirei. Kirei Kirei ialah sabun cuci tangan berbuih anti-bakteria No. 1 di Jepun yang selamat untuk kanak-kanak.
Sabun cuci tangan ini diformulasi dengan 100% bahan berasaskan tumbuhan dan diuji secara dermatologi. Ia menghasilkan sejumlah buih halus yang pekat dan berkrim dengan penghasilan 12 kali ganda menjadikan cucian lebih berkesan berbanding sabun cuci tangan biasa.
Hanya picit sedikit sabun cuci tangan berbuih ini untuk membolehkan anda mencapai sehingga 250 cucian. Buihnya juga mudah dibilas dan tidak mudah tertumpah, jadi kanak-kanak mencuci tangan dengan teratur tanpa bersepah!
Apa yang kami suka?
- Sabun cuci tangan berasaskan tumbuh-tumbuhan.
- Telah diuji secara dermatologi.
- Selamat digunakan untuk kanak-kanak.
- Melembutkan kulit.
- Bau yang wangi dengan haruman Peach lembut.
Dettol Sensitive Antibacterial Hand Wash
Sabun Cuci Tangan Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Salah satu punca yang menyebabkan kulit jadi kering melampau disebabkan bahan kandungan tidak sesuai kulit yang sensitif. Nasib baik, Dettol mengeluarkan rangkaian hand wash yang diformulasi khas untuk kulit sensitif.
Ia mengandungi kandungan gliserin dan formula pH yang seimbang untuk membersihkan, melembapkan dan melindungi tangan dari kuman berbahaya.
Sabun cuci tangan dengan aroma Lavender dan Musk ini memiliki tekstur yang ringan menjadikan ia sesuai digunakan oleh golongan yang mempunyai kulit sensitif atau ekzema.
Apa yang kami suka?
- Berkesan dan efektif membasmi kuman yang melekat pada tangan.
- Tidak menyebabkan kulit kering atau terengsa.
- Bau lavender dan musk yang segar.
- Tekstur ringan.
- Sesuai untuk kulit sensitif.
- Membersih, melembap dan melindungi kulit.
Lifebuoy Antibacterial Handwash Total Protect
Sabun Cuci Tangan Terbaik Keseluruhan
Cara cuci tangan dengan betul dapat menyekat penularan virus dan penyakit berjangkit tertentu termasuklah virus COVID- 19. Lindungi anak sepenuhnya dengan Lifebuoy Antibacterial Hand Wash Total Protect.
Sabun cuci tangan ini terbaik keseluruhan kerana Lifebuoy hand wash merupakan jenama yang diiktiraf di peringkat global oleh Royal Society for Public Health, London. Ia diformulasi dengan ‘silver active’ yang mengekalkan kelembapan lebih lama pada kulit.
Dengan tekstur berkrim yang pekat dan bau menyegarkan, sabun cuci tangan ini berkesan dalam menghapuskan 99.9% bakteria dan kuman. Selain itu, botolnya juga boleh dikitar semula menjadikan produk ini mesra alam.
Bukan sahaja kanak-kanak, Lifebuoy hand wash juga sesuai digunakan untuk seisi keluarga.
Apa yang kami suka?
- Jenama produk penjagaan dari segi kebersihan yang diiktiraf di peringkat global.
- Melindungi kulit sepenuhnya dari bakteria dan kuman degil.
- Menghilangkan kotoran sambil mengekalkan kelembapan yang berpanjangan.
- Mudah didapati di pasar raya atau farmasi.
- Sesuai untuk semua jenis kulit.
Follow Me Anti-bacterial Hand Wash Active Care
Sabun Cuci Tangan Terbaik Rasa Sejuk & Segar
Follow Me Anti-bacterial Hand Wash Active Care adalah antara pilihan terbaik untuk sabun cuci tangan. Ia mempunyai tekstur ringan dan diformulasi dengan ekstrak menthol yang memberikan sensasi sejuk dan berangin selepas mencuci tangan dengannya.
Sabun cuci tangan ini mengandungi antibakteria dengan tahap pH 5.5 yang seimbang, bebas paraben dan bebas triklosan, membunuh kuman dengan lebih cepat sambil memberikan perlindungan lembut pada tangan.
Apa yang kami suka?
- Rasa sejuk dan dingin dengan ektsrak mentol.
- Membunuh 99.9% kuman dengan efektif.
- Tahap pH 5.5 yang seimbang, tidak membuatkan kulit jadi kering.
- Bebas paraben dan triklosan, sesuai untuk semua jenis kulit.
Watsons Strawberry & Yoghurt Cream Hand Wash
Sabun Cuci Tangan Terbaik Melembutkan Kulit
Watsons Strawberry & Yoghurt Cream Hand Wash adalah sabun cuci tangan bertekstur krim dengan kandungan strawberi dan yogurt yang mengunci kelembapan kulit secara semulajadi. Jadi, tidak hairanlah kenapa jenama hand wash dari Watsons ini merupakan pilihan ramai kerana bukan sahaja lembut pada tangan, tetapi wangiannya juga tahan lebih lama.
Yang paling best, tangan tidak rasa melekit dan membantu menghilangkan bau-bauan yang kurang menyenangkan selepas memasak atau keluar dari tandas.
Jadi, anda boleh menggunakan sabun cuci tangan ini pada bila-bila masa sahaja tanpa menjadikan tangan kering. Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kanak-kanak dan individu yang mempunyai kulit sensitif.
Selain itu, ia juga datang dengan pelbagai variasi yang berasaskan gel seperti Lavender & Chamomile, Tea Tree & Witch Hazel, Rose & Orchid. Manakala, hand wash berasaskan krim selain Strawberry & Yoghurt pula adalah Shea Butter & Peach, Tea Tree & Witch Hazel, Goat Milk. Honey & Milk & Freesia & Pear.
Pastikan anda mencuba kesemuanya dalam satu satu masa!
Apa yang kami suka?
- Telah diuji secara dermatologi.
- Membersih sambil melembapkan kulit.
- Bau wangi dan manis.
- Sesuai untuk semua jenis kulit.
- Tidak merengsakan kulit dalam pengunaan jangka masa panjang.
- Harganya yang murah dan berkualiti.
Yoyou Travel Disposable Soap
Sabun Cuci Tangan Terbaik Mesra Travel
Pernah tak anda pergi kedai makan, hand wash lebih banyak air berbanding sabun? Siapa yang pernah terkena mesti tahu perasaan ini. Sabun cuci tangan tidak semestinya mempunyai ciri antibakteria, namun hand wash yang terlalu cair tidak cukup menanggalkan kotoran sepenuhnya.
Hand wash ini amat sesuai untuk dibawa travel kerana ia sangat pratikal dan mudah digunakan dimana sahaja. Ia didatangkan dengan bekas simpanan kecil yang mengandungi 20 helai sabun cuci tangan dalam bentuk kertas yang tipis dan muat disimpan di dalam poket.
Jimat pun jimat ya, kerana hanya guna sehelai kertas sabun cuci tangan pun dah cukup untuk menghilangkan kotoran yang melekat dengan baik.
Ambil sehelai kertas sabun, letakkan atas tangan, kemudian basahkan sabun dengan air sehingga berbuih. Mulakan menggosok tangan dengan cara yang betul dan bilas dengan air bersih.
Apa yang kami suka?
- Tekstur ringan.
- Mempunyai buih halus yang cukup untuk satu kali cucian.
- Sangat pratikal digunakan pada bila-bila masa.
- Mudah dicapai dan disimpan dalam poket.
- Pelbagai pilihan warna mengikut variasi aroma yang berlainan.
- Harganya murah, boleh dibeli secara pukal.
Perbandingan Harga Sabun Cuci Tangan Di Pasaran
Jenama | Kandungan Isipadu (ml) | Harga (RM) | Harga per ml |
Dettol Original Antibacterial Hand Wash | 250 | 7.75 | 0.03 |
Fruiser Hand Wash Lemon | 500 | 4.49 | 0.01 |
Kirei Kirei Anti Bacterial Foaming Hand Soap | 250 | 9.90 | 0.04 |
Dettol Sensitive Antibacterial Hand Wash | 250 | 7.00 | 0.03 |
Lifebuoy Antibacterial Handwash Total Protect | 200 | 4.14 | 0.02 |
Follow Me Anti-bacterial Hand Wash Active Care | 450 | 7.35 | 0.02 |
Watsons Strawberry & Yoghurt Cream Hand Wash | 500 | 4.34 | 0.09 |
Yoyou Travel Disposable Soap | – | 0.38 | – |
7 Langkah Mencuci Tangan Dengan Betul Menggunakan Sabun Cuci Tangan
Tabiat mencuci tangan dengan sabun cuci tangan perlu dijadikan amalan seharian bagi mengekang penyakit berjangkit. Penyakit seperti demam, selsema dan cirit-birit sangat mudah berjangkit melalui sentuhan tangan.
Oleh sebab itu, ibu ayah digalakkan memupuk amalan mencuci tangan dalam kalangan anak-anak dari mereka kecil lagi.
Mengikut kajian luar negara, ,mencuci tangan selama 2 atau 3 saat bukanlah cara yang betul. Tempoh yang mencukupi untuk mencuci kedua-dua belah tangan dengan sempurna adalah sekitar 15 hingga 20 saat. Tapi, lebih baik jika mengambil masa kira-kira selama 40 ke 60 saat ketika menggunakan sabun dan air yang mengalir.
Terdapat tujuh langkah mudah cara cuci tangan dengan betul seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu mengurangkan penyebaran kuman penyebab penyakit:
1. Basahkan kedua belah tangan dengan air dan ratakan sabun
Buka paip dan ratakan air ke serata tangan sambil mengosok secara perlahan-lahan.
2. Gosokkan kedua-dua belah tangan
Gosok kedua-dua belah tangan. Pastikan kuantiti sabun dan air cukup untuk membersihkan tangan.
3. Gosok setiap jari dan di celah-celah jari
Pastikan sabun menghasilkan buih agar dapat mudah untuk melakukan proses cucian. Lakukan cucian bermula dengan tangan bahagian kanan dahulu kemudian kiri agar lebih tertib dan teratur.
4. Gosok tapak tangan secara menggaru menggunakan kuku
Sentiasa memastikan jari-jari kedua telapak tangan saling menggaru mengikut arah yang berlawanan.
5. Gosok belakang tangan dan di celah jari
Jari-jemari tangan kanan dirapatkan dan gosok secara lembut dibelakang tangan kiri dan sebaliknya
6. Bilas tangan dengan air bersih secukupnya
Bilas kedua-dua belah tangan dengan air bersih yang mengalir sehingga kesan buih sabun tadi hilang.
7. Keringkan tangan
Keringkan setiap bahagian tangan dengan menggunakan tisu atau tuala yang bersih. Elakkan mengelap tangan pada kain yang telah tercemar dengan bakteria.
Tabiat mencuci tangan dengan sabun cuci tangan adalah salah satu alternatif mudah dan murah yang dapat membantu melindungi kesihatan diri dan individu lain. Ia perlu diamalkan secara konsisten.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Lindungi Diri Dengan Pembasmi Kuman, Ini 8 Produk Hand Sanitizer Murah & Diyakini Terbaik!