Kerak Susu Pada Botol Bayi Susah Tanggal? 8 Sabun Cuci Botol Bayi Ini Terbaik & Murah Ibu Boleh Cuba

Kerak Susu Pada Botol Bayi Susah Tanggal? 8 Sabun Cuci Botol Bayi Ini Terbaik & Murah Ibu Boleh Cuba

Sabun botol susu banyak dijual dalam pasaran. Semak di sini jenama manakah terbaik yang mampu menghilangkan kotoran pada botol susu atau puting bayi

Tidak dinafikan, ibu ayah pasti akan menggunakan sabun botol susu anak-anak yang khas agar kotoran lagi-lagi kerak susu dibersihkan sepenuhnya. Namun, jangan lupa untuk mengambil tahu akan kandungan dalam setiap sabun pencuci yang dipilih supaya terhindar dari sebarang bahan kimia berbahaya.

Dalam hal ini, botol susu dan puting perlu dibasuh dengan berkesan bagi mengelakkan terkumpulnya lelemak susu yang boleh memberikan risiko terhadap kesihatan si manja. Oleh sebab itu, kami menekankan ibu dan ayah untuk memilih sabun basuh botol susu terbaik sahaja.

Tips Pemilihan Sabun Botol Susu

Memilih sabun cuci botol bayi mesti dilakukan secara berhati-hati kerana terdapat banyak faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sabun pencuci bayi.

Di antara pelbagai pilihan yang ada, anda mesti memilih detergen khas yang sesuai dengan keperluan bayi anda. Malah untuk menjaga kesihatan mereka bukan sekadar botol susu sahaja, malah penggunaan bahan pencuci khas untuk pakaian bayi juga perlu diambil kira dengan teliti.

Berikut adalah langkah-langkah memilih sabun botol susu bayi.

1. Keselamatan komposisi bahan

Setiap detergen mempunyai kandungan dan komposisi yang berbeza. tugas anda adalah selektif dalam membuat pemilihan iaitu dengan memeriksa keselamatan komposisi bahan. 

2. Mempunyai bekas yang mudah digunakan

Anda sepatutnya memilih sabun basuh botol bayi yang mudah digunakan kerana ini sangat berguna supaya anda tidak merasa rumit ketika mencucinya nanti. Selain itu, pastikan bekas sabun dilengkapi dengan sukatan, supaya ia dapat memudahkan anda untuk menyukat sabun.

3. Mudah untuk digunakan

Pilih sabun yang mempunyai bekas seperti jenis semburan yang boleh anda gunakan hanya dengan sebelah tangan dan ini akan lebih menjimatkan.

Itu adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan apabila anda ingin memilih sabun basuh untuk botol susu bayi anda yang pastinya selamat dan terjaga dengan baik.

Bayi memang cenderung lebih mudah dijangkiti penyakit, terutamanya akibat kehadiran bakteria dari botol susu yang digunakan setiap hari. Untuk mengelakkan bakteria, rajin-rajinlah mencuci dan menggunakan sabun botol susu yang betul.

8 Sabun Botol Susu Terbaik Di Pasaran

Jadi untuk membantu anda membuat pilihan pencuci botol susu terbaik, apa kata anda beli saja terus dari sini seterusnya tidaklah membuang masa untuk pergi ke mana-mana kedai selepas waktu bekerja nanti, kan?

[product-comparison-table title="Sabun Botol Susu Terbaik"]

Sleek Baby Bottle, Nipple & Accessories Cleanser

Sabun Botol Susu Terbaik Paling Jimat

Sleek Baby Bottle, Nipple & Accessories Cleanser Sabun Botol Susu Terbaik Paling Jimat

Ia adalah satu sabun pencuci untuk botol dan aksesori barangan untuk bayi. Pencuci ini diformulasikan menggunakan material gred makanan yang mana ia selamat sepenuh untuk bayi. Diperkaya dengan formulasi pembasmi kesan kotoran yang menyahkan sisa minyak dan susu daripada botol bayi.

Teksturnya yang pekat menghapuskan semua sisa kotoran dengan mudah dan berkesan. Ia juga selamat untuk digunakan pada buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memastikan yang ia bebas racun perosak.

Apa yang kami suka:

  • Dicipta berdasarkan formula gred makanan
  • Selamat digunakan untuk bayi
  • Formula yang menyahkan sisa kotoran degil pada botol susu bayi
  • Selamat digunakan pada buahan dan sayuran

Pigeon Liquid Cleanser

Sabun Botol Susu Terbaik 100% Bahan Semula Jadi

sabun botol susu

Merupakan sabun pencuci botol bayi yang semula jadi dan ia adalah penting untuk kesihatan bayi. Ia telah dicuba guna pakai dan diuji oleh para ibu di seluruh dunia. Pencuci botol Pigeon ini telah terbukti sangat efektf dalam membunuh bakteria yang ditemui di dalam susu. 

Ia diperbuat 100 peratus dari bahan-bahan gred makanan, selamat untuk mencuci aksesori bayi seperti botol susu, puting, dan permainan mereka. Malah ia juga sesuai untuk mencuci sayuran dan buahan.

Pencuci ini juga lembut pada kulit, yang mana ibu ayah tidak perlu risau lagi tentang kulit kering kerana buih pencuci ini adalah ringan dan dibilas dengan mudah, serta berkesan dalam melindungi kulit.

Apa yang kami suka:

  • Pencuci botol susu berasaskan bahan semula jadi
  • Dicuba pakai dan diuji oleh para ibu di seluruh dunia
  • Terbukti sangat efektif membunuh bakteria di dalam susu
  • 100% diperbuat dari bahan gred makanan
  • Selamat digunakan untuk mencuci barangan aksesori bayi
  • Boleh digunakan untuk sayuran dan buahan
  • Lembut pada kulit, tidak membuatkan kulit kering

Tollyjoy Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser

Sabun Botol Susu Terbaik Berasaskan Sayuran

Tollyjoy Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser Sabun Botol Susu Terbaik Berasaskan Sayuran

Tollyjoy Liquid Cleaner adalah antara pilihan terbaik untuk mencuci botol susu bayi, perkakas makanan bayi, permainan, dan aksesori bayi yang lain serta sayuran dan buahan. Ia ringan dan diformulasikan dengan bahan berasas sayuran untuk membersihkan kotoran dan lemak susu.

Sabun cuci botol susu ini juga mengandungi bahan antibakteria untuk membunuh kuman rumah, memberikan anda jaminan tambahan pada kebersihan. 

Apa yang kami suka:

  • Formulasi yang ringan dan lembut
  • Diuji tidak bertoksik
  • Membasmi deposit lemak susu secara efektif
  • Mempunyai aroma buah-buahan
  • Diformulasikan dengan bahan berasas sayuran

Pureen Bottle Wash & Pureen Liquid Cleanser

Sabun Botol Susu Terbaik Sangat Efektif

ureen Bottle Wash & Pureen Liquid Cleanser Sabun Botol Susu Terbaik Sangat Efektif

Pencuci dari jenama Pureen ini adalah sesuai untuk mencuci aksesori bayi seperti botol susu, puting, dan permainan. Hanya perlukan 2.5ml atau separuh sudu teh akan cecair pencuci Pureen ini bersama 1 liter air ia sudah mencukupi untuk merendam aksesori bayi secara menyeluruh dan cukup bersih. 

Pencuci Pureen ini berkesan dalam menghapus lemak susu dan kotoran. Malah, ia juga diformulasikan berasaskan surfaktan tumbuhan, menjadikan ia selamat digunakan. Ia juga selamat untuk digunakan dalam mencuci sayuran dan buahan. Senang kata ia adalah satu pencuci yang sangat mudah dan serbaguna.

Apa yang kami suka:

  • Efektif dalam membuang lemak susu dan kotoran
  • Selamat untuk kegunaan aksesori bayi, buahan dan sayuran
  • Sesuai untuk membasuh aksesori bayi termasuklah botol susu, puting dan permainan
  • Tiada perasa

Applecrumby Bottle & Utensil Cleaner

Sabun Botol Susu Terbaik Bebas Bahan Kimia

Cecair pencuci Applecrumby adalah pencuci semula jadi dan ia diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi dan terbiodegradasi.

Pembersih botol ini premium dan berkualiti tinggi. Malah ia juga bebas daripada SLS dan Paraben menjadikan ia produk yang selamat untuk digunakan bayi baru lahir dan anak-anak kecil.

Ia diformulasikan sepenuhnya dengan Organic Aloe Barbadensis Leaf Juice and Organic Lavandula Stoechas Extract. Dengan formula ini, sabun cuci botol rasa lebih lembut dan ringan pada kulit seterusnya efektif dalam membasmi lemak susu yang degil dan kotoran daripada aksesori bayi seperti botol susu, puting, dan permainan mereka. 

Ia juga telah diuji di makmal untuk memastikan yang ia bebas daripada material merbahaya.

Apa yang kami suka:

  • 100% bebas dari bahan kimia seperti LABS, SLS, SLES, Betaines, CDE, Fosfat, Paraben dan Silikat
  • Mesra alam
  • Tiada kandungan klorida, pewangi, metal berat, pengawet, dan perwarna
  • Telah diuji di makmal 
  • Selamat pada kulit bayi yang sensitif
  • Membersihkan kotoran dan kotoran dengan berkesan
  • Diperbuat dari bahan semula jadi dan terbiodegradasi
  • Bau epal dan pir gred makanan secara semulajadi untuk aroma segar dan ringan.

Guzel Baby Bottle Cleanser & Sterilizer

Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik Mesra Alam Sekitar

Satu pencuci dengan formula konsentrasi pH yang seimbang dari bahan terbiodegradasi, gred makanan dan berasaskan tumbuhan yang mencuci secara efektif serta selamat digunakan untuk anda, bayi anda, dan alam sekitar.

Apa yang kami suka:

  • Membasmi sisa susu yang degil dan tompok protein pada botol bayi secara berkesan
  • Lembut pada kulit
  • Ejen anti-bakteria yang memastikan botol bayi dibersihkan dengan selamat
  • Formula buih yang sederhana, dibilas dengan mudah dan menyeluruh
  • Ideal untuk cucian barangan aksesori bayi seperti puting, botol susu, permainan, peralatan makan
  • Bebas alkohol, pewarna dan pewangi

Babyganics Foaming Dish + Bottle Soap

Sabun Botol Susu Terbaik Membasmi Kotoran Degil

Pencuci botol susu dan pinggan mangkuk dari Babyganics ini mampu membersihkan sisa susu kering, makanan, minyak, atau apa apa sahaja kotoran yang melekit di atas pinggan. Ia merupakan sabun pencuci berbuih segera dan tidak meninggalkan sebarang sisa degil.

Ternyata ia mudah untuk membasmi kotoran susu dan makanan dengan sabun ini. Malah ia juga berfungsi dengan baik untuk aksesori pengepam susu payudara juga. 

Apa yang kami suka:

  • Pencuci berasaskan tumbuhan yang berfungsi dengan baik
  • Tidak gatal pada kulit
  • Tiada alahan
  • Telah diuji selamat oleh dermatologi
  • Produk ini tidak diuji ke atas haiwan
  • Mampu membasmi kotoran degil di dalam botol susu bayi sekaligus pinggan mangkuk dengan kesan minyak dan lekitan makanan

Sunlight Nature

Sabun Botol Susu Terbaik Pelbagai Guna

Sesetengah detergen pencuci pinggan mengandungi bahan kimia keras yang mungkin berbahaya kepada kulit anda malah meninggalkan sisa pada pinggan mangkuk yang sepatutnya bersih.

Sunlight Nature menggabungkan kebaikan semula jadi Garam Mineral dan Aloe Vera untuk menghilangkan gris dengan berkesan. Tahan terhadap minyak tetapi sesuai untuk mencuci peralatan kanak-kanak dan bayi.

Sabun pencuci ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci peralatan bayi malah boleh digunakan seisi keluarga.

Apa yang kami suka :

  • Sesuai untuk mencuci peralatan kanak-kanak dan botol bayi.
  • Pembersihan yang lembut dan lembut namun berkesan dengan bahan semulajadi garam mineral dan ekstrak aloe vera.
  • Sesuai untuk mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Tidak mengandungi pewarna, paraben atau fosfat.
  • Dengan wangian yang lembut.

Perbandingan Harga Sabun Botol Susu Terbaik

Produk Isipadu kandungan (ml) Harga (RM) Harga (RM/ml)

Sleek Baby Bottle, Nipple & Accessories Cleanser Value Pack 

500 17.70 0.04

Pigeon Liquid Cleanser

500 15.00 0.03

Tollyjoy Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser

900 25.90 0.02

Pureen Bottle Wash & Pureen Liquid Cleanser

750 22.00 0.03

Applecrumby Bottle & Utensil Cleaner

500 25.90 0.05

Guzel Baby Bottle Cleanser & Sterilizer

500 62.00 0.12

Babyganics Foaming Dish + Bottle Soap

946 x 2 157.00 0.08

Sunlight Nature

900 7.20 0.01

Tips Mencuci, Menjaga dan Mensteril Botol Bayi

Dalam menjamin keselamatan dan kebersihan botol bayi serta aksesori bayi yang lain, ia semestinya perlu dicuci, dijaga dan disteril dengan baik agar ia bertahan lama sekaligus mencegah sebarang penularan bakteria dari susu bayi.

Berikut adalah antara tips berguna dalam penjagaan botol bayi:

  • Botol bayi perlu dibersihkan dengan segera selepas digunakan - meninggalkan susu mengental di dalam botol membuatkan ia sukar untuk dicuci (dan lebih menggelikan)
  • Buka botol susu dan puting botol dengan sepenuhnya sebelum mencuci
  • Cuci dengan sabun yang baik dan air panas adalah mencukupi untuk membunuh lebih kuman
  • Gunakan berus botol susu khas dan tikar pengeringan - dan jangan lupa untuk kerap cuci dan keringkannya
  • Bilas dengan bersih, pastikan tiada sisa sabun tertinggal
  • Biarkan ia mengering sepenuhnya sebelum menyimpan
  • Sterilasi boleh jadi satu langkah berkala tetapi tidak perlu dilakukan untuk setiap kali cucian

Di sini juga kami kongsikan cara cara bagaimana untuk mencuci peralatan botol susu dengan berkesan:

  1. Cuci tangan anda dengan sabun dan keringkan dengan tuala bersih
  2. Periksa puting bebas dari sebarang retakan. Buang jika terdapat sebarang kerosakan pada puting - bakteria boleh merebak di bahagian retakan
  3. Basuh semua peralatan botol susu di dalam air panas dan bersabun
  4. Gunakan berus botol untuk menyental di dalam botol dan puting. Berikan perhatian lebih kepada penutup dan skrew pada bahagian atas - di sinilah di dalam bakteria selalu merebak
  5. Percik air menerusi puting botol untuk membersihkan lubang kecil itu
  6. Bilas semuanya dengan bersih

Kenapa Penting Untuk Mencuci Dan Membersihkan Botol Susu Bayi?

pencuci botol susu

Bayi mempunyai sistem imun yang tidak matang, jadi mereka tidak cukup kuat untuk melawan sekadar jangkitan penyakit. Satu cara yang penting untuk menyokong mereka dalam kekal sihat adalah dengan mengurangkan peluang untuk mereka jauh sakit pada tunggak utamanya.

Susu adalah medium terbaik di mana bakteria boleh membiak. Inilah sebab penting untuk anda membersih kesemua peralatan menyusu dan makan bayi serta memastikan yang formula susu dingin sehingga hanya sebelum memberikan bayi anda susu.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 7 Jenama Botol Susu Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

Baca juga: Anak Masih Menangis Selepas Minum Susu,? Ini 7 Pilihan Botol Susu Anti Kolik Terbaik!

Baca juga: Ibu, JANGAN Basuh Botol Susu Dengan Pencuci Pinggan, Ia Boleh Bahayakan Si Kecil!