X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jamin Kesihatan & Kebersihan Si Manja Dengan 7 Alat Sterilisasi Botol Terbaik Pilihan Kami

Salah satu keperluan buat parents yang ada si manja menyusu botol adalah alat sterilisasi. Ini senarai 7 alat strerilisasi terbaik di pasaran!

Kalau parents memilih untuk mensterilkan botol bayi, ada 2 cara untuk melakukannya: sama ada dengan mendidihkannya di dalam air panas selama 5 minit, atau dengan menggunakan alat sterilisasi.

Ia satu langkah yang praktikal untuk mewujudkan persekitaran bebas kuman untuk bayi anda. Dengan mensterilkan peralatan makan si manja,  parents dapat mengurangkan risiko semasa si manja berada pada usia yang rapuh.

Mungkin ada yang menganggap pensterilisasi agak sia-sia sebab bayi sering memasukkan pelbagai benda ke dalam mulutnya. Walau bagaimanapun, parents kena tahu yang sistem imun bayi kecil masih berkembang dan mudah baginya untuk mendapat  jangkitan. Pepijat yang melekat pada dadih susu di dalam botol yang tidak dibersihkan dengan baik adalah sangat berbahaya.

Jamin Kesihatan & Kebersihan Si Manja Dengan 7 Alat Sterilisasi Botol Terbaik Pilihan Kami

Kredit gambar – Prontobottle.com

Selepas si manja bayi berumur satu tahun, dia akan mula menghasilkan antibodi sendiri dan lebih tahan terhadap kuman berbahaya. Walau bagaimanapun, parents masih boleh teruskan langkah mensteril botol serta puting sehinggalah bayi anda tidak menggunakannya lagi. 

Isi Kandungan: 

1. Pilihan Tambahan Mensterilisasi Botol Bayi

2. Memilih Alat Sterilisasi Terbaik

3. 7 Alat Sterilisasi Terbaik di Pasaran

  • Philips Avent Microwave Steam Sterilizer
  • Tommee Tippee Electric Bottle Steam Sterilizer
  • Dr. Brown’s Electric Steam Sterilizer
  • Boboduck 5 in 1 UV Sterilizer Dryer
  • Little Bean Digital Bottle Sterilizer
  • Hanil UV Sterilizer Dryer
  • First Few Years Upang Plus UV Baby Bottle Sterilizer

4. Perbandingan Harga

5. Cara Memilih Di Antara Pensterilisasi UV vs Wap

Pilihan Tambahan Mensterilisasi Botol Bayi

Jamin Kesihatan & Kebersihan Si Manja Dengan 7 Alat Sterilisasi Botol Terbaik Pilihan Kami

Kredit gambar – Healthline.com

Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan dalam mensteril botol susu bayi dan alatan lain yang bayi gemar memasukkan ke dalam mulutnya. Ini termasuklah merebus, sterilisasi pengewapan, dan mensterilisasi secara UV.

Sterilisasi Air Panas

Kaedah rebusan memerlukan usaha yang lebih dan yang paling mengambil masa. Ini kerana selepas membiarkan seperiuk air mendidih, anda masih perlu memastikan yang botol-botol susu serta bahagian lain telah pun secara penuhnya diliputi tengan air, dan didihkannya sekurang-kurangnya selama 10 minit. Selain itu, anda juga mestilah memastikan yang anda tetap berada di sisi periuk dan tidak lupa untuk menutup api setelah ia selesai. 

Tidak semua botol bayi dan botol susu adalah selamat untuk dididihkan. Kaedah ini juga biasanya cenderung untuk merosakkan putingnya dengan lebih cepat jadi ia mungkin boleh jadi yang tidak menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. 

Sterilasi Pengewapan

Mensterilisasi dengan wap melibatkan penggunaan wap untuk membersihkan dan memastikan botol bayi bebas kuman. Ia merupakan kaedah yang mudah berbanding merebus dan yang kebanyakkan alat pensterilan elektrik di pasaran pada lari ini memastikan botol dan puting disterilasikan sehingga 12 jam sebaik peralatan itu dimulakan dan kekal tidak dibuka penutupnya. 

Sterilisasi UV

Sterilisasi UV menggunakan sahaya UV untuk membunuh kuman, bakteria, dan virus yang mana boleh membawa kepada penyakit dan jangkitan. Menggunakan sterilisasi UV dilihat seakan lebih praktikal terutama sekali sekarang ini yang mana kita hidup di kala pandemik, dan perlu lebih berhati-hati pabila ia menyentuh bab kesihatan dan keselamatan akan keluarga kita.

Memilih Alat Sterilisasi Terbaik

Jamin Kesihatan & Kebersihan Si Manja Dengan 7 Alat Sterilisasi Botol Terbaik Pilihan Kami

Sebelum mendapatkan alat sterilisasi, pastikan produk yang dibeli mengikut kehendak anda juga ya. Perhatikan beberapa ciri seperti di bawah:

  • Kaedah pensterilisasi : Cari alat sterilisasi yang mengikut pilihan anda sama ada menggunakan wap, sinar ultraviolet atau  
  • Tempoh steril: Beberapa model dapat melakukan tugas mereka hanya dalam waktu dua minit, yang lain mungkin memerlukan masa sehingga 30 minit.
  • Boleh keringkan botol: Sebilangan alat sterilisasi botol juga akan mengeringkan barang setelah mensterilkannya, yang mungkin berguna oleh ibu bapa yang sibuk. 
  • Boleh dikekalkan dalam alat sterilisasi: Model tertentu juga mempunyai fitur “menahan", jadi setelah kitaran berakhir, mereka mungkin dapat tetap steril di dalam sehingga 24 jam selagi penutupnya ditutup.
  • Fungsi off secara automatik: Ibu bapa baru yang kurang tidur sering menghargai ciri keselamatan ini pada model elektrik.
  • Saiz: Sebilangan besar alat steril boleh mengisi antara 4 dan 6 botol, dan mungkin juga mempunyai ruang tambahan untuk bahagian pam dan alat pacu.
  • Keserasian: Pastikan alat sterilisasi yang dibeli serasi dengan botol susu anak anda.
  • Serba-guna: Alat penstrilan serba guna adalah pilihan yang terbaik masa kini kerana terdapat banyak produk yang tidak hanya mensterilasikan botol semata. Ketahuilah yang mana kita boleh mensteril permainan bayi dan malah juga alatan kegunaan kita seperti kunci, telefon, dań dompet, akan memberikan kita satu ketenangan. Untuk mengelakkan bau atau pembiakan kulat, satu alat pensterilan juga mengering secara berkesan. Malah, ia juga berfungsi untuk menjadi satu tempat untuk menyimpan produk atau alatan bayi anda, jadi ia dapat mengurangkan masalah berhabuk.

7 Alat Sterilisasi Terbaik di Pasaran

Kami senaraikan 7 alat sterilisasi yang bagus di pasaran, jom kita semak.

1. Philips Avent Microwave Steam Sterilizer (RM209.90)

Alat sterilisasi

Unit dengan harga berpatutan ini dapat mensterilkan botol hanya dalam 2 minit dalam ketuhar mikro dengan kekuatan gelombang mikro antara 1200 dan 1850 watt.

Produk ini boleh memuatkan hingga 4 botol dalam satu masa, termasuk  bahagian pam juga. Selagi penutup alat ini kekal ditutup, botol dan barangan pam lain akan tetap disteril sehingga 24 jam!

Apa yang kami suka?

  • Pemegang tidak panas dan selamat walaupun dikeluarkan dari ketuhar mikro.
  • Steril yang pantas
  • Saiz kecil dan ringan
  • Sesuai dengan semua botol Avent

Philips Avent Microwave Steam Sterilizer

product imageBeli di Shopee
product imageshop now

2. Tommee Tippee Electric Bottle Steam Sterilizer (RM459)

Alat sterilisasi

Dengan menekan satu butang, alat pensterilan ini membersihkan 5 botol dalam 5 minit sahaja! Oleh kerana reka bentuknya yang ringkas, ia tidak akan mengganggu ruang di meja dapur anda.

Tips: Cuba letakkan barangan kecil seperti puting di rak atas untuk lebih mudah memasang bahagiaan botol selepas proses steril berakhir.

Apa yang kami suka?

  • Sesuai dengan kebanyakan botol, alat pacu dan aksesori pam payudara
  • 100% wap semulajadi menyelimuti setiap permukaan dan membunuh 99.9% kuman berbahaya
  •  Dulang yang boleh ditumpuk 2 tingkat juga boleh digunakan sebagai rak pengeringan
  •  Kandungan kekal steril selama 24 jam  dengan penutup ditutup
  •  Satu butang bermula dan padam secara automatik untuk keselamatan

Tommee Tippee Electric Bottle Steam Sterilizer

product imageBeli di Shopee
product imageshop now

3. Dr. Brown’s Electric Steam Sterilizer (RM549)

Alat sterilisasi

Hanya dalam masa 12 minit, pensteril elektrik ini membunuh 99.9% kuman dan padam secara automatik apabila kitaran selesai.

Bahagian dalaman yang luas menampung hingga 6 botol pada dulang atas, dan mempunyai dulang bawah yang terpisah untuk memegang aksesori seperti puting penyepit yang disertakan memastikan anda tidak tersentuh bahgaian panas.

Perlu diperhatikan ya, pensteril ini memerlukan air suling; jika tidak deposit mineral dapat menumpuk pada unit pemanasan pula.

Apa yang kami suka?

  • Hanya 2 butang yang perlu dikendalikan untuk penggunaan yang cepat dan mudah
  • Petunjuk kitaran menunjukkan proses pensterilan dari awal hingga akhir
  • Sterilkan sejumlah 6 botol sekaligus 
  • Serasi dengan botol susu jenama lain juga
  • Bebas BPA

Dr. Brown's Electric Steam Sterilizer

product imageBeli di Shopee
product imageshop now

4. Boboduck 5 in 1 UV Sterilizer Dryer (RM329.00)

Alat sterilisasi

Alat sterilisasi ini mempunyai pelbagai fungsi seperti steril pengeringan, menyimpan,membuat yogurt malah membuat buah kering!

Tambah menarik lagi, produk ini sangat luas dan boleh memuatkan sehingga 12 botol sekaligus. Pastinya satu pelaburan yang hebat dan sesuai untuk keluarga yang mempunyai keluarga yang besar.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tanggalkan beberapa bahagian rak untuk mendapatkan ruang yang lebih banyak!

Apa yang kami suka:

  • Fungsi steril panas dan sejuk
  • Tutup secara automatik setelah 60 minit dan mula fungsi penyimpanan
  • Pembasmian kuman secara automatik dan pengeringan setiap 3 jam selama 24 jam
  • Sesuai untuk pelbagai produk : Botol / Dot / Peralatan Makan, Tuala / Pakaian / Topeng, Telefon / Perhiasan, Plastik / Mainan
  • Teknologi pantulan cermin 8K Pensterilan komprehensif 360 °
  • 19 L boleh menyimpan sehingga 12 botol sekali gus

Boboduck 5 in 1 UV Sterilizer Dryer 

product imageBeli di Shopee
product imageshop now

5. Little Bean Digital Bottle Sterilizer (RM179.90)

Alat sterilisasi

Litttle Bean merupakan salah satu pengeluar barangan bayi yang dipercayai di Malaysia. Little Bean Digital Bottle Sterilizer menggunakan teknologi wap cekap tinggi yang dikendalikan oleh pemproses pusat komputer mikro.

Pengesanan sentuhan cap jari memberikan akses yang mudah dan selamat. Ini adalah cara yang selamat, cepat dan mudah untuk membasmi kuman botol dan aksesori dalam masa kitaran sekitar 6 minit!

Apa yang kami suka?

  • Pengesanan sentuhan jari
  • Disterilkan secepat 6 minit dengan kawalan sistem komputer mikro
  • Paparan dan undur pemasa LED
  • Sesuai dengan 6 botol leher lebar
  • Penjimatan tenaga
  • Amaran bunyi bip
  • Bebas BPA 

Little Bean Digital Bottle Sterilizer

product imageBeli di Shopee
product imageshop now

6. Hanil UV Sterilizer Dryer (RM1,299)

Alat sterilisasi

Hanil UV Sterilizer kini boleh didapati di Malaysia untuk memudah dan memberikan ketenangan. Dengan lampu UV dual Osram (Itali), mesin pensterilan ini membasmi 99.9% bakteria pada alatan rumah sementara penapisnya 3M HEPA Filter menyekat lebih kepada 99.97% habuk di udara dan partikel, memastikan keluarga anda kekal selamat hanya pada satu sentuhan pada butangnya. 

Dengan lampu infrared Dr. Fischer (Perancis), alat pensterilisasi ini juga mengering dan bertindak sebagai unit penstoran.

Dengan rekaannya yang kemas dan bergaya, Hanil UV Sterilizer mengurangkan masalah bersepah dan menjimatkan ruang di atas kaunter dapur anda sementara mempunyai ruano yang besar untuk mensteril 9 botol bayi dan aksesorinya pada satu masa.

Syarikat jenama Hanil Electric Co. Ltd ini diwujudkan pada tahun 1964, mempunyai sejarah lebih 50 tahun.

Dengan kebolehan rumahnya dalam R&D, Hanil meneruskan untuk melancarkan produk-produk baru dengan variasi meluas akan alatan perkakas rumah yang dikeluarkan di beberapa buah kilang yang mendapat pensijilan ISO di sekitar Korea.

Menerusi sifat konsisten dan R&D yang berterusan serta uji kaji, Hanil kekal fokus dalam menawarkan kualiti tertinggi dan produk yang berkesan sepenuhnya untuk pelanggan.

Apa yang kami suka?

  • Lebih dari sekadar botol
  • Boleh digunakan untuk mensteril item rumah yang lain (biarpun elektronik)
  • Ia juga menjadi tujuan untuk kegunaan mensteril alatan lain seperti berus gigi, peralatan medikal di rumah, aksesori bersiap tau bercantik, perkakas dapur, dan banyak lagi.
  • Rekaan yang memudahkan hidup anda, mengering sepenuhnya, dan kitaran sterilisasi pada hanya satu sentuhan pada butangnya
  • Cuci, keringkan lebihan sisa air, dan tambah. Semuanya dalam masa 40 minit sahaja.
  • Direka dengan tahap keselamatan tinggi untuk anda dan bayi anda
  • Telah dicuba dan diuji Department of Health & Human Services oleh Amerika Syarikat
  • Tidak perlu banyak tenaga dan mudah untuk menjaganya

Hanil UV Sterilizer Dryer

product imageBeli di Lazada

7. First Few Years Upang Plus UV Baby Bottle Sterilizer  (RM1,299)

Alat sterilisasi

Pertama kali ia diperkenalkan di Korea pada tahun 2008, Upang menghasilkan satu alatan pensterilan botol bayi yang cukup berseni dan mesra-eko yang bekerja dengan sinaran UV. Ia juga terbukti mampu membunuh 99.9% bakteria merbahaya termasuklah selesema H1N1_A dan candida. 

Ia telah didaftar dennen FDA sebagai satu peralatan medikal, mesin ini boleh mensteril lebih daripada botol. Dengan pensterilan all-in-one ini, anda boleh mengering, mensteril, dan menghapuskan bau daripada apa sahaja hanya dengan satu sentuhan butang. 

Mesin pensterilan ini direka untuk parents yang sibuk dengan tugas harian, jadi mesin Upang ini menjanjikan untuk menguruskan setiap tugas mensteril sempurna buat botol bayi dan peralatan bayi anda dengan penuh cekap. 

Apa yang kami suka? 

  • Mesra-eko -tanpa air dan bebas bahan kimia
  • Lampu UV dual yang berpusing
  • Fungsi serba-guna all-in-one
  • Paparan LED matrix dot pada bahagian luar pintu
  • Direka dengan pintu dua kali ganda pada bahagian dalam dan luar
  • Pengeringan shut rendah inframerah
  • Rekaan yang luas mampu menampung lebih 16 biji botol
  • Ia cutup versatil – mensteril botol, permainan, berus mekap dan lebih lagi
  • 120V/60HZ
  • Berdaftar dengan FDA

First Few Years Upang Plus UV Baby Bottle Sterilizer

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga

Produk Harga Pasaran
1. Philips Avent Microwave Steam Sterilizer RM209.90
2. Tommee Tippee Electric Bottle Steam Sterilizer RM459
3. Dr. Brown’s Electric Steam Sterilizer RM549
4. Boboduck 5 in 1 UV Sterilizer Dryer RM329.00
5. Little Bean Digital Bottle Sterilizer RM179.90
6. Hanil UV Sterilizer Dryer RM1299
7. First Few Years Upang Plus UV Baby Bottle Sterilizer RM1299

Cara Memilih Di Antara Pensterilisasi UV vs Wap

Jamin Kesihatan & Kebersihan Si Manja Dengan 7 Alat Sterilisasi Botol Terbaik Pilihan Kami

Kredit gambar – Tradekorea

Bagaimana caranya untuk anda memilih di antara pensterilan wap atau UV berikutan ia adalah secara sama rata berkesan dalam membunuh kuman (kebanyakkan produk mempunyai kadar mengenyahkuman sebanyak 99.9%).

Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang anda patut pertimbangkan pabila ingin membuat keputusan di antara mesin pensterilan UV atau wap.

Kelebihan Pensterilan UV

  • Sterilasi hebat. Sterilisasi UV menggunakan denyutan sinaran UV-C yang kuat yang cukup hebat untuk mengenyahkan mikroorganisme (kuman, bakteria dan virus). Teknologi ini adalah biasa digunakan untuk tujuan membasmi kuman dan penyucian air. 
  • Mesra alam sekitar. Pensterilisasi UV tidak memerlukan air dan memerlukan kurang sumber tenaga berbanding dengan pensterilan wap, ia adalah mesra alam.
  • Padat dan moden. Kebanyak pensterilan UV mempunyai rekaan yang padat dan kemas yang dua kali ganda penstoran. Tidak hanya mesin pensterilan anda akan nampak gah di dapur, ia juga membantu untuk mengurangkan masalah bersepah.
  • Selamat dek kerana ia tidak melibatkan pemanasan. Pensterilan wap menggunakan suhu yang tinggi dalam pengewapan yang mana boleh berpotensi membuatkan anda melecur jika anda tidak berhati-hati. 

Kelemahan Pensterilan UV

  • Mahal. Biarpun banyak kelebihan mesin pensterilan UV, ia hadir dengan satu tag harga yang agak besar. Jenama-jenama yang lebih terminal dan mewah biasanya menawarkan kos lebih tiga kali ganda berbanding mesin pensterilan elektrik.

Jadi, kesimpulannya, mesin pensterilan elektrik adalah ringkas dan mudah untuk digunakan, dan boleh jadi lebih pilihan parents yang mengawal bajet mereka.

Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai lebih bajet, mempunyai mesin pensterilan UV boleh jadi satu pelaburan yang bagus untuk seisi keluarga anda.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Kesilapan Ibu Bapa Ketika Basuh Botol Anak & Ini Sebab Pentingnya Steril Botol

Baca juga:  Botol Susu Bayi: Ini 7 Kesilapan Ibu Dalam Mencucinya

Baca juga:  Bottle Warmer Terbaik: 5 Jenama Pemanas Susu Yang Sangat Versatil

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Ibu Mencari Bottle Warmer Terbaik Untuk Memanaskan Susu Anak? Ini Pemanas Susu Terbaik Kami Syorkan!

    Ibu Mencari Bottle Warmer Terbaik Untuk Memanaskan Susu Anak? Ini Pemanas Susu Terbaik Kami Syorkan!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Ibu Mencari Bottle Warmer Terbaik Untuk Memanaskan Susu Anak? Ini Pemanas Susu Terbaik Kami Syorkan!

    Ibu Mencari Bottle Warmer Terbaik Untuk Memanaskan Susu Anak? Ini Pemanas Susu Terbaik Kami Syorkan!

  • Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

    Udara Persekitaran Rumah Agak Kering? Ini Humidifier Terbaik Di Pasaran Untuk Melembap Udara Di Rumah Demi Kesihatan Baik Sekeluarga

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Selamat dan Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.