Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia! Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. Kempen ini mencapai kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara terbesar MAGGI® pada tahun ini, bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah.
Mi MAGGI® mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1971. Sejak itu Mi MAGGI® menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari semangkuk sup mi MAGGI® yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI® yang lazat di restoran.
Bercakap di majlis bersama media pada hari ini, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad berkata bahawa kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI® adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
“MAGGI® SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia – meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik COVID-19 tetapi kini semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI® mereka yang viral!” kata Juan.
Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, yang dihoskan oleh Duta MAGGI® Sheila Rusly, Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique, MAGGI® telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka. Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI® SAH Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 8 orang finalis yang bertanding hari ini akan merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
Kempen MAGGI® SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui cabaran ResipiKu DuniaKu di mana seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna akan bertanding untuk merebut tiga Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung pada hari ini.
Pada majlis hari ini, plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.
Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia telah setia bersama MAGGI® sejak sekian lama, begitu juga dengan para pengguna kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati detik-detik memori manis MAGGI® mereka sambil mewujudkan hubungan mesra bersama planggan kami. MAGGI® SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI® bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.
“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan – sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan,” tambah Geetha.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia!, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia