Sains Menjelaskan Mengapa Anak Anda Seperti Mementingkan Diri Sendiri

Di usia 4 tahun, anak kecil membentuk 'Teori Minda' atau keupayaan untuk berfikir tentang orang lain. Sebelum usia itu, mereka masih belum mampu berempati. Itu antara sebab mengapa mereka sering kelihatan seperti mementingkan diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda rasa anak anda yang berusia tiga tahun seperti mementingkan diri sendiri?

Tidak menghiraukan orang sekeliling termasuklah anda. Sains mempunyai sebab untuk ini.

Menurut satu kajian yang telah diterbitkan di Nature Communications, hanya ketika berusia 4 tahun, seorang kanak-kanak akan mempunyai rasa empati atau faham mengenai apa yang orang lain rasa.

Para pengkaji dari Max Planck Institute for Human Cognitive and Brain Sciences (MPI CBS) di Leipzig dan di Universiti Leiden menjelaskan yang kesedaran ini wujud selepas satu sambungan serat di dalam otak menjadi matang.

Secara ringkasnya, ia adalah kawasan di bahagian belakang lobus temporal (temporal lobe) yang bertanggungjawab untuk memberi mereka keupayaan berfikir tentang orang lain serta perasaan mereka.

Dan, bahagian lobus frontal (frontal lobe) yang terlibat dalam membantu membantu mereka faham keadaan sebenar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi di usia 4 tahun, kanak-kanak mula membentuk ‘Teori Minda’ atau keupayaan untuk berfikir tentang orang lain. 

Ini juga dikategorikan sebagai keupayaan memahami apa yang difikirkan orang lain mungkin berlainan dengan pemikiran mereka.

Berbanding sebelum berusia 4 tahun, mereka tidak dapat memahami pemikiran yang mungkin wujud tanpa dapat dilihat di mata kasar mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang menjumpai kotak coklat yang dipenuhi pensil akan berfikir yang semua budak akan mendapat benda yang sama sepertinya, walaupun sebenarnya tidak.

Walaupun telah dibuktikan secara saintifik tentang kematangan otak seseorang kanak-kanak yang membantu mereka faham tentang orang lain, sebagai ibu bapa, kita harus mula menerapkan sifat empati terhadap orang lain sejak usia muda lagi.

Mereka mungkin belum boleh faham sepenuhnya, namun mereka akan belajar mencontohi ibu bapa mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara untuk mengajar anak kita tentang empati

Antara contoh yang boleh kita lakukan untuk membantu anak-anak kita faham tentang empati ialah:

  1. Mengajar mereka berkongsi mainan atau makanan dengan kanak-kanak lain dan jelaskan mengapa berkongsi itu bagus.
  2. Menunjukkan kepada mereka kepentingan memberi kepada yang memerlukan seperti menderma. 
  3. Mengajar mereka memujuk adik beradik atau kanak-kanak lain yang bersedih.
  4. Tidak mengendahkan jika mereka bersedih, merajuk atau marah.
  5. Sentiasa menunjukan empati terhadap orang lain terutamanya di hadapan mereka.

Ini adalah secara am bagaimana anda boleh memupuk sifat empati di dalam diri anak-anak di awal usia.

Mereka mungkin akan sukar untuk faham, namun mereka akan belajar mencontohi anda sedikit demi sedikit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lama-kelamaan, ia akan menjadi habit atau kebiasaan apabila mereka mulai faham.

Baca juga:

6 Perkara Untuk Mengajar Anak Anda Tentang Kasih Sayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma