7 Perkara Wanita Mengadu LEBIH SAKIT Daripada Proses Nak Bersalin

Ada ramai ibu mengaku, 7 perkara ini lebih membawa derita daripada sakit melahirkan anak! Wah, apa pendapat anda? Sakitnya lebih teruk ke?

Rasanya, tiada apa yang dapat menandingi sakit melahirkan anak. Semua wanita yang sudah berkahwin akan melalui sakit melahirkan anak ini, tak kiralah sama ada secara normal mahupun pembedahan.

Salah satu sebab kenapa sakit melahirkan anak adalah kerana kita terpaksa menghadapi kontraksi berulang-ulang kali. Selain itu, kita juga sering "dimomokkan" dengan cerita orang tentang sakit melahirkan anak.

sakit melahirkan, sakit bersalin, sakit nak bersalin, sakit beranak, sakit nak beranak, sakit bersalin normal, sakit bersalin umpama, cara kurangkan sakit bersalin, sakit bersalin paksa, sakit bersalin induce, sakit bersalin ibarat, sakit bersalin czer, sakit bersalin macam mana, sakit bersalin dalam islam, rasa sakit melahirkan menurut islam, pengalaman sakit bersalin

Akan tetapi, pasti anda terkejut membaca artikel ini kerana masih ramai para wanita yang mengaku ada benda lain LEBIH SAKIT daripada bersalin! Antaranya seperti 7 perkara ini:

7 Perkara Lebih Derita Daripada Sakit Melahirkan Anak

1. Migrain yang teruk

Migrain atau sakit kepala yang kronik bukanlah senang untuk dihilangkan. Ada sesetengah orang mengalami migrain sampai berhari-hari, tanpa tanda ia akan surut!

Antara tanda-tanda migrain adalah sensitif pada cahaya, rasa nak muntah dan pening. 

2. Proses kelahiran induce

sakit melahirkan, sakit bersalin, sakit nak bersalin, sakit beranak, sakit nak beranak, sakit bersalin normal, sakit bersalin umpama, cara kurangkan sakit bersalin, sakit bersalin paksa, sakit bersalin induce, sakit bersalin ibarat, sakit bersalin czer, sakit bersalin macam mana, sakit bersalin dalam islam, rasa sakit melahirkan menurut islam, pengalaman sakit bersalin

Sakit melahirkan anak secara normal akan dirasai sedikit demi sedikit. Anda mungkin berpeluang untuk menahan kesakitan perlahan-lahan. Tapi proses bersalin induce tidak beri anda peluang terbabit!

Kontraksi yang tiada henti, dan proses bersalin induce itu sendiri... alahai! 

3. Tulang patah

Menurut seorang ibu yang pernah patah tulang buku lali, sakit patah tulang lebih derita daripada sakit melahirkan anak! Tambahan pula anda kena pakai tongkat selepas itu.

Lepas bersalin, anda hanya perlu berehat, tak payah pakai tongkat pun. Jadi menurut ibu tersebut, sakit tulang patah lebih membawa derita, walaupun ia akan sembuh juga akhirnya.

4. Batu karang

sakit melahirkan, sakit bersalin, sakit nak bersalin, sakit beranak, sakit nak beranak, sakit bersalin normal, sakit bersalin umpama, cara kurangkan sakit bersalin, sakit bersalin paksa, sakit bersalin induce, sakit bersalin ibarat, sakit bersalin czer, sakit bersalin macam mana, sakit bersalin dalam islam, rasa sakit melahirkan menurut islam, pengalaman sakit bersalin

Ada wanita yang menderita penyakit batu karang mengatakan sakit melahirkan anak mungkin lebih dimudahkan berbanding penderitaan sakit ini. 

Tapi, ada juga ibu yang kata kesakitan kedua-dua ini sama! Wah, mesti sakit ya jika ada batu karang?

5. Sakit tumbuh gigi

Nampaknya, ada juga wanita yang menyamakan sakit melahirkan anak seperti sakit tumbuh gigi. Jika anda mengalami sakit tumbuh gigi tanpa sebarang ubat tahan sakit, penderitaannya sama seperti bersalin tanpa ubat tahan sakit juga!

Cuma kadang-kadang, ubat tahan sakit bagi proses bersalin tidaklah terlalu berkesan. Akan tetapi, sakit tumbuh gigi mempunyai kesannya tersendiri, lebih-lebih lagi jika anda nak buat kerja!

6. Jangkitan di saluran perkumuhan

Derita akibat jangkitan di saluran perkumuhan (usus) juga dikatakan setanding dengan kesakitan waktu nak bersalin. Malah, ada yang mengatakan sakit ini 10 kali ganda lebih teruk daripada bersalin!

7. Pembedahan besar

Pembedahan memang lebih menyakitkan daripada proses bersalin normal. Ya, anda akan diberi anestesia sebelum pembedahan, tapi kesakitan sebenar akan bermula lepas pembedahan tamat!

Sebab itu ramai ibu yang bersalin czer, kemudian bersalin normal untuk anak seterusnya mengatakan -- sakit pembedahan lebih teruk dari sakit bersalin normal! Apapun, nasiblah sekarang kita ada ubat tahan sakit. 

Ini hanyalah beberapa penderitaan yang dikatakan wanita lebih sakit berbanding proses bersalin. Namun, kita tidak menafikan -- Siapa yang akan lupa proses bersalinnya? Sakit itu... aduhai, hanya seorang ibu yang tahu!

Tapi, jika anda akan mengalami kontraksi kelak, janganlah panik. Anda pasti akan dimudahkan untuk bersalin kelak, insyaAllah.

Sumber rujukan: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!