Peritnya Sakit Migrain Ketika Hamil, Bolehkah Ibu Mengandung Ambil Ubat Panadol?

Melalui fasa kehamilan bukanlah perkara yang mudah. Ada sesetengah ibu terpaksa berdepan sakit migrain, alahan dan muntah sehingga memasuki trimester ketiga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit migrain terjadi apabila saluran-saluran darah dalam kepala mengembang menjadi lebih besar daripada biasa. Adakalanya ia bermula hanya di sebelah bahagian kepala sahaja, kemudian melarat kepada kedua-dua belah.

Kebiasannya masalah migrain ini boleh terjadi kerana pendedahan terhadap cahaya terlalu terang, bunyi bising, makanan, tubuh terlalu letih dan kemurungan.

Baca juga: Kerap Mengalami Sakit Bahagian Pelvis Semasa Hamil, Amalkan Posisi Tidur Secara Mengiring!

Sakit migrain ketika mengandung, selamatkah jika ambil ubat panadol?

credit to sources

Tidak dinafikan sewaktu berbadan dua, anda dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dalam aspek pengambilan sebarang ubat. Sekiranya berdepan sakit migrain, ibu hamil tentu sekali berasa tidak selesa dan sanggup menahan diri bagi meredakan sakit.

Menurut penjelasan daripada salah seorang doktor perubatan di Prince Court Medical Centre, Dr. Maiza Tusimin pengambilan paracetamol ketika mengandung hendaklah dengan kuantiti dan dos yang betul.

Saya memang sudah terbiasa mengambil paracetamol sejak sebelum hamil lagi bagi mengurangkan rasa sakit kepala. Namun benarkah ubat ini selamat diambil ketika mengandung dan berapakah jumlah dos yang boleh saya ambil untuk satu hari?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paracetamol atau dipanggil sebagai Uphamol dan Panadol sebenarnya antara salah satu ubat yang berada dalam kategori selamat untuk ibu hamil, jika diambil dalam dos terkawal.

Food Drug Administration (FDA) menyenaraikan ubat ini tergolong dalam kategori kehamilan A iaitu ubat yang paling selamat bagi ibu hamil dan tidak mendatangkan kesan buruk terhadap janin dan kesihatan anda.

Indikasi penggunaan Paracetamol adalah sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipiretik (pengurang demam). Paracetamol ini sering digunakan bagi mengurangkan rasa sakit yang disebaabkan oleh sakit gigi, kepala, otot, senggugut dan sebagainya.

Selain itu, bayi dalam kandungan tidak mampu menerima suhu yang terlalu panas sekiranya ibu mengalami demam. Sekiranya suhu badan anda meningkat sehingga 39 darjah celsius, anda boleh mengambil ubat panadol.

Ini kerana ia selamat dan berkesan bagi menurunkan suhu yang tinggi akibat demam mengikut kuantiti yang disyorkan. Doa maksimum disarankan adalah 4 gram sehari iaitu dengan pengambilan 500mg hingga 1 gram setiap 6 jam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan sampingan sekiranya mengambil secara berlebihan

credit to sources

Meskipun ubat ini dikatakan selamat untuk ibu mengandung bagi melegakan kesakitan yang dialami, namun anda hendaklah segera menjalani pemeriksaan doktor di hospital berdekatan jika suhu badan masih tidak berkurangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana ibu mengandung amat mudah terdedah dengan sebarang penyakit lebih teruk berbanding wanita tidak hamil. Jika anda mendapati sakit kepala ini berlanjutan hingga ke hari seterusnya, dapatkanlah rawatan segera bagi mengelakkan masalah lain yang lebih teruk seperti praeklampsia.

Pengambilan panadol dengan dos yang disyorkan adalah selamat kerana kebanyakan pesakit tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Namun jika anda bergantung kepada ubat ini setiap hari dan ambil berterusan, ia boleh menyebabkan:

#1. Masalah kerosakan hati

Paracetamol 1 gram bersamaan dengan dua biji disarankan untuk pesakit dewasa setiap 6 hingga 8 jam sekali ambil. Dos yang boleh menyebabkan kesan toksik adalah 7.5 hingga 10g iaitu mengambil 15-20 biji panadol. Sekiranya seseorang berniat mengambil ubat dalam kuantiti sebegini, mereka bukan sahaja berisiko mengalami kerosakan hati, malah boleh jadi punca kematian juga!

Justeru, ibu hendaklah berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala kerosakan hati seperti mata, kulit menjadi kekuningan, air kencing berwarna gelap, sakit perut dan kerap muntah.

#2. Anak mengalami masalah sukar berkembang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Menurut kajian yang dijalankan di International Journal if Epidemiology ke atas 48, 631 orang kanak-kanak yang mana ibu hamil mengambil ubat panadol secara berterusan selama 28 hari atau lebih, ia menunjukkan kanak-kanak ini mengalami masalah dalam proses perkembangan dan tingkah laku mereka ketika memasuki usia 3 tahun.

Meskipun doktor mengatakan bahawa ubat ini adalah selamat diambil ketika mengandung, ibu hendaklah mengikuti dos yang ditetapkan. Hanya mengamalkannya sekiranya benar-benar diperlukan sahaja.

Jika sakit kepala atau migrain berlanjutan sehingga memakan tempoh hampir sehari, usahlah anda menahan diri di rumah. Segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan.

Sumber: Myhealth, Dr Zubaidi

Kredit foto: Google Images

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia