Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Menjadi Antara Pesakit Kanser Payudara Termuda Di Asia!

Jangan ingat sakit payudara kerana kanser payudara hanya boleh berlaku pada orang dewasa. Sebenarnya, anak kita pun berisiko untuk kena seperti adik ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bercakap tentang kanser payudara, kita mungkin akan terfikir tentang penyakit payudara yang terjadi pada kita, atau orang yang lebih tua.

Tak pernah terlintas di fikiran yang kanser payudara boleh menjejaskan kanak-kanak juga. Tapi, itulah fakta penting tentang kanser yang harus kita tahu – ia mampu menyerang tanpa mengira usia.

Walaupun kes sakit payudara agak janggal berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja, namun ia tak mustahil!

Kanak-kanak 3 tahun ini alami sakit payudara yang sebenarnya kanser!

Kredit gambar: The Paper CN

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dari China disahkan mungkin antara pesakit kanser payudara yang termuda

Yan Yan berasal dari Shandong, China. Beliau didiagnosis dengan kanser payudara awal tahun ini. Pada mulanya, ibu mangsa menjumpai tanda merah dan lendir melekit keluar dari payudara kanak-kanak ini.

Lendir itu tidak berhenti walaupun selepas beberapa minggu. Tiba-tiba, Yan Yan mengadu sakit payudara dan ibunya perasan ada satu benjolan di sebelah kiri dada anaknya!

Takut dengan semua tanda-tanda sakit payudara ini, ibu ini terus membawa Yan Yan ke hospital. Menurut laporan berita, doktor pada mulanya hanya meminta ibunya berhenti memberi sebarang suplemen pada Yan Yan.

Yan Yan dikatakan sedang menunjukkan tanda-tanda akil baligh awal. Tapi, Yan Yan tidak makan sebarang suplemen pun!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: The Paper CN

Masih risau dan tidak berpuas hati dengan kata-kata doktor, ibu Yan Yan membawa anaknya itu ke Jiangsu People’s Hospital pula. Di sana, doktor menemui ketulan di payudara kiri Yan Yan. 

Malah, payudara kiri Yan Yan juga ada nodus limfa yang bengkak di ketiaknya! Ujian biopsi dibuat, dan doktor akhirnya mengesahkan Yan yan menghidap secretory breast carcinoma – sejenis kanser payudara. 

Pakar dari Sekolah Perubatan Harvard dan pakar kanser payudara, Tang Jin Hai berjaya mengeluarkan tumor ini dari Yan Yan. 

Apa itu Secretory Breast Carcinoma (SBC)?

Secretory Breast Carcinoma adalah sejenis kanser yang boleh menyerang lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Dianggarkan, 1% dari kanser payudara adalah jenis kanser SBC ini.

Walaupun ia sangat jarang berlaku, namun pakar merujuk sakit payudara ini sebagai kanser payudara untuk remaja atau kanak-kanak kerana mangsa kebanyakannya dari golongan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, sejak beberapa dekat lalu, kanser ini dilaporkan telah menyerang hampir semua peringkat umur!

Apa tanda-tanda sakit payudara kerana SBC?

Antara tanda-tanda sakit payudara kerana SBC adalah:

  1. Terdapat benjolan keras yang tidak menyakitkan di payudara
  2. Keluar lending dari puting (atau darah)
  3. Terdapat ulcer pada payudara
  4. Payudara lelaki yang kian membesar

Pesakit termuda kanser payudara

Ini bukanlah kali pertama kanak-kanak didiagnosis dengan kanser payudara dan berjaya hidup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tahun 2011, Aleisha Hunter dari Kanada terpaksa melakukan mastektomi selepas doktor menjumpai benjolan di dadanya ketika dia berusia 2 tahun. Menurut ibu mangsa, benjolan itu sebesar kacang pea!

Tahun lepas, Chrissy Turner dari Utah didiagnosis dengan SBC ketika berusia 8 tahun. Sebagai seorang wanita dan ibu, anda harus peka tentang tanda-tanda ini agar ia mampu dirawat dengan lebih awal.

Jadi kanser ini memang tak mengenal usia, sempena dengan bulan kesedaran kanser payudara ini, ayuh kita kongsi mengenai penyakit ini untuk kesedaran semua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian ini berguna.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga: Hati-Hati Ini 15 Tanda Kanser Pada Kanak-Kanak Yang Sering Diabaikan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris