Anda rasa kram selepas hubungan intim? Jaga-jaga, ini BAHAYA anda tak sedar

Adakah anda rasa kram atau rasa sakit selepas seks? Baca penjelasan doktor tentang kenapa perkara ini terjadi kepada anda.

Pernah tak anda alami rasa kram selepas berhubungan intim dengan suami? Sebenarnya, rasa kejang atau sakit selepas seks ini dipanggil sebagai dysorgamia, iaitu rasa sakit yang anda rasa semasa orgasma atau selepas.

Dr. Christine Greves, seorang OB-GYN di Hospital Wanita dan Bayi di Winnie Palmer mengatakan,

“Rasa kejang yang muncul selepas orgasma ini biasanya sama seperti sakit semasa senggugut. Rasa kejang ini biasanya anda rasa di kawasan vagina, di bawah perut atau punggung.”

“Kram ini terjadi sejurus selepas seks dan berlanjutan sehingga beberapa jam,” tambahnya.

Sakit selepas seks: Penyebab anda rasa kejang

Semasa wanita mengalami orgasma, otot pada rahim akan menegang. Ini sama seperti apa yang berlaku pada otot selepas anda bergerak atau bersenam.

Anda akan rasa otot anda tegang dan tak selesa selepas bersenam.

Tapi, Christine menerangkan, perkara ini terjadi kerana beberapa sebab. Masalah kesihatan seperti radang pelvik, endometriosis, kista ovarium dan lain-lain boleh menyebabkan anda rasa sakit selepas seks.

Jika anda mempunyai masalah pada organ reproduksi, rasa sakit akan menjadi lebih parah disebabkan oleh gesekan semasa seks. Tetapi biasanya kejang yang dialami selepas seks tak mempunyai kaitan dengan masalah ini.

Sakit selepas seks TAK BOLEH diabaikan

“Seks tak sepatutnya menyakitkan, jila perkara ini baru pertama kali terjadi pada anda, adalah lebih baik jika anda rujuk dengan doktor,” kata Christine.

Jika anda memang tak ada masalah kesihatan, tapi anda masih rasa kejap selepas berhubungan intim, anda boleh minta ubat tahan sakit pada doktor atau menekan bahagian pelvik anda dengan benda panas untuk mengurangkan rasa sakit.

Christine juga menyarankan agar anda selalu periksa jika anda mengalami masalah pada organ reproduksi. Biasanya sakit yang anda rasakan merupakan tanda masalah kesihatan yang tersembunyi.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan diterjemah dengan keizinan dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcedera-ketika-seks

Penulis

Nadia Ghafar