Sakit Tulang Kemaluan Ketika Hamil Adakah Normal? Apa Puncanya?

undefined

Sepanjang kehamilan tubuh anda akan menghasilkan hormon yang dipanggil relaxin. Hormon ini berfungsi untuk melembutkan ligamen bagi membantu bayi mudah untuk ke laluan pangkal rahim saat bersalin nanti. 

Sakit tulang kemaluan ketika hamil ini memang biasa dialami ibu mengandung saat menginjak trimester ketiga kehamilan. Dalam istilah perubatan ia dipanggil ‘Symphasis Pubis Diastasis (SPD).

Tidak perlu risau jika anda mengalami sakit tulang kemaluan ketika hamil trimester ketiga, ia disebabkan oleh tekanan pada ligamen yang longgar akibat hormon relaxin. Sakit itu akan semakin ketara apabila ibu hamil makin mendekati tarikh bersalin. 

Punca sakit tulang kemaluan ketika hamil

Sakit tulang kemaluan ketika hamil

Sepanjang kehamilan tubuh anda akan menghasilkan hormon yang dipanggil relaxin. Hormon ini berfungsi untuk melembutkan ligamen bagi membantu bayi mudah untuk ke laluan pangkal rahim saat bersalin nanti. 

Namun sekiranya tubuh tidak dapat menerima perubahan ligamen yang lembut ia akan menyebabkan ibu hamil mengalami SPD ini. Malah postur tubuh juga antara faktor yang mempengaruhi SPD. 

Ini antara faktor lain yang mempengaruhi SPD:

  • Otot dan sendi di bahagian pinggul bergerak tidak sehala.
  • Perubahan otot bagi menampung sendi pinggul.
  • Satu sendi pinggul tidak berfungsi dengan sempurna akan menyebabkan kesakitan pada bahagian tulang pelvik. 

Ibu hamil akan lebih mudah berisiko untuk mengalami SPD ini jika:

  • Pernah mengalami sakit pinggul atau sakit belakang sebelum hamil lagi.
  • Pernah mengalami kecederaan pinggul.
  • Jarak kehamilan yang singkat dari kehamilan sebelum ini.
  • Memiliki BMI yang tinggi atau terlebih berat badan sebelum hamil.
  • Tubuh ibu hamil yang kecil dan kurus.

Simptom SPD pada ibu hamil

Sakit tulang kemaluan ketika hamil

Nyeri atau sakit di tulang kemaluan memang simptom yang paling ketara untuk SPD, namun ada juga simptom lain yang ibu perlu perhatikan, antaranya:

  • Sakit punggung, sakit belakang atau sakit di bahagian pinggul.
  • Sakit diiringi dengan denyutan di bahagian pelvik.
  • Sakit di bahagian paha atau diantara kaki.
  • Sakit ketika turun tangga atau ketika turun dari katil.
  • Sakit di bahagian pelvik datang ketika malam hari dan menganggu tidur anda.

Walaupun SPD ini sering terjadi waktu hujung-hujung kehamilan, namun perlu diingat ada juga ibu hamil yang akan mengalami masalah ini pada awal kehamilan juga. Ini biasa berlaku jika jarak kehamilan anda sebelum ini agak dekat, iaitu kurang daripada satu tahun. 

Rujuk kepada doktor anda jika kesakitan di luar kawalan dan berlarutan, biasanya doktor akan rujuk anda kepada fisioterapi jika keadaan bertambah serius. 

Atasi sakit tulang kemaluan saat hamil

Rasa nyeri dan kram di saat kehamilan boleh dilegakan dengan rawatan dirumah seperti berikut:

Sakit tulang kemaluan ketika hamil

Latihan untuk memperkuatkan tulang belakang, perut, pinggul dan otot. Duduk di atas bola gym dengan postur badan tegak. Lakukannya 10 minit dalam dua atau tiga kali sehari. Amalkan setiap hari, selain dapat mengurangkan rasa nyeri ia juga bagus untuk merawat sakit belakang. 

Mandi air panas di dalam tab mandi. Ini dapat melembutkan otot dengan lembut, malah badan juga akan terasa lebih relaks. Elok dilakukan setiap petang selepas hari yang cukup memenatkan. 

Pakar fisioterapi akan membantu anda tentang bagaimana anda boleh lakukan rutin harian anda tanpa memenatkan. Anda juga akan dinasihatkan untuk banyakkan berehat di atas katil sehingga proses kelahiran. 

Akupunktur juga dikatakan dapat membantu rasa nyeri ini. Pastikan anda dapatkan rawatan ini di pusat yang dipercayai ya!

Apa pun sakit yang anda alami sepanjang kehamilan, jika anda rasakan ia luar biasa sentiasalah rujuk pada pakar. Khuatir juga ia mampu mengundang masalah serius.

Memang sesetengah kesakitan pada bahagian perut, belakang, dan bahagian pelvik adalah sebahagian daripada proses untuk badan anda ‘membesarkan’ bayi jadi anda perlu peka apa yang normal apa yang tidak.

Semua kesakitan yang anda alami ini adalah sementara, dan selepas melahirkan bayi nanti, semuanya akan pulih sediakala.

Selain itu anda juga perlu lalui pengalaman mengandung ini dengan penuh ketenangan dan enjoy selagi boleh! 

Sumber: Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 Bahaya Ini

Baca juga: Sakit Bawah Perut Ketika Hamil, Adakah Normal?

Baca juga: Penyebab Sakit Perut Bahagian Bawah Yang Anda WAJIB Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!