X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Penyebab Sakit Perut Bahagian Bawah Yang Anda WAJIB Tahu!

5 min bacaan
Penyebab Sakit Perut Bahagian Bawah Yang Anda WAJIB Tahu!

Anda atau anak anda kerap sakit perut bahagian bawah? Ini adalah antara penyebab sakit perut bawah yang anda wajib tahu. Jom ketahui puncanya disini!

Sakit perut adalah satu kesakitan yang paling biasa dialami oleh rakyat Malaysia. Bukan sahaja rakyat kita bahkan ia turut dialami oleh ramai orang di seluruh dunia. Namun sakit perut ini ada pelbagai jenis, dan apakah sebenarnya sakit perut bahagian bawah ini?

Itu adalah sakit yang berbeza keadaannya kerana ia menimbulkan tanda tanya mengenai apakah punca ianya berlaku dan yang pasti, sakitnya juga kadang tidak tertanggung. Bukan orang dewasa sahaja yang mengalami sakit perut bawah ini, kanak-kanak serta bayi juga tidak terlepas daripada mendapat rasa sakit perut ini. 

Sakit bukan sebarang sakit! Kadang kala, sakit perut ini buatkan anda rasa kejang perut, sakitnya pula tak berhenti-henti. Ada masa pula macam menyucuk-nyucuk. Kalau kita yang dewasa ini pun tak tahan sakit, apatah lagi kanak-kanak kan? 

Untuk memahami mengenai sakit perut bahagian bawah ini, jom kita baca lebih lanjut mengenai sakit perut bahagian bawah untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Jadi ibu bolehlah bersiap sedia sekiranya anak anda sakit perut. Malah, ia juga boleh jadi panduan yang baik untuk ibu juga kalau-kalau ibu sakit perut. Manalah tahu kan.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan!

Punca berlaku sakit perut bahagian bawah

sakit perut bahagian bawah

Kredit: Pexels

Berikut adalah antara punca mengapa sakit perut bahagian bawah berlaku. Ianya boleh menjadi sebab mengapa anda mengalami sakit perut yang teruk,

Advertisement
  • Jangkitan buah pinggang
  • Refluks asid ataupun penyakit GERD
  • Gangguan usus
  • Keradangan pundi kencing
  • Sembelit
  • Apendiks
  • Jangkitan buah pinggang
  • Batu karang
  • Hernia
  • Keretakan pelvis
  • Penyakit Crohn
  • Kecederaan

Walaupun, sebab-sebab ini menjadi punca anda mengalami sakit yang teruk di bahagian bawah, tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis. Jangan pula cuba diagnosis diri sendiri ya. 

Sakit perut bahagian bawah sering berlaku kepada semua orang tetapi ianya lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita. Walaupun sakit perut bahagian bawah ini dilihat sebagai sesuatu yang normal. Adalah lebih baik jika anda mendapatkan rawatan daripada doktor kerana ianya juga boleh menjadi sesuatu yang serius untuk wanita jika tidak dirawat dengan segera.

Punca sakit perut bahagian bawah untuk wanita

sakit perut bahagian bawah

Kredit: Pexels

#1 Sakit perut akibat datang haid

Ramai wanita yang mengalami sakit perut akibat haid atau sewaktu datang bulan. Keadaan ini dinamakan sebagai dysmenorrhea. Sakit haid ini adalah sakit yang menyucuk-nyucuk pada bahagian bawah abdomen perut. Kadang kala ia disertai dengan mual, sakit kepala dan sakit di belakang badan. 

Untuk meredakan sakit perut akibat haid ini apa yang anda boleh lakukan ialah dengan memakai pad panas dan meletakkannya pada perut, banyakkan berehat, mandi air panas dan lakukan senaman secara berkala.

#2 Keradangan pelvis

Untuk pengetahuan anda, pelvis terletak di bahagian bawah perut berdekatan dengan tiub falopio, induk telur, serviks dan rahim. Jika anda kerap mengalami sakit perut luar biasa disusuli dengan keputihan yang banyak dengan bau yang kurang menyenangkan. Ditambah pula sakit sewaktu melakukan hubungan seks atau ketika membuang air kecil. Besar kemungkinan pelvis anda telah mendapat jangkitan. 

Jangkitan ini turut diberi nama penyakit keradangan pelvis ataupun pelvic inflammatory diseases adalah penyakit yang menyerang organ pembiakan wanita. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami jangkitan ini, cepat-cepatlah berjumpa doktor kerana penyakit ini boleh menjejaskan kesuburan anda.

#3 Kanser serviks

Kanser serviks merupakan salah satu punca mengapa seseorang wanita mengalami sakit di bahagian bawah perut. Bukan sahaja sakit perut di bahagian abdomen bawah, antara ciri kanser serviks yang lain ialah keputihan melampau dan pendarahan yang tidak normal iaitu diluar tempoh haid.

Punca kanser ini berlaku adalah disebabkan oleh kehadiran virus HPV-16 dan HPV-18 yang selalunya berjangkit disebabkan oleh aktiviti seks.

#4 Kehamilan luar rahim

Kehamilan luar rahim adalah sejenis kehamilan yang berlaku di luar kawasan rahim yang bermaksud telur melekat di bahagian lain selain rahim. Boleh jadi kehamilan ini berlaku di kawasan serviks atau bahagian rongga perut. Walaubagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku. 

Jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mendapati bahawa terdapat pendarahan pada vagina, sakit yang terlampau teruk, dan pening kepala.

Bagaimana pula dengan kanak-kanak? Kanak-kanak juga boleh mendapat sakit perut. Mari kita semak!

Sakit perut untuk kanak-kanak

sakit perut bahagian bawah

Sakit perut dalam kalangan kanak-kanak juga adalah sesuatu yang normal dan biasa berlaku. Jika anak anda mengalami sakit perut, tanyakan kepada anak anda dimana anak anda sakit kerana ini boleh membantu anda mengetahui apakah jenis sakit perut yang anak anda alami.

Punca sakit perut untuk kanak-kanak

  • Cirit birit
  • Keresahan
  • Ketidakhadaman
  • Sindrom usus yang merengsa
  • Apendisitis

Sakit perut bawah untuk kanak-kanak

Jika anak anda mengalami sakit perut di bahagian bawah, besar kemungkinan anak anda mengalami salah satu punca yang berikut. Menurut Children’s Health, sakit perut kanak-kanak boleh diketahui dengan memeriksa bahagian perut agar doktor boleh mencadangkan rawatan yang sesuai. 

Sakit di bahagian bawah kanan

  • Apendisitis
  • Cirit birit
  • Sakit di pelvis atau pangkal paha

Sakit di bahagian bawah dan tengah

  • Jangkitan saluran kencing
  • Sakit di pelvis

Sakit di bahagian kiri bawah

  • Cirit birit
  • Sakit di pelvik

Perhatian! Rujuk doktor dengan segera sekiranya anak anda sakit perut disusuli dengan muntah dan demam, berat badan berkurangan, sakit perut yang semakin teruk dan tidak berubah, sukar bernafas, sakit bila kencing dan sebagainya. 

Sumber: Hello doktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga:  Jangan pandang ringan jika anak selalu sakit perut, BAHAYA kalau dibiarkan!

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Penyebab Sakit Perut Bahagian Bawah Yang Anda WAJIB Tahu!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham