James Payne, seorang bayi yang baru berusia 6 minggu menjadi mangsa keadaan apabila tiga orang doktor yang merawatnya gagal mengenalpasti penyakitnya dengan tepat. James meninggal dunia selepas sembilan hari melalui episod berjumpa tiga orang doktor.
James mengalami batuk selepas beberapa minggu dilahirkan. Ibunya membawa James berjumpa doktor di Kent Elm Surgery dan dia diberi ubat titis hidung serta paracetamol bagi penyakitnya itu.
Beberapa hari kemudian, pernafasan James bertambah buruk dan dia mengalami ‘wheezing’. James dibawa berjumpa seorang lagi doktor di Southend University Hospital yang memberitahu bahawa James mungkin mengalami jangkitan virus dan ianya adalah normal bagi bayi seusianya.
Pada pagi hari kematian James, dia telah dibawa semula ke Kent Elm Surgery. Kali ini dia dirawat oleh doktor yang lain.
James meninggal dunia pada tengharinya.
BERKAIT: What’s normal and what’s not in your newborn
Patutkah anda curiga?
Kes-kes seperti kes James di atas tidak hanya berlaku di UK. Kesilapan doktor dalam mendiagnosis berlaku di mana-mana di serata dunia. Kajian pada tahun 2005 yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association mendapati daripada kajian autopsy yang dilakukan, kebarangkalian untuk seorang doktor melakukan kesilapan diagnosis adalah 10-15 peratus.
Maka tidak salah jika anda ada sedikit perasaan curiga terhadap diagnosis yang dilakukan oleh doktor ke atas anak anda. Jika berlaku salah satu atau lebih daripada tanda-tanda di bawah ini, anda boleh syak yang anak anda berkemungkinan besar telah tersalah diagnos oleh doktor.
~ Penyakit anak anda tidak beransur sembuh walaupun ubat yang diberi doktor sudah hampir habis dimakan.
~ Anak anda menunjukkan simptom-simptom baru atau simptom-simptom sedia ada bertambah buruk.
~ Simptom-simptom yang dialami anak anda tidak kena dengan diagnosis yang dilakukan oleh doktor. Di sini, anda perlu melakukan sedikit ‘homework’ di internet bagi mengetahui lebih lanjut tentang penyakit anak anda.
~ Doktor mengaitkan penyakit biasa dengan penyakit yang lebih serius. Contohnya anak anda mengadu sakit kepala yang sebenarnya berpunca daripada ketegangan urat mata tetapi doktor mengesyaki anak anda mempunyai ketumbuhan otak.
BERKAIT: When to call the doctor about your baby
Tips elak salah diagnosis
1. Ringankan mulut untuk bertanya lebih lanjut tentang diagnosis yang telah dilakukan oleh doktor. Adakah terdapat kemungkinan lain? Kenapa doktor mengatakan demikian? Apa perlu buat jika simptom berlanjutan?
2. Sekiranya anda sangsi dengan diagnosis yang dibuat terhadap anak anda, dapatkan pandangan kedua daripada doktor lain. Seelok-eloknya doktor pakar kerana doktor biasa mungkin tidak pernah atau jarang menemui/mengendalikan kes seperti kes anak anda. Minta surat rujukan daripada doktor anda jika ingin ke hospital pakar kerajaan.
3. Gunakan ‘online symptom checker’ bagi mengenalpasti penyakit anak anda sebelum dibawa berjumpa doktor. Anda boleh gunakan enjin carian seperti Google bagi tujuan ini atau yang yang lebih spesifik seperti Isabel Symptom Checker. Isabel Symptom Checker mempunyai koleksi sebanyak 6000 jenis penyakit di dalam pangkalan datanya.
4. Bawa senarai soalan berkaitan penyakit atau simptom-simptom yang dialami oleh anak anda. Tanya, tanya dan tanya lagi!
BERKAIT: All about allergies, All about ear infections, All about asthma
Terdapat pelbagai penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak yang sering tersalah diagnos oleh doktor seperti ADHD, alahan susu lembu, jangkitan bakteria, pneumonia, apendiks, dan Hirschprung Disease.
Sila baca di sini bagi maklumat lanjut berkenaan 10 penyakit kanak-kanak yang sering disalah diagnos (Nota: Artikel adalah di dalam Bahasa Indonesia).
Adalah sangat penting bagi ibubapa meminta pendapat kedua daripada doktor lain sekiranya diagnosis adalah meragukan kerana kesilapan dalam diagnosis mempunyai kesan langsung terhadap rawatan/ubatan atau terapi yang bakal diberi kepada anak anda.
Rujukan:
Tips for helping your doctors avoid misdiagnosis: Drs. Oz and Roizen
How to avoid misdiagnosis: The online ‘doctor’ even GPs swear by
Has your illness been misdiagnosed?