Kedai Gunting Rambut Mesra Kanak-Kanak Sekitar Lembah Klang, Sesuai Untuk Anak Susah Duduk Diam

Kedai gunting rambut atau salon yang mesra kanak-kanak dapat memudahkan urusan ibu ayah yang ingin potong atau rapikan rambut si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam menjaga penampilan si manja, rambut menjadi bahagian terpenting kerana ia amat memainkan peranan untuk keseluruhan penampilan. Justeru semak beberapa kedai gunting rambut yang mesra kanak-kanak ini.

Tidak dinafikan bahawa rata-rata ibu ayah berdepan episod anak menangis dan menjerit kerana takutkan mesin rambut atau gunting. Kesudahannya, rambut si manja tidak menjadi seperti yang diinginkan.

Senarai kedai gunting rambut mesra kanak-kanak

Kalau si kecil tidak dapat duduk diam semasa tukang gunting melakukan kerjanya, lain pula yang jadi nanti.

Jadi apa yang boleh dilakukan bagi memberikan anak pengalaman gunting rambut itu sebagai sesuatu yang tidak menakutkan, dan menyeronokkan buatnya?

Kami pasti ramai yang selalunya beri anak iPad atau Youtube untuk menenangkan si manja ketika gunting rambut, terutamanya bagi si kecil yang berusia 4 tahun ke bawah.

Bagi membuatkan anak tidak takut untuk ke kedai rambut, pastinya mereka perlu suasana yang menenangkan dan sesuai dengan jiwa kanak-kanak.

Apa kata anda bawa si manja ke salah satu kedai gunting rambut mesra kanak-kanak yang disenaraikan di bawah bagi memberikan mereka pengalaman gunting rambut yang menyeronokkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat beberapa pilihan salon rambut mesra kanak-kanak di sekitar Lembah Klang, antaranya:

#1 Quick Cut

Quick Cut merupakan satu rangkaian kedai gunting rambut profesional dan pantas yang menawarkan perkhidmata potong rambut sepantas 10 minit.

Sekiranya anda dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak sempat mencari kedai gunting rambut yang cepat dan murah untuk anak, Quick Cut merupakan pilihan terbaik.

Quick Cut mudah ditemui dan selalunya bertempat di dalam pusat membeli belah. Sesetengah outlet menyediakan kerusi berbentuk kenderaan comel khas buat kanak-kanak yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Lokasi: G36 BMC Mall, Jalan Temenggung 21/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Batu 9 Cheras, 1 Utama, Avenue K and 14 lokasi lain.
Telefon: +603 – 9076 1189
Waktu Operaso: Setiap hari 10:00am – 10:00pm
Harga dari: RM18 (Harga bergantung pada lokasi)

#2 Kwik & Ez

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Kwik & Ez

Kwik & ez menawarkan perkhidmatan gunting rambut yang pantas dan berpatutan khas di Happy Kids Cut Corner.

Terdapat pelbagai tema kanak-kanak yang disediakan di pelbagai lokasi sekitar KL dan Selangor, termasuklah IOI Mall Puchong, Setia City Mall dan Tesco Kepong Village Mall.

Alamat: Lot Level 2-11 Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, IOI Mall Puchong, Damansara, dan pelbagai lokasi pusat beli-belah yang lain.
Telefon: +603-4295 0000
Waktu Operasi: Setiap hari 10:00am – 10:00pm
Harga: RM20
Facebook:kwik.ez

#3 Huuk Barbershop

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Huuk Barbershop

Jika anda ingin membawa anak ke sini, pastikan anda membuat temu janji dahulu ya. Kedai gunting rambut yang bertemakan klasik dan retro ini bukan sahaja mempunyai tukang gunting yang mesra, malah pandai mengendalikan kanak-kanak.

Jangan risau, mereka masih melayan walk-in juga sekiranya anda tidak sempat membuat temujanji.

Alamat: Lot.B1.03.00, Basement 1, Pavilion Kuala Lumpur, 165, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur and 5 lokasi lain Wangsa Maju, Taman Melawati, MidValley, dan Bukit Bintang
Contact: +603-2110 2961
Open: Daily 10:00am – 10:00pm
Prices from: RM30
Facebook: HuukBarbershop

#4 Joe’s Barbershop

Kedai gunting rambut Joe’s Barbershop diasaskan oleh oleh selebriti hip hop, Joe Flizzow dan rakannya Andy Darmis. 

Sejak pembukaan kedai pertama mereka pada tahun 2013, rangkaian popular ini telah berkembang dengan cepat ke 21 lokasi berbeza di seluruh negara.

Untuk keselesaan pelanggan mereka yang lebih muda, kedai ini menggunakan peralatan yang lebih kecil dan selamat untuk kanak-kanak.

Alamat: Plaza Rasta, Off Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur and 20 other locations in Subang Jaya, Bangi, Shah Alam, and nationwide
Telefon: +6013-7873115
Waktu Operasi: Sabtu ke khamis 12:00pm – 11:00pm, Jumaat tutup
Harga dari: RM20
Facebook: Joes47500

#5 GEM Studio

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: GEM Studio

GEM Studio asalnya merupakan sebahagian dari The Parenthood, dan telah berpindah ke premis baru di Sunway Pyramid.

Pilihan warna rekaan dalamnya sangat menarik, dengan hiasan unicorn yang comel pasti menarik perhatian kanak-kanak khususnya si gadis kecil!

Alamat: F1.13 Tingkat 1, Sunway Pyramid, No. 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya
Telefon: +60 11 1669 6492
Waktu Operasi: Isnin hingga ahad 10:00am – 10:00pm
Harga dari: RM25
Facebook: GEMStudio

#6 76STYLE

Asal dari Tokyo, Salon Hair Salon 76STYLE memenuhi keperluan orang dewasa atau kanak-kanak yang bergaya. Pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli dan mendapat faedah seperti potongan rambut percuma untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Nikmati diskaun 50% jika anak anda berumur antara 6 hingga 12 tahun, dan 30% untuk mereka yang berusia 19 tahun ke bawah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kawasan permainan yang selesa akan membuatkan anak-anak terleka sementara ibu bapa menikmati minuman di Caffe Crema kedai sebelah.

Alamat: E-01-02, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Telefon: +603-6203 5111 / 4111
Waktu operasi: Isnin hingga khamis 9:30 am – 9:00 pm; Jumaat hingga ahad/cuti umum 9:30 am – 7:00 pm
Harga: PERCUMA untuk ahli dengan anak berusia 5 tahun ke bawah.
Facebook: 76stylemy

#7 A Cut Above

A Cut Above merupakan salah satu rangkaian kedai gunting rambut utama di Malaysia, dan telah beroperasi selama 30 tahun. 

Kerusi berbentuk haiwan yang berwarna-warni di outlet terpilih pasti akan membantu menjaga anak menikmati proses pemotongan rambut dengan selesa. 

Alamat: S054 & S055 2nd Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur; 1F-32 Tingkat 1, Bangsar Village II, No. 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur; dan 3 lagi lokasi pusat beli-belah di Lembah Klang, di Bangsar Shopping Centre, Sunway Pyramid, dan Pavillion Kuala Lumpur.
Telefon: +603 2938 3131; +603 2283 2233
Waktu operasi: Mondays to Sundays 10:00am – 10:00pm; 10:00am to 9:00pm
Harga dari: RM40
Facebook: acutabove.group 

Jom buat temujanji anda sekarang!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 Kelebihan & Cara Cukur Rambut Bayi Hingga Botak Licin Selepas Lahir

Baca juga: Ibu Sedih Rambut Anak Kena Potong Pendek Oleh Pengasuh, Dah Nampak Macam Gegirl!

 Baca juga: “Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,”-Ini Penjelasan Dari Doktor

Penulis

Beto Rahman