Gara-gara sambut birthday lain dari orang lain, kejadian ngeri telah berlaku hingga menyebabkan kematian yang dasyat.
Seorang ibu telah mendedahkan bagaimana anaknya bertanya di manakah ayahnya pergi selepas dipercayai mati bersama dua orang lagi.
Mereka dilihat tidak bernyawa semasa berenang dalam ais kering yang dibuang ke dalam kolam renang semasa sambut birthday.
Kejadian sambut birthday
Bapa berkenaan, Valentin Didenko, 32 mengalami keracunan karbon dioksida dan mati selepas air kering dimasukkan ke dalam kolam renang bagi mencipta kelainan semasa majlis ulang tahun kelahiran yang ke 29 untuk Ekaterina Didenko di Moscow, Rusia.
Dua yang lain turut disahkan meninggal di tempat kejadian. Laporan media di sana mendapati pasangan itu meninggal akibat edema pulmonori selepas bernafas dalam gas.
Dalam pada itu, Ms Didenko berkongsi video sedihnya selepas kematian suaminya itu dan mendedahkan anak perempuannya Natasya bertanya soalan tentang ketiadaan bapanya.
“Bagi saya, apa yang terjadi adalah mimpi buruk untuk kami sekeluarga.
“Pada pagi tadi, Natasya bangun lalu bertanya “di mana ayah”. Saya tidak tahu apa yang perlu diberitahu kepadanya. Kemudian dia bertanya lagi “mengapa saya menangis,” katanya.
Bahaya wap ais kering
Untuk pengetahuan, wap ais kering itu boleh menyebabkan tahap karbon dioksida yang tinggi dalam darah apabila dilepaskan pada ruang yang berisiko.
Lelaki berkenaan mahu lakukan pesta itu bagi mencipta sesuatu yang lain apabila para tetamu melompat ke arah kolam renang tersebut.
Tetapi lain pula yang terjadi, selepas dicurahkan ais semua orang yang masuk ke dalam kolam itu pengsan dan tidak sedarkan diri.
Menurut pihak polis, kes kematian ini disebabkan kecuaian.
Bahaya ais kering atau dry ice
Ais kering merupakan bentuk yang padat dengan kandungan karbon dioksida yang tidak berbahaya sekiranya disimpan dan digunakan dengan cara yang betul.
Walaupun karbon dioksida ini bukanlah toksik tapi ia boleh membina tekanan atau menggantikan udara normal yang berpotensi menyebabkan masalah.
Berikut ini adalah bahaya ais kering dan bagaimana untuk mengelaknya:
#1. Ais kering sangat sejuk
Sentuhan kulit pada ais kering boleh membunuh sel, jadi kalau nak sentuhnya perlu menggunakan sarung tangan tebal semasa mengendalikan ais kering tersebut.
Paling ingin diingatkan adalah jangan sesekali teringin nak makan ais kering atau menggunakannya untuk minuman sejuk kerana ia sangat berbahaya dan tidak disyorkan sama sekali.
#2. Gas karbon dioksida
Walaupun karbon dioksida tidak beracun, tapi ia boleh mengubah kimia udara kerana hanya terdapat oksigen yang lebih rendah.
Ini bukan masalah bagi kawasan pengudaraan yang baik tetapi ia boleh menyebabkan masalah pada ruang yang tertutup.
#3. Hazard letupan
Ais kering tidak mudah terbakar atau meletup tetapi ia menyebabkan tekanan kerana boleh bertukar dari pepejal kepada karbon dioksida.
Sekiranya ais kering diletakkan dalam bekas biasa, risiko untuk pecah adalah lebih tinggi.
Apatah lagi, letupan ais kering ini menghasilkan bunyi yang sangat kuat hingga menyebabkan kepingan ais berkecai.
Bagi mengelak masalah ini, sebaiknya elakkan meletakkan pada balang atau bekas yang tidak sesuai tapi masukkan ke dalam tong ais yang betul.
Cara dan penggunaan ais kering yang betul
Ais kering ini memiliki suhu yang tinggi melampau dan boleh mencecah sehingga -100 darjah celcius.
Ais kering ini biasanya digunakan untuk persembahan teater, nyanyian dan sebagainya untuk mendapatkan kesan berasap.
Semasa cuaca kemarau, ais kering digunakan untuk pembenihan awan dengan harapan dapat menghasilkan hujan.
Alat yang digunakan untuk membuat ais kering:
- Tangki gas karbon dioksida
- Beg kain
- Mangkuk
- Pita pelekat
- Alat pelindung mata dan sarung tangan
Cara-cara:
- Lekatkan kepala beg kain pada muncung tangki gas
- Ikatkan dengan pita pelekat
- Sembur gas karbon dioksida ke dalam beg selama 10 hingga 15 saat
- Buka pita dan keluarkan ais kering ke dalam beg dan masukkan ke dalam mangkuk
- Ais kering siap digunakan
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Daily Mail
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.commajlis-hari-jadi-anak