Sambutan Hari Ibu pada tahun 2019 disambut lebih meriah kerana kita berada di dalam bulan penuh barakah iaitu Ramadhan. Dalam kita berpuasa, tentunya kita boleh juga meraikan ibu kita dengan penuh rasa syukur dan gembira.
Ini kerana pengorbanan seorang ibu bermula ketika hamil, melahirkan dan membesarkan anak sehingga mereka dewasa, berkahwin serta mempunyai keluarga sendiri.
Oleh sebab itu, kasih ibu perlu dihargai dengan selayaknya seiring dengan pengorbanan yang dicurahkan pada anak-anak hingga menjadi insan berguna.
Seperti lima orang selebriti yang dikenali ramai ini mereka juga merupakan ibu dan anak perempuan kepada seorang ibu yang telah berjaya mendidik dan melahirkan generasi yang terpuji serta menjadi role-model pada masyarakat.
Jom kita lihat siapakah gerangan mereka.
Sambutan Hari Ibu – 5 Selebriti Yang Meraikan Hari Ibu
#1 Neelofa
Pengacara, pelakon dan ahli perniagaan Neelofa memang tak perlu diperkenalkan lagi kerana semua orang sudah tahu populariti beliau semakin menginjak naik setelah menjadi Juara Dewi Remaja 2010 dan selepas berlakon beberapa buah filem dan drama.
Kemudian, Neelofa sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mula berhijrah dengan mengenakan kerudung sekaligus membuka empayar perniagaan tudungnya yang semakin mendapat tempat di dalam mahupun luar negara.
Walaubagaimanapun kejayaan demi kejayaan yang diperoleh Neelofa ini sebenarnya ada tulang belakang yang sangat kuat memberi sokongan dan nasihat yang tidak berbelah bahagi buat puteri kesayangannya itu.
Menurut ibu kandung Neelofa, Datin Noor Kartini, apabila menjadi seorang ibu anak-anak adalah pelengkap dan begitu istimewa di hati ibu dan ayah.
Bagi Noor Kartini, Neelofa merupakan anaknya yang sangat manja, penyayang dan selalu mengambil berat pasal keluarga. Malah dia sangat menghormati apa juga yang telah ibunya lakukan padanya. Maka tidak hairan semua staf yang bekerja dengannya turut menghormati ibundanya.
Walaubagaimanapun, Kartini tetap sentiasa mendoakan kejayaan buat anak-anaknya dan berharap kejayaan Neelofa dapat menjadi inspirasi pada seluruh masyarakat.
#2 Mira Filzah
Di sebalik kejayaan pelakon popular Mira Filzah, rupa-rupanya dia sentiasa memegang dan mendengar pesanan dari ibu dan ayahnya sebelum terjun ke bidang seni sejak dari awal lagi.
Di mana ibu dan ayahnya sudah memberi pesan supaya dia bijak menjaga diri dan nama baik keluarga. Sebab itu, Mira sehingga kini tidak mempunyai kontroversi tertentu kerana sentiasa pegang dengan nasihat ibunya.
Apatah lagi, keakraban ibu dan anak ini sangat rapat bagaikan cincin dengan permata. Malah, wajah Mira juga saling tak tumpah seperti ibunya sendiri.
#3 Ziela Jalil
Penerbit drama, Datuk Ziela Jalil mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Dr Puteri Julia Nabilah bt Tan Sri Megat Junid yang kini sudah bergelar isteri.
Kejayaan anaknya yang bergelar seorang doktor perubatan itu tentunya mendapat didikan yang sempurna dari ibu tercinta.
Anak gadisnya itu mendapat lulusan dari Royal College of Surgeons di Ireland.
Datuk Ziela Jalil merupakan seorang ibu yang cekal membesarkan anak-anaknya secara bersendirian selepas kematian suaminya Tan Sri Megat Junid Megat Ayob yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Namun, wanita ini tetap bersemangat membesarkan anak-anak sehingga berjaya ke menara gading. Inilah buktinya kecekalan seorang insan yang bergelar ibu.
#4 Dr Amalina
Ingat tak lagi dengan pencapaian Dr Amalina Bakri yang pernah memperolehi 17 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004 yang kejayaan itu sangat luar biasa.
Kecemerlangan itu juga akhirnya membawa Amalina ke luar negara iaitu England bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan yang amat diminati sejak di bangku sekolah lagi.
Seterusnya beliau melakukan latihan surgikal di The Royal College of Surgeons of England dan kini berkhimat sebagai doktor di luar negara.
Dalam kejayaan yang diperolehi itu tentunya ada seorang wanita yang sentiasa ada bersama-samanya iaitu ibu kandunganya Sabariah Hasaan yang juga merupakan seorang guru.
Hasil didikan beliau juga Amalina sudah berjaya bergelar seorang doktor dan mengharumkan nama negara.
#5 Anak Rozita Che Wan
Sempena sambutan Hari Ibu ini, kita ingat kembali pencapaian anak lelaki pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan yang pernah memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM iaitu sebanyak 9A.
Ammar Effendy yang juga merupakan bekas pelajar sekolah Yayasan Saad Melaka berkata dia tidak sangka memperolehi kejayaan cemerlang tersebut. Malah ia juga adalah berkat dorongan dan nasihat daripada ibu, Rozita Che Wan dan ayahnya.
Kejayaan Ammar tentunya hasil didikan Rozita yang sentiasa memastikan anaknya itu mengulang kaji pelajaran selepas habis waktu sekolah supaya dapat mengingati semula pelajaran yang dipelajari di sekolah.
Meskipun telah bercerai dengan bekas suami dan berkahwin dengan pelakon Zain Saidin namun kedua-dua anak lelaki Rozita hasil perkahwinan terdahulu berjaya dalam pelajaran dan membanggakan kedua-dua ibu bapa.
****************************************
Dengan iringan doa dan didikan dari seorang ibu terlahir anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Tanpa ibu, tiadalah kita atas muka bumi ini.
Terima kasih ibu melahirkan dan membesarkan kami dengan penuh sabar hingga anak-anakmu berjaya menggapai cita-cita yang diimpikan. Selamat Hari Ibu Buat Semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.com5-gambar-pengorbanan-seorang-ibu-untuk-anaknya