Ibu Bapa MELAMPAU Sanggup Baling Telur & Rosakkan Kek Ketika Majlis Hari Jadi Anak

Pastinya sambutan hari jadi menjadi sebuah kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Namun, berbeza dengan kisah kanak-kanak ini. Jom baca sehingga habis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambutan hari jadi sememangnya sesuatu kegembiraan yang ditunggu oleh anak kecil. Siapa tidak suka hari lahirnya dirai oleh keluarga tersayang dengan acara memotong kek dan pemberian hadiah?

Bagi ibu ayah yang berkemampuan, pastinya anda merancang awal untuk mengadakan sebuah majlis istimewa dengan menjemput ahli keluarga serta kawan-kawan anak untuk memeriahkan suasana.

Namun, berbeza dengan anak kecil ini apabila sambutan hari jadinya bertukar mimpi ngeri yang paling buruk dalam hidupnya.

Menerusi perkongsian di Twitter, sebuah video yang tidak diketahui sumbernya menunjukkan seorang anak kecil tersenyum ketika dinyanyikan lagu ‘happy birthday’ dan tangannya bersedia memegang pisau pemotong kek.

Sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’, secara tiba-tiba tetamu majlis menyerangnya dengan memecahkan telur ke atas kepala kanak-kanak tersebut.

Tidak cukup dengan itu, hal yang lebih menyedihkan apabila kek yang belum sempat dipotong telah dimusnahkan sepenuhnya oleh mereka.

Jelas kelihatan tetamu yang merupakan orang dewasa telah melumurkan kesemuanya kek hari jadi berkenaan ke seluruh muka dan tubuh kecil kanak-kanak berkenaan. Aduhai, kesiannya..

Rata-rata pengguna Twitter telah memberikan komen panas hati dan marah setelah video berkenaan dimuat naik. Netizen juga meluahkan bahawa prank berkenaan amat keterlaluan dan tidak sesuai dilakukan ke atas  kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah netizen lagi, tidak mustahil perkara sebegini akan memberi kesan negatif terhadap sikap budak tersebut untuk menjadi agak pendiam atau agresif kerana telah terbiasa dengan tindakan yang tidak baik.

Lebih merisaukan suatu hari nanti anak-anak pula yang membuat kejutan melampau ini terhadap ibu bapa mereka.

Cara sambutan hari jadi anak

Foto: Darwin Song Project

Adakah sesebuah sambutan hari jadi perlu diisi dengan aktiviti hiburan dan keseronokan sahaja?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan bahawa sesuatu majlis perlu ada elemen yang menghiburkan agar ia menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Apa kata kita cuba melakukan sesuatu yang berlainan dalam menyambut hari lahir anak dengan mengadakan satu aktiviti yang bermakna dan memberikan kesan yang positif seperti:

#1. Melakukan aktiviti kebajikan

Jika anak terbiasa menantikan tarikh sambutan hari jadinya, apa kata kita mengajak anak-anak untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh, menjadi sukarelawan pada hujung minggu atau masa terluang pada tarikh hari jadi itu adalah salah satu caranya.

Lawatan ke rumah anak yatim, membersihkan surau atau menghulurkan sumbangan kepada golongan miskin mampu mendidik anak-anak untuk menerapkan elemen nilai-nilai murni.

Di samping itu, anak juga akan belajar untuk lebih menghormati dan menghargai diri anda sebagai ibu bapa.

#2. Menanam pokok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Shutterstock

Menanam pokok semasa hari lahir adalah antara cara orang zaman dulu meraikan kelahiran seorang insan.

Setiap kali datangnya tarikh hari lahir anak, berikan mereka pilihan untuk menanam pokok kegemaran mereka.

Jika mereka memilih pokok buah-buahan, bukankah nanti beberapa tahun akan datang ia akan mengeluarkan hasil?

Selain memupuk rasa tanggungjawab anak untuk menjaga tanamannya,  pokok boleh menghijaukan persekitaran rumah anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Menyemak sejarah

Pernah anak anda mengetahui apa yang berlaku di serata dunia pada tarikh atau tahun kelahiran mereka?

Dalam era dunia tanpa sempadan ini, anda boleh menceritakan sejarah atau peristiwa menarik yang berlaku pada tahun kelahiran mereka.

Dengan penceritaan berdasarkan maklumat-maklumat yang menarik, pastinya mampu memupuk perasaan ingin tahu anak serta menambahkan lagi pengetahuan mereka tentang dunia.

#4. Menyediakan makanan yang berkhasiat

Foto: Dinner At Zoo

Bagi anda yang ingin mengadakan sambutan hari jadi anak, elakkan dari menghidangkan mereka dengan snek, gula-gula mahupun makanan segera.

Lebih baik menukarkan menu anda dengan menyediakan sendiri kek hari jadi anak kerana anda boleh mengawal penggunaan gula atau pewarna.

Bagi penyediaan goodies pula, adalah lebih baik anda memberikan tetamu yang hadir buah-buahan segar seperti epal atau alat tulis.

#5. Menyambut majlis hari jadi secara sederhana

Pastikan anda dan suami meraikan majlis hari jadi anak dalam keadaan yang cukup sederhana dan tidak melebihi batas.

Ia merangkumi sama ada dari segi penyediaan menu makanan mahupun pengisian acara sewaktu majlis berlangsung agar tidak mengundang masalah yang lain.

Bilangan tetamu juga cukuplah sekadar anda menjemput keluarga ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja agar tidak berlaku pembaziran.

Sumber: Lobakmerah , Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.commajlis-hari-jadi-anak