Manfaat Makanan Bersantan Semasa Hamil, Tapi Jangan Ambil Berlebihan Pula Ya!

undefined

Ibu tak perlu lagi bimbang jika mahu makan santan selepas tahu maklumat ini namun jangan ambil berlebihan ya kerana kesan sampingannya tetap ada.

Masakan kampung kalau lupa letak santan kelapa memang tak sedap, tambahan pula kalau nak masak rendang, masak lemak cili api, kari kepala ikan dan lain-lain memang memerlukan santan barulah dapat pikat selera. 

Namun begitu, mesti ramai wanita hamil yang tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak makan santan kelapa ini sepanjang kehamilan.

Sebelum itu, kelapa kaya dengan serat makanan seperti natrium, kalium, kalsium, magnesium, mineral, enzim dan lain-lain. Malah jika ambil dalam jumlah yang cukup, kelapa ini dapat mencegah anemia, mengurangkan infeksi di saluran kencing, morning sickness dan mengurangkan bengkak di kaki. 

Manfaat mengamalkan makan santan kelapa 

santan kelapa, santan, kelapa, khasiat makan santan, kelebihan makan santan, makanan bersantan, bersantan, makanan ada santan, makan santan semasa hamil, makanan bersantan semasa mengandung, makanan ada santan semasa hamil

Kredit: Hello Sehat

Santan kelapa memiliki banyak nutrisi penting bagi wanita hamil dan perkembangan janin. Malah ia juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan kemampuan untuk melawan penyakit.

Malah, lemak dalam kelapa juga dapat bantu membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh maka jika ibu hamil mengamalkannya dapat menjadi sumber lemak yang baik sekaligus meningkatkan pertumbuhan janin dan melancarkan produksi susu badan.

Perkara yang perlu diperhati jika ambil makanan berasaskan santan semasa hamil 

Ibu hamil tidak disarankan mengambil makanan atau minuman secara berlebihan semasa mengandung termasuklah makanan bersantan.

Malah, jika mengalami kondisi di bawah anda juga tidak disarankan untuk mengambil santan semasa hamil:

  • Jika memiliki alergi santan. 
  • Memiliki masalah pedih ulu hati. 
  • Berat badan meningkat secara drastik semasa hamil.
  • Berat janin dalam kandungan melebihi usia kehamilan anda.
  • Ibu memiliki sejarah serangan jantung, strok dan gangguan kardiovaskular. 

Manfaat santan bagi janin

santan kelapa, santan, kelapa, khasiat makan santan, kelebihan makan santan, makanan bersantan, bersantan, makanan ada santan, makan santan semasa hamil, makanan bersantan semasa mengandung, makanan ada santan semasa hamil

Kredit: Selaras Media

Santan sebenarnya memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh ibu hamil dan janin kerana nutrisi di dalamnya dapat membantu ibu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan kemampuan diri bagi melawan penyakit. 

Malah asid lemak dalam santan juga signifikan untuk perkembangan keseluruhan janin. 

Namun, santan mengandungi tinggi lemak dan jika makan secara berlebihan boleh menyebabkan sakit perut, mual di waktu pagi, gangguan pencernaan dan menyebabkan tubuh cepat penat. Maka, sebaiknya santan tidak diambil semasa perut kosong.

Oleh itu, ibu hamil disarankan mengambil makanan bersantan hanya dua kali dalam seminggu kerana tidak baik untuk kesihatan ibu dan janin jika diambil dalam kuantiti yang banyak. 

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk semua. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nia Lara Sari. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakanan-yang-boleh-menyebabkan-keguguran/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!