Definisi kesihatan secara menyeluruh tidak hanya tertumpu kepada kesihatan fizikal tetapi merangkumi kesihatan mental. Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) – Kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit. Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu.
Kajian telah menunjukkan nutrien khusus yang memainkan peranan besar dalam menyokong kesihatan otak dan kognisi dapat diperoleh melalui bahan harian dan makanan tambahan (supplements).
Ketahui 4 Jenis Hormon yang Mengatur Kesihatan Mental
Hormon memiliki peran sangat penting dalam tubuh, salah satunya adalah memberikan kebahagiaan atau membuat mood lebih baik. Jenis hormon yang membuat mood positif adalah
- Dopamin : perasaan positif,
- Oksitosin : empathy/hormon cinta
- Serotonin : mengatur suasana hati, tidur, nafsu makan
- Endorfin : Bertindak sebagai penawar sakit
Cara untuk HACK minda anda supaya dapat tingkatkan HAPPY HORMONES!
Vitamin D
Menjaga tahap vitamin D yang optimum adalah penting bagi tubuh anda untuk berfungsi dengan baik. Walaupun anda mungkin pernah mendengar vitamin D disebut sebagai vitamin matahari, adakah ia dapat meningkatkan mood anda?
Nah, kekurangan vitamin D boleh menyebabkan pelbagai gejala, dan suasana hati yang rendah boleh menjadi salah satunya. Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kekurangan vitamin D dan kejadian kemurungan.
Merisaukan apabila selain meningkatkan risiko untuk mengembangkan kemurungan, kekurangan vitamin D juga boleh meningkatkan tahap kemurungan dengan lebih parah.
Salah satu sebab vitamin D boleh mempengaruhi mood adalah hubungannya dengan serotonin. Serotonin adalah sebatian penghantar saraf, yang bermakna ia membawa mesej dari sel saraf dalam otak anda ke bahagian lain tubuh. Hubungan antara serotonin dan mood mungkin adalah yang paling terkenal. Tahap serotonin yang tinggi dikaitkan dengan perasaan optimisme dan kebahagiaan!
JOM! Dapat dose harian anda – [Jumlah pengambilan yang disyorkan untuk vitamin D adalah 400–800 IU/sehari.]
Magnesium
Magnesium adalah salah satu suplemen terbaik untuk meningkatkan tahap oksitosin. Kajian telah mendapati bahawa kekurangan magnesium mungkin berkaitan dengan perasaan kegelisahan dan hubungan sosial yang berkurang, terutamanya pada wanita. Beberapa kajian menyatakan bahawa sehingga 48% rakyat Asia Tenggara mempunyai tahap magnesium yang rendah.
Kekurangan magnesium juga mungkin menjadi punca ketegangan otot, jadi ia boleh membantu untuk mengendurkan otot anda dan memudahkan rasa rileks, membolehkan anda berasa lebih tenteram dan selesa dalam situasi sosial.
Magnesium adalah mineral penting yang sangat penting untuk pelbagai fungsi badan, termasuk metabolisme hormon seperti oksitosin. Selain itu, oksitosin membantu mengawal tahap stres dengan menurunkan tekanan darah, kadar jantung, dan kortisol.
JOM! Dapat dose harian anda – [Jumlah pengambilan yang disyorkan untuk magnesium adalah 350mg-420mg sehari.]
Vitamin B
Kajian menemui bahawa kemurungan, demensia, dan kecacatan mental sering dikaitkan dengan kekurangan vitamin B.
Kekurangan vitamin B12 sebagai punca masalah kognitif adalah lebih biasa daripada yang kita sangka, terutamanya di kalangan warga tua yang tinggal sendiri dan tidak makan dengan betul.
Vitamin B membantu menukar makanan menjadi tenaga dan menyokong fungsi otak yang sihat. Vitamin B6, B9, dan B12 menyumbang kepada metabolisme homosistein, yang dapat mengurangkan risiko penurunan kognitif dan demensia. Vitamin B6, khususnya, terlibat dalam sintesis neurotransmiter yang terlibat dalam pengaturan mood.
JOM! [Dapatkan dose harian anda untuk menjaga otak agar tetap muda dan sihat]
Vitamin C
Hubungan antara vitamin C dan mood mungkin kelihatan mengejutkan, tetapi orang yang mengalami kekurangan vitamin C sering merasa penat atau bersedih. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tahap vitamin C yang lebih rendah dari biasa mendapati mood mereka bertambah baik setelah mereka menerima vitamin C!
Vitamin C membantu dalam penghasilan dan pelepasan neurotransmiter di dalam otak. Neurotransmiter ini terlibat dalam pembentukan serotonin (Happy hormone). Selain itu, vitamin C juga mempunyai pelbagai sifat antioksidan yang melindungi otak.
JOM! Dapat dose harian anda – [Jumlah pengambilan maximum yang disyorkan untuk Vitamin C adalah 2,000 milligram sehari]
Ingat! Sentiasa periksa dengan doktor atau ahli farmasi anda mengenai tambahan yang boleh diambil bersama ubat yang ditetapkan untuk kondisi anda. Ini boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan lain.
Ingat! Dapatkan Nasihat Dari Doktor Dan Ahli Farmasi Anda
Sebelum memulakan pengambilan sebarang vitamin atau suplemen, adalah penting untuk mengetahui bahawa tidak semua individu boleh mengambil suplemen dengan bebas tanpa pertimbangan. Berikut adalah beberapa kumpulan yang harus memberi perhatian khusus:
- Ibu Mengandung dan Menyusu: Selalunya, ibu mengandung telah pun mengambil sesetengah suplemen prenatal yang mengandungi vitamin dan mineral yang mencukupi. Justeru, penambahan suplemen lain mungkin menyebabkan dos yang berlebihan, yang boleh membahayakan baik ibu mahupun bayi.
- Pesakit dengan Masalah Buah Pinggang: Individu ini perlu mengelakkan pengambilan berlebihan magnesium dan potassium yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius kerana buah pinggang mereka tidak dapat memproses mineral tersebut dengan efisien.
- Pengguna Ubat-Ubatan Kronik: Orang yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin harus berhati-hati dengan vitamin K yang boleh mengganggu keberkesanan ubat tersebut. Secara umumnya, pengguna ubat warfarin ini perlulah pengawasan doktor sekiranya ingin mencuba suplemen yang mana-mana. Magnesium dan vitamin B boleh mempengaruhi ubat untuk tekanan darah atau diabetes, dan memerlukan pengawasan doktor dan ahli farmasi.
Setiap individu unik dan respons terhadap suplemen boleh berbeza. Berdiskusi dengan ahli kesihatan akan memastikan anda mendapatkan manfaat maksimum dari suplemen anda tanpa risiko yang tidak diingini.
Ditulis oleh Fairuzah Hanis. Artikel asal diambil dari laman Alpro Pharmacy dan telah mendapat keizinan untuk diterbitkan.