Bolehkah Ibu Ayah Nak Satukan Duit Raya Anak Dan Bahagi Sama Rata?

Perbuatan ibu ayah yang satukan duit raya anak dengan anak yang lain adalah salah dan tidak sah mengikut syarak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau anak seorang sahaja bolehlah lagi nak asingkan duit raya tetapi bagaimana pula dengan keluarga yang memiliki anak ramai? Boleh ke nak satukan duit raya anak dan bahagi sama rata?

Satukan Duit Raya Anak, Tidak Boleh Dan Salah

Kata Hafiz Al-Za’farani dalam satu hantarannya di Facebook, setiap duit raya yang anak-anak dapat lebih atau kurang maka ia milik masing-masing.

Ibu bapa tidak boleh ambil hak abang untuk diberikan kepada adik supaya sama banyak kerana duit raya abang adalah hak abang. Duit raya adik adalah hak adik.

Mungkin ada yang berkata, kami telah maklumkan/minta izin kepada anak-anak untuk dibahagikan sama rata.

Jawapannya tetap tidak boleh bagi anak-anak yang belum baligh kerana anak-anak yang belum baligh tidak mempunyai kelayakan yang cukup dari segi syarak untuk membuat sebarang pengeluaran harta atau pelepasan hak hartanya seperti sedekah, hebah, memberi pinjam dan seumpamanya.

Ini berdasarkan penjelasan Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh menyebutkan kanak-kanak belum baligh tidak sah melakukan tindakan mengeluarkan harta miliknya seperti hebah dan sedekah walaupun dengan izin ibu bapa atau wali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, tindakan ibu bapa yang menyama rata duit raya anak-anak dengan mengambil hak anak yang lain adalah salah dan tidak sah dari sudut syarak.

Tambah Duit Raya Anak Yang Kurang

Walau bagaimanapun, terdapat cadangan yang boleh dilakukan sekiranya ibu ayah jika mahu satukan duit raya anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caranya, guna duit sendiri untuk ditambah pada duit raya anak yang dapat kurang tersebut.

 Bagaimana pula jika duit raya sudah bercampur dalam satu tempat yang sama?

Jika duit raya anak dah tercampur dalam beg ibu, apa yang boleh dilakukan adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Mula-mula, asingkan mengikut sampul raya yang sama.
  2. Kumpul duit raya daripada sampul yang tak sama.
  3. Tambah duit ibu bapa bagi sama banyak nilai dengan duit daripada sampul yang tak sama tersebut.
  4. Akhir sekali, bahagi sama rata kepada anak-anak.

Kaedah ini adalah ijtihad sendiri sahaja. Ibu ayah boleh mengambil jalan berhati-hati lebih baik daripada bermudah-mudah.

Islam itu mudah dan tidak membebankan namun tidak bermakna kita boleh mengetepikan segala hukum-hakam mengikut tafsiran sendiri.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Bagi Duit Raya Adalah Harus, Jangan Beri Kalau Ungkit Atau Riak

Baca juga: Didik Anak Adab Terima Duit Raya, Jangan Didik Anak Jadi Pengemis Kata Ustaz Ini

Baca juga: Hukum Meminta Duit Raya Berdosa & Dilarang Di Sisi Agama

Penulis

Noorhidayah