Tubuh Bayi 8 Bulan Tiba-Tiba Kaku & Muka Berkerut, Ibu Panik Anak Kena Demam Sawan

undefined

Sawan adalah penyakit paling ditakuti para ibu yang memiliki anak kecil dan kerap demam. Jika selalu terjadi, ia boleh membahayakan si manja

Apabila anak kecil tidak sihat, kaum ibulah yang akan susah hati. Mana tidaknya, perlu sentiasa jaga masa beri ubat secara konsisten dan memantau keadaan si manja agar tidak berlakunya sawan demam.

Bayi bawah satu tahun memang mudah jatuh sakit kerana sistem ketahanan tubuh mereka belum kuat. Bila sekali kena, ia datang dengan ‘pakej’ selesema, batuk dan demam.

Ibu cemas tengok anak kena sawan, tubuh tiba-tiba kaku dan muka berkerut

penyakit sawan

Selepas pandemik Covid, kini seluruh negara berjaga-jaga dengan musim influenza yang membuatkan ramai jatuh sakit dan demam.

Lebih membimbangkan lagi, kebanyakan hospital swasta dan kerajaan dilaporkan tiada katil kosong bagi menampung jumlah pesakit yang begitu ramai dalam satu masa.

Baru-baru ini seorang wanita, @nurulmarcella berkongsi detik mencemaskan apabila anak saudaranya tiba-tiba sawan. Dalam video berkenaan, ibu kepada bayi berkenaan sedang meriba anaknya, Delisha dalam dakapan sambil menangis menuju ke hospital.

Pada ketika itu, tubuh Delisha kaku dan tidak bergerak. Walau bagaimanapun matanya masih terbuka. Dia juga tidak memberikan sebarang tindak balas serta menunjukkan gejala sukar bernafas.

Disebabkan oleh risau melihat keadaan bayi 8 bulan itu, dia memohon doa daripada warga TikTok agar dimudahkan urusan hospital dan anak saudaranya diberikan kesembuhan.

Punca sawan disebabkan oleh suhu demam yang terlalu tinggi

Difahamkan bayi berkenaan terkena penyakit sawan yang berpunca oleh demam panas. Rata-rata yang turut merisaukan Delisha meminta agar dia sentiasa update keadaan anak saudaranya itu.

punca sawan

Alhamdulillah, sekarang dah baik sikit. Cuma kena tahan dalam wad lagi. Suhu demam pun dah makin turun. Punca sawan adalah kerana demam panas yang terlampau.

Bukan itu sahaja, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin akan kesihatan Delisha.

Ya Allah terima kasih semua yg mendoakan anak saudara saya. Alhamdulillah Delisha dah semakin pulih. tapi doktor masih pantau lagi. Insyaallah lepas nie kita kena lebih berjaga-jaga. Bila anak demam panas, terus bawanya ke klinik. Terima kasih ya Allah.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berdepan pengalaman sama berkongsikan pesanan bagi mengelakkan serangan sawan berulang.

Bila anak demam panas, ibu kena rajin jerlum badan dan pastikan badannya sejuk. Selalu periksa suhu demam bayi, jika 38 darjah celsius kena bagi dia makan ubat demam. Jika anak menunjukkan tanda tidak aktif, terus bawanya ke hospital.

Sekarang ni musim demam. Sama macam adik saya. Kalau suhu demam tinggi, kena jaga-jaga sebab dia pernah kena sawan dua kali, sawan demam namanya.

Bila dah pernah kena sawan, kalau dia demam lagi. Kena hati-hati dan jangan bagi tubuhnya panas sangat. Semoga dipermudahkan dan semoga Delisha sihat selalu.

Penyakit sawan kebanyakannya berlaku 2 hingga 3 minit, akan berhenti dengan sendiri

Penyakit sawan boleh mendatangkan rasa cemas dan panik apabila anak kecil yang mengalami demam panas tiba-tiba badannya kejang, mata terbeliak dan tidak sedarkan diri.

Bagi anda yang baru pertama kali berdepan pengalaman ini, pastinya tidak tahu bagaimana cara yang betul bagi menghentikan sawan pada anak sebelum membawanya ke hospital berdekatan.

suhu demam anak

Biasanya, sawan demam ini berlaku apabila suhu demam anak terlalu tinggi iaitu melebihi 38.5 darjah celsius.

Menurut pegawai perubatan, Dr Mohd Hanafi Abdul Habir menjelaskan penyakit sawan ini berlaku pada bayi dan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 6 tahun, terutamanya anak yang baru mula berjalan atau bertatih.

Kebanyakan kes sawan demam ini tidak membahayakan kerana tiada bukti kukuh yang mengatakan sawan boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

Serangan penyakit sawan ini juga akan berhenti dengan sendiri selepas dua atau tiga minit. 

”Ia jarang berlaku lebih 10 minit. Jika ia melebihi 5 minit, ibu ayah hendaklah membawa anak ke hospital secepat mungkin,” katanya.

Cara berdepan anak  yang mengalami sawan demam

  1. Baringkan anak secara mengiring. Pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan
  2. Catatkan masa dan tempoh berlaku sawan
  3. Pantang larang penyakit sawan adalah jangan sesekali memasukkan benda ke dalam mulut anak. Jangan cuba sedarkan anak dengan menggoncang, menampar atau mengurut badan
  4. Jika sawan berterusan, ibu boleh masukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Biasanya sawan akan berhenti dalam tempoh 10 minit
  5. Jika berterusan, segera bawa anak ke hospital berdekatan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Anak Demam On Off Dekat 2 Minggu, Tiba-Tiba Sawan Walaupun Badannya Tidak Panas

Baca juga:  Bayi Lelaki Disahkan Hidap Sawan Gen CACNA1E, Penyakit ‘Rare’ & Terpencil Di Dunia

Baca juga:  Pakar Kongsi Apa Yang Perlu Ibu Buat Bila Anak Kena Sawan, Yang Penting Jangan Panik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!