Suami Dan Anak Yang Suka Main Video Game Boleh Kena Sawan Fotosensitif!

Hati-hati jika suami atau anak anda suka sangat bermain video game di skrin TV atau di telefon pintar. Mereka terbuka untuk kena sawan fotosensitif!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami dan anak suka main game

Pasangan dan anak-anak anda suka main game?

Mungkin sekarang sudah tiba masanya untuk anda menjaga keselamatan dan kesihatan mereka.

Tahukah anda, individu yang suka main game boleh mengalami sejenis sawan akibat terlalu terdedah kepada imej visual dalam video games tersebut?

Antara imej visual yang biasa ada dalam video game adalah lampu atau corak tertentu yang bercahaya. 

Kredit: Zetizen

Walaupun anda atau pasangan tiada sejarah sawan atau epilepsi, namun menonton dan bermain video games masih boleh menyebabkan sawan fotosensitif!

Sawan fotosensitif itu apa?

Menurut laporan Journal of Emergency Medical Services, kes sawan fotosensitif akibat kekerapan bermain video game semakin meningkat.

Namun, masih ramai ibu bapa masih tidak tahu dan tidak sedar tentang risiko sawan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Epilepsi fotosensitif atau sawan fotosensitif adalah satu keadaan di mana seorang individu boleh terkena kejutan refleks visual

Kredit: prescouter.com

Ia merupakan satu tindak balas ke atas photoparoxysmal di mana sawan tercetus kerana rangsangan visual yang keterlaluan seperti lampu berkelip dari bunga api, video game atau siaran TV.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit sawan fotosensitif lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding wanita. Manakala  kanak-kanak lebih terbuka untuk terkena sawan ini berbanding orang dewasa.

Antara yang terdedah kepada bahaya adalah kanak-kanak lelaki yang berusia 5 tahun ke atas sehingga orang dewasa.

Baru-baru ini, seorang pesakit yang terkena sawan fotosensitif telah dimasukkan ke hospital sebanyak 2 kali kerana terlalu leka bermain game. 

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan parah, namun pesakit tersebut telah terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Malah, selepas beliau bangun juga, beliau masih keliru dan tidak mampu bertindak dengan sewajarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda-tanda sawan fotosensitif boleh jadi antara tanda-tanda ringan hingga menyebabkan kekejangan.

Antara tandanya ialah:

  1. pening kepala
  2. gangguan penglihatan
  3. muka atau mata rasa berdenyut-denyut
  4. kekejangan pada tangan atau kaki
  5. tidak tentu arah
  6. keliru
  7. hilang daya memori
  8. tidak sedarkan diri
  9. pengsan

Jika pasangan atau anak-anak mengalami tanda-tanda ini, segera minta mereka berhenti main game dan bawa berjumpa doktor

Faktor yang menyebabkan sawan fotosensitif ketika suami suka main game

Menurut pakar, ada sebab mengapa sawan fotosensitif menyerang individu yang suka bermain game. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara sebabnya seperti:

  • bermain game dalam bilik yang terlampau gelap.
  • jarak antara skrin TV, telefon pintar atau game terlalu dekat dengan pemain

Apabila pasangan bermain game dalam bilik yang terlampau gelap, ini mengakibatkan satu-satunya sumber cahaya adalah dari video game tersebut. 

Pendedahan lampu kerlipan dari video game itu boleh “mencetuskan” sawan, jika hampir 100/300 kerlipan terjadi setiap saat. 

Jarak antara subjek dan skrin TV juga memainkan faktor penting. Biasanya, jarak sebanyak 1.512 meter saja sudah cukup “mencetuskan” sawan.

Dalam kes sebelum ini, mangsa telah duduk hanya 1 meter dari skrin TVnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tahun 1997, pendedahan tentang sawan fotosensitif atau epilepsi video game telah dilancarkan oleh pihak Jepun.

Dalam sebuah episod Pokemon, satu roket telah dilancarkan hingga hampir 700 kanak-kanak terkena sawan dan epilepsi kerana “kerlipan cahaya” dari roket tersebut.

Kredit: Grunge

Kesan buruk sawan fotosensitif jika suami suka main game

Sawan atau sensasi kekejangan yang dialami mangsa boleh bersifat umum atau lebih fokus. Contohnya, mangsa mungkin juga akan mengalami fasa “asyik merenung”.

Kesan buruk akibat masalah ini adalah seperti pergantungan kepada alkohol, penggunaan ubat anti-sawan, penggunaan kokain, ekstasi dan sebagainya.

Pakar menasihatkan semua ibu bapa dan pasangan agar lebih berhati-hati ketika bermain game selepas ini. Jarakkan skrin TV dalam jarak yang sesuai. 

Sama-sama kita mencegah penyakit ini daripada merebak dengan lebih buruk.

Sumber rujukan: Journal of Emergency Medical Services dan Microsoft

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-youtube-selamat-si-manja/

 

 

 

Penulis

Ayu Idris