Tanda sawan yang anda lihat mungkin tanda bayi sedang onani!

Jika anda melihat tanda-tanda sawan pada bayi seperti berlaku pada anak anda, mungkin mereka sebenarnya sedang beronani. Betul ke ni?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa mana yang tak risau tentang tanda sawan pada bayi kan? Tapi, anda jangan terkejut kalau tanda sawan yang anda lihat itu mungkin bukan sebab sawan tapi sebab mereka sedang beronani!

Mengaitkan perkataan onani dengan bayi anda yang masih tak tahu apa-apa memang dengar macam tak senonoh dan mengejutkan.

Tapi, pakar mengatakan onani bayi adalah perkara yang normal dan sebahagian daripada perkembangan mereka.

Jangan risau, ia berlaku bukan atas faktor seks. Anak anda tak memahami konsep seks pada umur seperti ini.

Sawan pada bayi sebenarnya tanda bayi anda sedang onani?

Onani bayi (atau gangguan kepuasan) biasanya berlaku pada bayi bermula usia dua bulan.

Untuk bayi lelaki, onani ini akan melibatkan rangsangan alat kelamin, tapi untuk bayi perempuan, ia kurang menonjol kerana ia tak melibatkan ransangan alat kelamin. Kerana ini, ia selalu disalah diagnos sebagai perkara yang lain.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan di Universiti Rochester menemui yang onani bayi perempuan biasanya disalah ertikan dengan simptom sawan pada bayi.

Macam mana nak tahu bayi perempuan anda sedang onani atau itu tanda sawan pada bayi?

Apabila bayi perempuan sedang onani, mereka akan bergoyang, mengerang, berpeluh dan bergerak dengan cara tertentu seperti mereka sedang mengalami sawan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini boleh menyebabkan ibu bapa bimbang dan apabila mereka membawa bayi berjumpa dengan pakar kanak-kanak, sesetengah dari mereka akan lebih terkejut bila mereka dapat tahu yang bayi boleh onani.

Jika ini berlaku pada anda, jangan panik.

Perhatikan tanda-tanda pada anak anda semasa mereka di dalam car seat atau semasa mereka bosan. Anda juga mungkin boleh perasan yang mereka sedang onani semasa tidur.

Mengalihkan perhatian anak anda boleh hentikan perkara ini, tapi siap sedia kerana ini boleh menyebabkan mereka marah dan menangis kekecewaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beronani boleh buat bayi perempuan anda kekejangan - juga sama seperti sawan! 

Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika pernah melaporkan kes tentang seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang mengalami kekejangan semasa dia berusia lima bulan. A

pabila dia dibaringkan dengan belakangnya ke lantai, dia akan mengejangkan kaki dan tangannya dan akan membuat "pergerakan seperti memegang" dan mengemam bibirnya.

Dia akan melakukan perkara ini beberapa kali sepanjang hari. Pakar kanak-kanak menjalankan pemeriksaan neurologi dan beberapa ujian lain tapi kesemuanya positif.

Keinginan untuk merenggangkan badannya selalu adalah caranya secara tak langsung untuk meransangkan kemaluan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, Jurnal Perubatan British melaporkan yang simptom ini juga dialami oleh dua kanak-kanak lain dan kemudiannya mereka didiagnos dengan epilepsi (sawan).

Cuma, pastikan anda bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anda suspek anak anda mengalami sawan pada bayi.

Kerana, jika anak anda kelihatan seperti melakukan onani bayi, mereka mungkin sedang mengalami epilepsi. Cuba rakam pergerakan mereka untuk membantu doktor membuat diagnos.

Adakah onani bayi hanya permulaan?

Apabila anak anda membesar, mereka secara semula jadi akan respon pada keinginan mereka dan perubahan pada tubuh mereka.

Walaupun anak anda masih belum baligh, mereka mungkin akan anda keinginan untuk meransang diri mereka secara fizikal.

Dr Jonathan Mink dari Universiti Rochester mahukan ibu bapa untuk memahami yang onani pada bayi bukan bermakna yang mereka akan membesar menjadi seorang yang seksual.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Ini adalah perkara yang normal dan biasa terjadi, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Tak sewajarnya kanak-kanak dihukum kerana melakukan perkara ini," dia menerangkan. Mereka mengaitkan perkara ini dengan keselesaan seperti menghisap jari."

Tapi, sikap apa yang anda nak galakkan pada anak anda adalah terpulang pada anda.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Bianchi Mendoza dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Penulis

Nadia Ghafar