Scarlet Fever Biasa Serang Budak 4 Hingga 8 Tahun, Ibu Ayah Kena Peka!

Menurut doktor, scarlet fever ini memberi tanda jelas apabila ia menyerang seseorang seperti kulit timbul ruam hingga membuatkannya kasar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berat rasa kepala jika anak tidak sihat, dengan merengeknya serta semua serba tidak kena. Dalam keadaan tidak selesa, macam-macam perangai yang keluar. Tidak terkecuali bagi anak yang menghidap scarlet fever.

Scarlet fever mungkin jarang didengar oleh ibu bapa tetapi ia biasanya menyerang kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun.

Menurut perkongsian doktor, Redza Zainol, demam ini tidak boleh dianggap remeh seperti demam lain juga, malah ibu bapa perlu peka jika terdapat sebarang perubahan pada anak.

Scarlet fever beri tanda jelas

Menurut perkongsian doktor kanak-kanak ini, scarlet fever ini memberi tanda jelas apabila ia menyerang seseorang.  Katanya, tanda jelas itu akan diingat walaupun hanya tengok sekali saja.

Jadi memang nampak betullah kan jelasnya tanda dan simptom yang ditunjukkan apabila seseorang diserang scarlet fever ini.

Menurut pengalamannya yang merawat seorang kanak-kanak lelaki, beliau berkata apabila melihat saja tanda-tanda itu beliau sudah tahu scarlet fever menyerang kanak-kanak ini dan berniat berkongsikan dengan orang ramai tanda-tanda yang dilihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda-tanda scarlet fever

Kata doktor itu, ibu ayah tidak boleh pandang ringan jika terdapat tanda-tanda awal anak diserang scarlet fever, kerana jika tidak dirawat, maka hari-harilah anak itu akan diserang demam.

#1. Biasa berlaku pada kanak-kanak 4 hingga 8 tahun

Demam ini biasanya menyerang kanak-kanak dalam usia 4 hingga 8 tahun yang mana jika anak anda dalam linkungan usia ini silalah peka denga keadaannya. Jangan pandang ringan walau satu pun tanda yang muncul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Anak demam tinggi >38 darjah selsius

Anak akan mengalami demam dengan suhu yang tinggi iaitu lebih daripada 38 darjah selsius biasanya. Jadi sentiasalah pantau suhu badan anak anda jika dia demam, bagi mengelakkan anda terleka set kan lah waktu untuk mengambil suhu badan anak menggunakan termometer.

#3. Muncul ruam merah di badan

Kanak-kanak akan mengalami ruam merah bermula dari leher, turun ke badan dan kemudian ke tapak tangan dan kaki.

#4. Tekstur kulit kasar seperti kertas pasir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tekstur kulit akan menjadi kasar seperti kertas pasir (sand paper texture). Akibat daripada ruam yang penuh di badan, leher, tangan dan kaki.

#5. Lidah merah (strawberry tongue)

Lidah merah seperti ruam di seluruh lidah yang mana ia juga dipanggil strawberry tounge. Keadaan lidah anak juga akan kelihatan bengkak.

#6. Pipi kemerah-merahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pipi akan menjadi kemerah-merahan selain muncul juga seperti ruam.

#7. Anak kelihatan letih

Anak anda akan kelihatan letih daripada biasa jika dia diserang demam ini.

Anak perlu dirawat dengan antibiotik

Ibu bapa perlu bawa anak dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital. Jangan bertangguh atau tunggu lagi kerana ia mungkin memudaratkan lagi kesihatan anak anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang diserang scarlet fever ini perlu dirawat dengan antibiotik dan mengambil masa tujuh hingga 10 hari untuk sembuh.

Punca scarlet fever

Demam Scarlet atau scarlet fever ini berpunca daripada sejenis bakteria sama yang turut menyebabkan sakit tekak streptokokus.

Apabila demam panas, bakteria tersebut melepaskan toksin yang menghasilkan ruam dan mengakibatkan lidah menjadi merah.

Diagnosis scarlet fever

Jangkitan tersebut merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui titisan yang dikeluarkan apabila individu yang dijangkiti batuk atau bersin.

‘Tempoh inkubasi’ iaitu masa antara pendedahan dan penyakit biasanya berlangsung selama dua hingga empat hari.

1.Pemeriksaan lidah, tekak dan tonsil

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu untuk memeriksa tanda-tanda dan simptom yang dialami.

Prosedur pertama ujian yang dijalankan adalah memeriksa keadaan lidah, tekak dan tonsil anak anda. Seterusnya, doktor akan mencari nodus limfa yang besar dan memeriksa rupa serta tekstur ruam

2. Ujian ‘swab’ tekak

 Sekiranya doktor mengesyaki anak anda menghidapi Demam Scarlet, sampel di belakang tekak anak anda akan diambil untuk dianilisis dengan lebih terperinci. Kaedah ini dipanggil ‘swab’ tekak dan ia digunakan untuk mewujudkan kultur tekak.

Kemudian, sampel akan dihantar ke makmal untuk menentukan sama ada terdapat kehadiran bakteria streptokokus kumpulan A dalam sampel yang diambil. Selain itu, doktor juga boleh melakukan ujian tekak pantas di klinik untuk mengenalpasti jangkitan streptokous kumpulan A pada hari yang sama.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Redza Zainol,ceriasihat

Baca juga:

https://my.theasianparent.comfakta-tentang-demam-bayi

Penulis

Lala Annuar