Anda pasti sudah biasa dengan situasi ini: anda pulang dari tempat kerja, isteri merungut, marah dan kelihatan tertekan. “Apa masalahnya ni?” Aku harap dia boleh bawa bertenang sekejap,” detik hati anda.
Menurut Dr Samantha Rodman, seorang pakar psikologi klinikal, pengarang dan pengasas laman web Drypsychmom.com, isteri anda sukar untuk “bertenang”. Mengapa isteri anda sentiasa tertekan? Mengapa dia sukar untuk “bertenang”?
Suami sekalian, anda bertuah kerana Dr Rodman telah berkongsi artikel 7 sebab mengapa isteri anda tertekan sepanjang masa. Baca artikel ini dan ketahui mengapa isteri anda tidak boleh bertenang. Anda pasti akan terkejut membacanya. Tapi, anda juga boleh belajar cara untuk membantu melegakan tekanan isteri anda!
Berikut adalah 7 sebab tersebut, berdasarkan kajian Dr Rodman:
#1 Wanita dan lelaki dihukum oleh masyarakat secara berbeza
Jika anda (seorang lelaki) menghantar si manja ke sekolah dengan pakaian yang tidak sepadan dan kesan contengan pen di mukanya, masyarakat akan menyanjung “Awwww! Ayahnya seorang yang bertanggungjawab!”.
Tapi, jika seorang ibu bawa si manjanya ke sekolah dengan pakaian selekeh, cikgu, ibu pelajar lain, dan semua orang akan mencemuh “Hmm, mak tak bertanggungjawab. Mabuk ke? Kesian anak dia.”
#2 Tanggapan masyarakat nyata penting
Waktu usia 22 tahun dahulu bolehlah isteri anda cakap “saya tak kisah apa orang fikir tentang saya!” sambil minum secawan Mardi Gras dan mendapat perhatian ramai. Tapi bila anda sudah jadi seorang ibu, tanggapan itu penting! Sebarang tindakan anak anda akan dihakimi, dan siapa pesalahnya? Ibu!
Sepatutnya, kanak-kanak berhak untuk tidak disumbat dengan pelbagai hukuman seperti mereka tidak boleh menyesuaikan diri, selalu lambat, pakai pakaian yang belum dibasuh dan sebagainya. Saya selalu sebut, manusia ini sebuah kumpulan mamalia. Mamalia akan menyesuaikan diri, atau mereka akan dipulaukan dan mati. Maka anak-anak kita semua akan menyesuaikan diri bila tiba masanya!
Tapi, di sebalik si manja anda yang sudah semakin bijak, kreatif dan pandai menyesuaikan diri kini, berdiri isteri anda yang terpaksa melakukan pelbagai perkara untuk meningkatkan keyakinan si manja! Mereka yang bertanggungjawab ke atas semua perkara; bagaimana anak anda harus kelihatan normal dan sebagainya. Ini yang memberi mereka tekanan.
#3 Wanita lebih mengikut gerak hati berbanding lelaki
Wanita nyata terkenal dengan sifat keibuannya. Anda mungkin saja boleh mengatakan “mak saya tak kisah pun kalau kita lambat makan tengah hari!”. Tapi gerak hati isteri anda tahu segala-galanya. Maka, mereka akan lebih mudah rasa bersalah dan tertekan.
#4 Wanita perlu waktu tidur lebih daripada lelaki
Saya suka penemuan kajian ini! Wanita lebih kerap berjaga di tengah malam untuk menguruskan anak. Akibatnya, mereka kurang tidur. Semakin kurang waktu tidur mereka, semakin mudah mereka berasa tertekan. Jadi jika anda ingin mengurangkan tekanan mereka, bangunlah untuk berjaga di tengah malam buat anak anda!
#5 Wanita tahu kerja rumah itu penting
Poin ini berkaitan dengan poin #1 dan #2. Wanita dan lelaki dihukum oleh masyarakat secara berbeza, dan tanggapan masyarakat nyata penting. Maka, isteri anda tahu rumah yang bersih itu penting. Bayangkan jika isteri anda menjemput tetamu (di kalangan ibu bapa kawasan perumahan anda juga), dengan rumah bersepah dan kotor. Apa tanggapan tetamu yang datang? Mereka pasti berasa jijik!
Dalam dunia ini, ada elemen yang dipanggil “tanggapan”. Contohnya, jika anda keluar makan dengan seorang wanita yang cantik, spontan, sihat dan suka menari malah berseronok, apakah tanggapan anda padanya? Dia pasti bagus di ranjang!
Maka, rumah yang bersih dianggap sebagai sebuah “tanggapan” untuk “memahami bagaimana manusia berfungsi”.
Oleh sebab itu, isteri anda berkeras ingin rumah kelihatan bersih dan kemas sebelum tetamu diundang, agar “semua tetamu melihat kita sebagai sebuah keluarga yang bertanggungjawab, sesuai dalam masyarakat dan layak dijadikan sahabat – berbanding dianggap sebagai individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak tahu norma sosial.”
Logik juga, bagi saya.
#6 Isteri anda mahu keluhannya didengari
Isteri anda sebenarnya hanya mahu anda mengesahkan kebimbangan dan tekanannya. Sebab itu, dia menunjukkan tekanannya sedikit demi sedikit. Apabila anda memperkecilkan tekanan yang dia rasai, dia akan lebih lantang dan benar-benar tertekan atau cemas untuk memaparkan KEMARAHAN YANG DIA RASA KINI. Apa yang dia mahu hanyalah – agar anda akhirnya faham situasi tersebut, dan membalasnya dengan empati, perhatian dan kasih sayang.
Tapi anda pula buat perkara sebaliknya! Anda cuba untuk berlagak tenang, dan memperkecilkan masalah, agar dia faham masalah itu tidak harus dirisaukan.
Perbuatan anda ini dipanggil polarized, keadaan di mana anda berdua akhirnya bertindak lebih buruk daripada yang sewajarnya. Si isteri mula mengamuk seperti orang gila, anda pula semakin santai, kayak James Dean.
Contohnya seperti di bawah:
Isteri: Matilah, kita akan lambat!
Anda: Tak apa lah, lambat sedikit saja pun.
Isteri: Sedikit saja? Nanti kena letak kereta, kena keluarkan barang lagi!
Anda: Tak ada masalah lah. Letak kereta saja pun.
Isteri: SUSAH KALAU LETAK KERETA TEPI JALAN! NANTI KITA KENA KELUARKAN KERETA SORONG LAGI! HABISLAH, MAKIN LAMBAT JADI!
Anda: Senang saja nak letak kereta tepi jalan. Saya boleh keluarkan kereta sorong. Sekejap saja. Perlu ke kereta sorong, sebenarnya?
Isteri: APA AWAK MEREPEK NI???? JOM PERGI SEKARANG!! KENAPA SAYA SEORANG SAJA YANG KENA URUS SEMUA BENDA????
Anda: Awak boleh bertenang, tak?
Isteri: (maki hamun anda dalam hatinya)
Jangan buat dinamik yang dahsyat ni. Cuba urus kebimbangan dan tekanan isteri anda, dengan kebimbangan dan tekanan juga! Betul, ia seperti satu helah. Isteri anda pasti akan kurang tertekan. Cubalah! Begini caranya:
Isteri: Matilah, kita akan lambat.
Anda: ALAMAK! Tengok jam pukul berapa! Kita nak siapkan budak-budak lagi. Kemas kereta sorong lagi! Saya patut masukkan budak-budak dalam kereta 10 minit lepas! Aduh, teruklah!
Isteri: Umm… Tak apa. Jangan risau.
Anda: Saya benci bila kita tertekan sebab lambat!
Isteri: Tak apa. Harap-harap ada tempat letak kereta nanti.
Anda: (terkejut dengan manfaat ikut serta tunjuk emosi pada isteri) Okay.
#7 Isteri anda Jenis Teliti, dan sebab itu anda kahwin dengannya
Tak perlu cerita bagaimana lincah dan seksinya isteri anda dahulu, dengan aksi nakalnya memakai Victoria Secret, sehingga anda tergoda. Isteri anda memang seorang yang teliti – lihat saja kerjanya, bagaimana dia merancang sambutan hari jadi, atau bagaimana dia tahu semua kesukaan dan kegemaran anda. Anda suka bila dia teliti begini, lebih-lebih lagi teliti dengan ANDA.
Lelaki yang sering mengadu mengahwini seorang wanita yang terlampau degil dan mahu kesempurnaan selalunya melalui zaman kecil yang teruk. Mereka tidak mendapat perhatian sepenuhnya. Dalam perkahwinan, sifat isteri anda yang sentiasa fokus dan peka dengan perincian memberi sebuah keyakinan yang anak-anak, rumah dan diri anda sendiri akan dijaga dengan sempurna.
Maka, buang yang keruh ambil yang jernih. Wanita yang ingin awal 5 minit dalam semua perkara ini akan merancang sebuah majlis kejutan yang sempurna untuk ulang tahun ke-40 anda nanti. Wanita ini juga yang akan menjaga anda ketika anda sakit, memastikan anak anda diambil di sekolah, dan tidak lupa untuk memberi wang lawatan pada mereka.