Para pakar telah memberi amaran bahawa bayi dan ibu adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi kelahiran jika forsep atau vakum digunakan.
Bayi yang dilahirkan dengan bantuan forsep lebih cenderung untuk mengalami trauma yang serius, kata pakar.
Dan, penemuan baru ada menunjukkan yang para ibu adalah sepuluh kali lebih cenderung untuk mengalami koyakan teruk dan kehilangan darah.
Kira-kira satu dalam lapan kelahiran di UK adalah “proses bersalin yang dibantu”.
Ini bermakna bayi dibantu lahir ke dunia dengan menggunakan forsep atau vakum – bersalin secara ventouse.
Tetapi kini, penemuan mencadangkan bahawa cara ini boleh menjadi lebih berbahaya kepada bayi dan ibu berbanding C-seksyen.
Risiko antara c-seksyen dan bersalin secara forsep
Kajian menunjukkan, bayi lebih cenderung untuk mengalami komplikasi neonatal dan trauma kelahiran.
Pada tahun 2014, di Amerika Syarikat, American College of Obstetricians dan pakar ginekologi menggesa lebih ramai doktor untuk membantu kelahiran bayi menggunakan forsep dan vakum untuk mengelakkan pembedahan C-seksyen.
Tetapi penyelidik di Universiti Columbia mendapati risiko komplikasi yang teruk adalah 80 peratus lebih tinggi apabila forsep atau vakum digunakan, berbanding pembedahan C-seksyen.
Penulis utama, Giulia Muraca, seorang penyelidik postdoctoral di universiti itu, berkata: “Ia adalah penting untuk memahami bahawa, sama seperti pembedahan caesarean, prosedur kelahiran menggunakan forsep dan vakum prosedur mempunyai risikonya yang tersendiri.
“Risiko yang telah dinilai perlu disampaikan kepada wanita yang mungkin akan mengalaminya, terutama apabila risiko adalah setinggi satu dalam lima.”
Apakah itu bantuan forsep?
Satu dalam lapan kelahiran di UK adalah “proses bersalin dibantu”. Ini bermakna bayi dibantu ke dunia menggunakan forsep atau vakum (ventouse).
Forsep adalah satu instrumen logam licin yang kelihatan seperti sudu besar atau penyepit.
Ia melengkung supaya sepadan dengan kepala bayi dan digunakan untuk menarik bayi secara perlahan-lahan ketika ibu meneran.
Ventouse pula adalah penutup sedutan yang yang diletakkan di atas kepala bayi. Ketika sakit bersalin, doktor menggunakannya untuk perlahan-lahan menyedut bayi keluar.
Forsep atau ventouse digunakan semasa melahirkan bayi untuk beberapa sebab.
Jika medik bimbang tentang kadar jantung bayi anda, jika bayi anda dalam kedudukan yang janggal dan jika anda terlalu letih untuk meneran, menggunakan bantuan untuk melahirkan bayi adalah satu pilihan, NHS maklumkan.
Untuk lebih memahami risiko, penyelidik melihat rekod perubatan meliputi 187.234 kelahiran di Kanada dalam tempoh 10 tahun.
Trauma dan koyakan akibat penggunaan forsep atau vakum
Ia termasuk kelahiran semulajadi, forsep, vakum dan pembedahan C-seksyen, antara 37 dan 41 minggu.
Para penyelidik mendapati kadar trauma kelahiran yang teruk adalah 5-10 kali ganda lebih tinggi ketika prosedur kelahiran melalui forsep dan vakum daripada kelahiran C-seksyen.
Ibu mengalami koyakan teruk pada 19 peratus dalam kes forsep, 12 peratus daripada kelahiran vakum dan 20 peratus di mana kedua-dua teknik telah digunakan.
Muraca berkata: “Wanita yang melahirkan bayi menggunakan forsep atau vakum perlu diberikan surat persetujuan bermaklum yang sama seperti yang diberikan kepada wanita yang bersetuju dengan pembedahan caesarean.
“Sebaik-baiknya, ini harus dilakukan sebelum kelahiran berlaku, iaitu ketika ibu tersebut sedang mempertimbangkan rancangan kelahiran mereka.”
Beliau berkata, selain daripada jika pihak medik boleh mengenal pasti wanita yang memerlukan bantuan penghantaran, atau untuk tujuan meningkatkan latihan, mereka perlu berhati-hati ketika menggalakkan bakal ibu untuk memilih forsep atau vakum berbanding pembedahan C-seksyen.
“Menggalakkan bantuan kelahiran menggunakan forsep … boleh meningkatkan kadar komplikasi neonatal, terutamanya trauma kelahiran, serta komplikasi ibu seperti pendarahan yang teruk dan trauma obstetrik seperti koyak yang teruk.”
- Giulia Muraca, Universiti Columbia
Walaupun keputusan kajian adalah muktamad, Muraca menegaskan masih terdapat keadaan, seperti apabila bayi berada dalam kelemasan, di mana penggunaan forsep dan vakum mempunyai potensi untuk menyelamatkan nyawa.
Ini kerana kedua-dua kaedah itu adalah lebih cepat daripada C-seksyen.
Kajian ini terhad kepada prosedur kelahiran di mana kepala bayi telah berada di pertengahan pelvis ibu.
Dalam keadaan yang lain, forsep dan vakum sesuai digunakan apabila kepala bayi telah turun ke saluran kelahiran.
Hasil kajian disiarkan di dalam Jurnal Persatuan Perubatan Kanada.
Rencana diterjemah daripada The Sun UK.