Sekarang Anda Mempunyai Lebih Banyak Sebab Untuk Mendukung Anak Anda

Tahukah anda bahawa otak bayi pramatang bertindak balas dengan lebih baik apabila dibelai dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa atau penjaga? Mendodoi dan mendukung adalah baik buat si kecil anda, menurut satu kajian ini! Jom baca lanjut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda ditanya oleh ibu bapa lain yang ingin mengetahui sebab mengapa anda selalu mendukung anak?

Ada tak yang memberi komen anda terlalu manjakan kerana mendukung anak? Sekarang anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mendukung si kecil anda. 

Perkembangan otak yang lebih baik

Sebuah kajian telah dilakukan di Hospital Kanak-Kanak Nationwide di Ohio, dimana sejumlah 125 bayi pramatang dan bayi cukup umur telah dikaji untuk melihat tindak balas mereka terhadap sentuhan fizikal.

Hasil kajian menunjukkan bayi yang didukung atau didakap dengan kerap telah menunjukkan perkembangan otak yang lebih baik.

Walaupun mereka mendapati tindak balas bayi pramatang terhadap belaian kasih sayang adalah kurang daripada bayi yang cukup umur, kajian masih menunjukkan respons otak yang lebih kuat untuk bayi-bayi yang dibelai dengan kasih sayang oleh ibu bapa atau kakitangan hospital.

Dr. Nathalie Maitre, penyelidik kajian itu telah berkata, walaupun sesuatu yang mudah seperti sentuhan badan ke badan atau aktiviti mendodoikan anak, semua ini boleh menyebabkan perbezaan yang besar dalam perkembangan otak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar menunjukkan cara mereka mengukur tindak balas otak bayi dengan menggunakan EEG berkepadatan tinggi.
Foto Kredit: Nationwide Children’s

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Bayi pramatang perlu menerima sokongan dari ibu bapanya melalui sentuhan positif seperti skin to skin dalam kangaroo care supaya otak mereka boleh bertindak balas dengan sentuhan lembut yang serupa dengan apa yang dialami bayi cukup umur dalam rahim ibunya, ” Maitre memberitahu Science Daily.

Manfaat lain sentuhan fizikal untuk bayi termasuk:
  • Penstabilan kadar denyutan bayi
  • Corak pernafasan yang lebih baik (lebih kerap)
  • Tahap ketepuan oksigen yang bertambah baik
  • Tidur yang lebih nyenyak
  • Peningkatan berat badan yang lebih cepat
  • Bayi kurang menangis
  • Penyusuan yang lebih berjaya
  • Keluar dari hospital lebih awal
  • Ikatan batin yang kuat

Pada dasarnya, kasih sayang dan sokongan positif  dari ibu bapa adalah penting untuk perkembangan otak bayi.

Jadi, peluk, dukung dan berikan seberapa banyak belaian kasih yang anda boleh berikan, terutama bagi ibu bapa baru dan mereka yang mempunyai anak yang perlu menjalani prosedur perubatan yang sukar.

Jangan patah hati atau putus asa, sentuhanmu sangat penting dan mampu memberi semangat kepada si kecil itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Newsner, SciencedailyCleveland Clinic

Penulis

Rosanna Chio