Ibu Ayah Jika Mampu, Hantarlah Anak Sekolah Swasta, Biar Seimbang Akademik & Agama

Sekolah anak yang terbaik mampu memberikan ilmu dan didikan bagus. Bagi ibu ayah berkemampuan, adalah disarankan hantar anak sekolah swasta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemilihan sekolah anak yang terbaik memainkan peranan penting bagi membolehkan mereka mengenal huruf, membaca dan mempelajari pelbagai nilai murni.

Berbanding dahulu, pada hari ini ibu ayah memiliki banyak pilihan dalam memilih sekolah mana yang dirasakan terbaik buat anak-anak mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jika berkemampuan, ibu ayah disaran pilih sekolah anak jenis swasta agar dapat seimbangkan akademik dan agama
  • Reaksi orang ramai mengenai pilihan sekolah untuk anak

Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ini, malah banyak berlaku keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak amat merunsingkan ramai pihak.

Jika berkemampuan, ibu ayah disaran pilih sekolah anak jenis swasta agar dapat seimbangkan akademik dan agama

Terdapat segelintir ibu ayah ya mencari jalan alternatif dengan menjadikan sekolah swasta terutamanya sekolah agama sebagai pilihan mereka.

Dengan harapan sahsiah diri anak-anak dapat dibentuk dengan lebih baik lagi. Tetapi benarkah pilihan sekolah sebenarnya memainkan peranan penting dalam pendidikan awal anak-anak?

Dalam tulisannya di laman Facebook, Fahmy Adam berkongsi pendapat mengenai pendidikan awal bagi anak-anak. Menurutnya, sebaik-baik pendidikan biarlah anak-anak dihantar ke sekolah swasta berbanding sekolah kerajaan.

"Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Ibu bapa jika ada kemampuan elakkanlah sekolah kerajaan. Invest sedikit untuk pendidikan anak-anak ke sekolah rendah swasta integrasi antara akademik + agama.

So tak payah risau dah nak ulang alik tukar sekolah agama petang sebab once dah integrate duduk je belajar dari pagi sampai petang terus.

Invest kritikal untuk sekolah rendah darjah 1 hingga 6. Masa ini adalah fasa programming subsconscious mind terbaik untuk anak-anak dengan pasakkan ilmu akademik dan juga agama macam Bahasa Arab, Fiqh, Al-Quran/Hadis.

Lepas tu tak kisah dah nak masuk sekolah menengah biasa pun sebab asas sudah memadai. Namun jika teruskan sekolah agama menengah pun lagi bagus ikut kemampuan.

Ada sesetengah ibu bapa masukkan anak-anak ke Maahad Tahfiz. Itu pun terpulang, yang penting umur 12 tahun ke bawah memang fasa kritikal untuk didik asuh anak dengan subjek keagamaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala 13 tahun ke atas dah boleh pilih nak ke mana-mana sekolah yang sesuai jika nak jadi doktor boleh pilih aliran sains jika nak jadi penyanyi social influencer boleh pilih aliran art.

Yang penting pasakkan dulu awal-awal minda anak-anak dengan silibus agama.

The rest akan lebih mudah control once dorang akil baligh." ujarnya.

Reaksi orang ramai mengenai pilihan sekolah untuk anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsiannya itu juga mendapat reaksi daripada ibu ayah yang lain. Pelbagai pendapat telah dilontarkan oleh mereka, ada yang bersetuju dan ada juga yang sebaliknya.

"Sahsiah didikan anak-anak lebih baik mulakan di rumah. Sekolah kebangsaan atau swasta masing-masing inisiatif parent sendiri. Ada keadaan parent yang bekerja memerlukan anak ke sekolah swasta kerana kekangan menjemput dan menghantar ke sekolah berbeza dalam satu hari.

Semoga segala perjuangan kita as parent akan membuahkan hasil. Yang lain-lain kita doa sajalah pada Allah semoga sikap anak-anak kita tak terbawa-bawa dek pergerakan sosial yang membimbangkan sekarang."

"Elok juga pemikiran begini. Sekurang-kurang dapat kurangkan bilangan pelajar di sekolah kebangsaan dan semakin kurang pelajar dalam kelas makin fokus cikgu dan pelajar dalam mengajar dan belajar."

"Tak juga, sebenarnya sekolah kerajaan bagus dah, kena faham eh, ada je sekolah private yang main hire je cikgu, bukan ada tapisan sangat pun, tambah-tambah private school yang bukan international, nak untung banyak. Sekolah kebangsaan dah confirm majority adalah degree holder."

"Alhamdulillah, anak-anak saya semua tahfiz dari tadika sampai la 14 tahun. InsyaAllah semua kekal kan dalam kelompok Islam."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, ibu dan ayah ada hak untuk memilih pendidikan yang terbaik buat anak-anak mereka mengikut kemampuan masing-masing. Sama ada sekolah swasta atau pun kerajaan kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Apa yang paling penting, pembentukan sahsiah diri anak-anak perlulah bermula dari rumah ibu dan ayah sendiri.

Walau apa pun, sentiasa raikan pendapat masing-masing, yang positif kita ambil manakala yang negatif kita jauhi. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak tidak berwarganegara: "Saya pun nak pakai seragam sekolah”

Baca juga: 17 Uniform Sekolah Lengkap Di Serata Dunia, Mana Satu Paling Sempoi?

Baca juga: Senarai Sekolah Yang Memiliki Masalah Disiplin Pelajar, Sekolah Anak Anda Ada Dalam Senarai Tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani