8 Sekolah BERHANTU Di Malaysia Dengan Kisah Tersembunyi Yang Menyeramkan

Sekolah berhantu di Malaysia sebenarnya telah lama wujud dan banyak diceritakan sejak bertahun-tahun. Jom tengok 8 daripada sekolah berhantu di Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap tempat pasti ada sejarahnya, dan yang paling menarik perhatian ramai adalah apabila tempat itu pernah mengalami kejadian seram. Salah satu perkara yang sering dicerita adalah kisah sekolah berhantu yang kerap terjadi di sekolah-sekolah yang telah lama wujud.

Ada tak salah satu dari sekolah yang dikatakan berhantu ni merupakan sekolah anda?

Baca juga: Keluarga Ini DIHANTUI Ketika Duduk Di Rumah Bekas Pelakon Cilik Yang Mati Dibunuh!

Senarai sekolah berhantu di Malaysia

#1 Penang Free School

Dibina pada tahun 1816, Penang Free School yang terletak di Green Lane, George Town, Pulau Pinang merupakan sekolah tertua yang menggunakan medium bahasa Inggeris di Asia Tenggara.

Ini bermakna sekolah ini sudah 200 tahun lebih wujud di Malaysia dan pastinya banyak sejarah di sekolah ini.

Cerita-cerita seperti lampu berkedip-kedip dan bunyi-bunyian pelik pada waktu malam adalah perkara biasa.  Malah ada juga yang dakwa mendengar jeritan seorang wanita lewat tengah malam, yang dikaitkan dengan roh banduan yang diseksa semasa zaman pendudukan Jepun.

Sekolah Berhantu #2 Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Chung Ling High School yang terletak di George Town, Pulau Pinang merupakan sebuah sekolah menengah lelaki dan ditubuhkan pada tahun 1923. 

Histeria dikatakan kerap berlaku di Sekolah Chung Ling dan salakan anjing kerap kedengaran di sekolah ini.

Penampakan kelibat guru-guru dan pelajar-pelajar yang dibunuh dilihat berkeliaran di sekitar sekolah itu juga kerap dilaporkan. Sekolah ini telah diambil alih oleh Angkatan Darat British untuk digunakan sebagai sebuah hospital tentera pada tahun 1941.

Kisah seram di sekolah #3 Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Sarawak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekolah Menengah Kebangsaan Serian atau SMK Serian, pernah mengalami kejadian tergempar yang berlaku pada tahun 2008.

Dalam kejadian tersebut, 12 pelajar sekolah diserang histeria di mana para pelajar kelihatan menjerit tanpa kawalan dan berkelakuan aneh.

Serangan histeria beramai-ramai itu mendatangkan begitu banyak gangguan sehingga kelas terpaksa digantung oleh pihak berkuasa. Pihak sekolah percaya kejadian ini berpunca dari kehadiran paranormal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekolah berhantu di Malaysia #4 Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur

Victoria Institution diambil alih semasa Pendudukan Jepun dan dijadikan sebagai pangkalan tentera Jepun di mana berlaku banyak penyeksaan sehingga mengakibatkan kematian ramai penduduk tempatan

Penampakan roh bukan sahaja pada waktu malam, malah ramai yang dirasuk pada siang hari.

Salah satu kes adalah anggota band yang sedang berlatih sehingga lewat pada satu malam ‘hilang’ dan hanya kemudiannya ditemui di atas tangki air.

Beliau mendakwa dia melihat seorang perempuan yang sedang bersendirian, dan dengan sopan, dia bertanya ke mana perempuan itu hendak pergi dan dia tidak ingat apa-apa selepas itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Kuala Lumpur

Rupanya saja sudah kelihatan menyeramkan. Sekolah ini dikosongkan sejak tahun 2005 disebabkan keadaan tanah yang tidak selamat untuk diduduki kerana kesan-kesan retakan mula muncul di dinding semasa ia masih beroperasi.

Salah satu kisah yang terkenal ialah sekolah ini didiami oleh pontianak, iaitu roh seorang wanita yang meninggal ketika mengandung,

Ada yang mengatakan pontianak tersebut merupakan salah seorang tukang cuci sekolah berkenaan yang telah meninggal dunia.

#6 Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras atau lebih dikenali sebagai Sekolah Jalan Cheras telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan terletak di Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak.

Terdapat satu kejadian yang mengerikan yang berlaku beberapa tahun lalu di mana seorang pelajar perempuan dilihat bermain dengan sebilah gunting di sepanjang koridor sekolah.

Dia dikatakan telah mengalami kerasukan, malah kejadian tersebut sempat dirakam dan tersebar di internet!

#7 Saint Michael Institution, Ipoh, Perak

Saint Michael’s Institution merupakan sebuah sekolah lelaki yang terletak di Ipoh, Kinta, Perak. Mengikut sejarah, pada tahun 1912 sekumpulan mubaligh Katolik tiba di sini dan mula membina sebuah sekolah di sebelah Sungai Kinta yang terkenal. 

Sekolah ini dilaporkan sangat keras kerana pernah dijadikan sebagai ibu pejabat polis rahsia Jepun semasa Perang Dunia Kedua.  Apabila melibatkan penjajah Jepun, tidak dapat disangkal lagi terdapat banyak penyeksaan dan kematian yang berlaku.

#8 SMJK Confucian dan Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur

Sekolah Methodist Boys telah ditubuhkan sejak bulan Julai tahun 1897 menjadikannya sebagai salah sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, manakala SMJK Confucian pula dibina pada tahun 1906.

Kedua-dua sekolah ini dikatakan dihubungkan melalui sebuah terowong bawah tanah yang dibuat semasa Pendudukan Jepun.

Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat roh-roh yang berkeliaran di sekitar dewan sekolah, dan yang paling sering berlaku adalah bunyi tapak kasut tentera Jepun yang berkawad lewat tengah malam. Menyeramkan!

Hah…ada sekolah lain yang nak dimasukkan dalam senarai ini? 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: kisahseram.com

Penulis

Beto Rahman