Lucu Murid Sekolah Cerita Pengalaman PKP, Pop Plap Pop Plap Ikan Puyu Belaannya Mati

Selain daripada dapat mengikuti kelas agama dengan topik cerita-cerita Nabi di aplikasi Zoom, dia juga sempat menceritakan pengalamannya berlatih bolasepak di akhir-akhir tempoh PKP. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila sekolah telah dibuka seminggu yang lepas banyaklah kita mendengar cerita daripada anak-anak tentang apa yang rakan-rakan sekelas mereka buat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah seorang cikgu dari Sekolah Kebangsaan Taman Melawati ini pula sempat merakam aksi tugasan murid kelasnya tentang apa yang mereka suka dan tidak suka sepanjang tempoh PKP yang berjalan selama empat bulan lalu. 

Aksi lucu dan bersahaja oleh salah seorang murid sekolah kebangsaan ini mencuri perhatian kami di theAsianparent. Omar bin Saiful Razman, 8 tahun atau lebih dikenali dengan Omar ini berkata dia cukup seronok sepanjang tempoh PKP ini dalam video YouTube gurunya Saedjudin Sembang. 

Selain daripada dapat mengikuti kelas agama dengan topik cerita-cerita Nabi melalui aplikasi Zoom, dia juga sempat menceritakan pengalamannya berlatih bola sepak pada akhir-akhir tempoh PKP. 

Ikan puyu belaannya mati

Dan lebih menarik, dia sempat menyelitkan pengalamannya membela ikan puyu sebanyak tiga ekor. Tapi malangnya seekor telah mati kerana melompat keluar dari akuarium, lantas “pop plap pop plap” ikan itu jatuh ke bawah papan putih di rumahnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga menceritakan keseronokannya yang baru menonton acara penyampaian trofi Liga Perdana Inggeris untuk pasukan pilihannya iaitu Liverpool.

Sementara rakan-rakan sekelas Omar di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati ini turut berkongsi suka dan duka sepanjang tempoh PKP, ada yang seronok kerana dapat bermain game sambil baring dan turut berasa sedih tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan. 

Menurut ibu kepada si cilik ini, Nadiya Nisaa yang mana merupakan seorang pelakon, beliau tidak menyangka bahawa anaknya begitu teruja dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang tempoh PKP. 

“Saya tak sangka dia ingat momen-momen itu, dan menjadikan ia sebahagian dari tugasannya di sekolah,” jelas Nadiya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Omar pernah tular sebagai peminat cilik Harimau Malaya

Pernah tak anda menonton video seorang kanak-kanak lelaki yang menangis selepas bersorak “gol!” pada akhir perlawanan Malaysia menentang Indonesia pada September tahun lepas? 

Inilah Omar yang tular itu. Gara-gara rakaman video oleh ibunya Nadiya Nisaa, Omar mendapat Jemputan ‘emas’ oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk berjumpa dengan pemain bola sepak terkenal, Sumareh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, Omar dan sekeluarga juga mendapat tiket ke perlawanan seterusnya iaitu Harimau Malaya menentang Emiriah Arab Bersatu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Foto: Astro Awani

Pembukaan sekolah 2021 jatuh pada 20 Januari

Munurut Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd Radzi Jidin, pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat semalam, pihak kementerian telah menetapkan pembukaan persekolahan lebih lewat berdasarkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ia bermakna cuti persekolahan bagi 2020 akan diteruskan sehingga sekolah dibuka pada 20 Januari 2021. Apabila kita mengumumkan cuti dipendekkan untuk 2020, kita merancang sesi persekolahan 2021 perlu dilewatkan,” jelas Dr. Mohd Radzi. 

Katanya lagi, pindaan terhadap pembukaan penggal pertama persekolahan itu ditentukan susulan pandemik COVID-19. Kesan pandemik ini kepada sektor pendidikan tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat, jadi perancangan perlu dibuat sehingga ke tahun hadapan. 

Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2021

“Seperti yang dimaklumkan pada 1 Julai lalu, KPM akan menyediakan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2021 dengan mengambil kira pelbagai aspek yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Pindaan takwim 2020 dengan memaksimumkan tempoh hari persekolahan dan mengurangkan cuti akhir tahun adalah selari dengan rancangan melewatkan permulaan persekolahan 2021 kerana Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula lewat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, katanya banyak proses tatacara perlu dilalui dan dilaksanakan sebelum takwim 2021 boleh dikeluarkan.

“Apabila banyak keluhan KPM tidak mengambil kira keadaan guru, murid dan sebagainya, kita mengambil pendirian untuk menyiapkan proses tatacara itu supaya berjalan lancar dan sesi persekolahan tahun ini dapat ditamatkan dengan baik,” katanya.

Setiap perancangan KPM membabitkan COVID-19 memerlukan lebih setahun untuk kembali kepada normal.

Sumber: Youtube Saedjudin Sembang, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: