Senarai sekolah menengah terbaik di Malaysia berikut berdasarkan pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia. Ia ditentukan oleh Gred Purata Nasional (GPN) bagi menentukan kedudukan sekolah-sekolah berkenaan.
Ini juga adalah senarai antara sekolah terbaik SPM yang dibahagikan kepada dua kategori sekolah iaitu MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh. Jom kita semak manakah sekolah menengah terbaik di Malaysia ini!
Top 3 sekolah menengah terbaik SPM – Senarai terkini
- Sekolah Tun Fatimah (Gred Purata Sekolah: 0.78)
- Sekolah Seri Puteri (Gred Purata Sekolah: 1.02)
- Sekolah Sultan Alam Shah (Gred Purata Sekolah: 1.14)
10 MRSM terbaik SPM – Senarai terkini
- MRSM Tun Ghafar Baba (Gred Purata Sekolah: 1.37)
- MRSM Taiping (Gred Purata Sekolah: 1.67)
- MRSM Langkawi (Gred Purata Sekolah: 1.89)
- MRSM Kubang Pasu (Gred Purata Sekolah: 1.96)
- MRSM Parit (Gred Purata Sekolah: 1.97)
- MRSM Kepala Batas (Gred Purata Sekolah: 2.00)
- MRSM Pengkalan Chepa (Gred Purata Sekolah: 2.07)
- MRSM Gemencheh (Gred Purata Sekolah: 2.08)
- MRSM Kuantan (Gred Purata Sekolah: 2.10)
- MRSM Kuala Kubu Baru (Gred Purata Sekolah: 2.14)
Baca juga: 7 surat budak minta izin cikgu tak mahu hadir ke sekolah. No 5 paling kelakar!
Sekolah Berasrama Penuh terbaik (SBP)
- Sekolah Tun Fatimah (Gred Purata Sekolah: 0.78)
- SMS Seri Puteri (Gred Purata Sekolah: 1.02)
- Sekolah Sultan Alam Shah (Gred Purata Sekolah: 1.14)
- Kolej Tunku Kurshiah (Gred Purata Sekolah: 1.32)
- SM Sains Kota Tinggi (Gred Purata Sekolah: 1.16)
- Kolej Islam Sultan Alam Shah (Gred Purata Sekolah: 1.19)
- SM Sains Tunku Munawir (Gred Purata Sekolah: 1.2)
- SBP Integrasi Gombak (Gred Purata Sekolah: 1.29)
- SBP Integrasi Rawang (Gred Purata Sekolah: 1.38)
- Sekolah Melayu Kuala Kangsar (Gred Purata Sekolah: 1.43)
Ini antara 9 sekolah menengah terbaik dan terkenal di Malaysia yang ibu bapa perlu tahu
1) Sekolah menengah terbaik: MRSM Tun Ghaffar Baba (TGB)
MRSM Tun Ghaffar Baba dahulunya dikenali sebagai MRSM Jasin. Namun demi menghormati jasa dan sumbangan Tun Ghaffar Baba, maka sekolah ini dinamakan atas nama beliau dan ditubuhkan pada 1981.
Antara pencapaian hebat MRSM TGB adalah menjadi sekolah terbaik pada tahun 2001, 2005, 2006, 2012 dan 2016.
2) Sekolah menengah terbaik: Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
Kolej Tunku Kurshiah merupakan sekolah berasrama penuh perempuan yang ditubuhkan pada 1947 dan nama asalnya adalah Maktab Perempuan Melayu.
Namanya kemudian ditukar sebagai penghormatan kepada Raja Permaisuri Agong yang pertama. Seperti sekolah lain, TKC juga mempunyai pencapaian akademik yang sangat baik.
Selain itu, TKC juga mempunyai pencapaian yang hebat dalam aktiviti luar seperti pancaragam sekolah.
Antara bekas pelajar TKC seperti Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail, Tunku Intan Shafinaz (Tunku Panglima Besar Kedah) dan isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor.
3) Sekolah menengah terbaik: Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
SBP diasaskan pada 4 April 1955 dan hanya menempatkan pelajar tingkatan 4 hingga tingkatan 6 sahaja.
Bangunan KISAS dahulunya sebuah Istana, namun Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj membuat keputusan untuk mewakafkannya sebagai sekolah. Kemudian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah tukar nama KIK kepada KISAS.
Pada tahun 2004 dan 2005 KISAS Berjaya dinobat sekolah menengah terbaik di atas kecemerlangan keputusan SPM. Manakala STPM pula memegang rekod tujuh tahun berturut-turut dari 2008 hingga 2014.
Selain akademik, KISAS juga cenderung ke arah kokorikulum apabila menjadi juara debat bagi Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
Antara bekas pelajar KISAS seperti Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, Dr. Maza dan ramai lagi.
4) Sekolah Tun Fatimah
Sekolah Tun Fatimah terletak di Johor Bahru yang asalnya dari Durian Daun Melaka dengan nama Secondary School Malay Girls.
Ia kemudian berpindah ke Johor Bahru pada 25 September 1965 dengan nama sempena Sri Kandi Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Tun Fatimah.
Antara bekas pelajar STF termaksulah Prof. Dr Muhaya, kerabat diraja dan ramai lagi.
5) SM Sains Sultan Mahmud (SESMA)
Sekolah ini ditubuhkan bagi mewujudkan dan meningkatkan jumlah pelajar jurusan sains dan pencapaian akademik sekolah ini sangat memberangsangkan dalam peperiksaan PT3 dan SPM.
Apa yang lebih membanggakan, SESMA memegang rekod sekolah terbaik di Negeri Terengganu selama beberapa tahun secara berturut-turut. Tahniah dan syabas!
6) SM Sains Tuanku Munawir (SASER)
Buat anda yang belum tahu, dahulunya sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Seremban dan kemudian ditukar kepada SM Sains Tuanku Munawir.
Seperti sekolah lain dalam senarai ini, SASER juga amat konsisten dalam kecemerlangan akademik terutama dalam SPM.
Lebih-lebih lagi, SASER memegang rekod sekolah yang mempunyai jumlah pelajar paling ramai straight A+ dalam SPM 2010.
Kemudian, pada tahun 2011 sekolah ini dinobatkan Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
7) Sekolah Seri Puteri
Sekolah Seri Puteri terletak di Cyberjaya dan dulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer.
Selain cemerlang dalam akademik, SSP juga terlibat dalam aktiviti seperti okestra. Malah mereka juga memenangi pingat emas dalam Australian International Music Festival di Sydney, Australia.
Antara bekas pelajar seperti Sawiah Jusoh, CEO Success Precession Wellbeing Ltd UK dan Vivy Yusof, usahawan terkenal.
8. SM Sains Alam Shah (ASiS)
Sekolah ini hanya mengambil pelajar tingkatan empat dan lima sahaja. Bagi pemilihan tingkatan 4 ASiS melihat berdasarkan keputusan PMR atau PT3.
Malah, keputusan SPM setiap tahun juga sangat memberangsangkan.
9) Kolej Yayasan Saad Melaka (KYS)
Kolej Yayasan Saad Melaka diasaskan oleh Tan Sri Halim Saad iaitu seorang ahli perniagaan sebagai tanda memperingati arwah bapanya.
Bekas pelajar KYS selalu ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian universiti di luar dan dalam Negara.
Antara bekas pelajar seperti Iedil Putra, Dr Hannah Nazri dan ramai lagi.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Astro Awani
Sumber: Iluminasi , Ajar Malaysia
Baca juga: Anak Mogok Taknak Ke Sekolah? Ini 5 Tips Dorong Anak Ke Sekolah Tanpa Dipaksa