Pernah tak ibu atau ayah terfikir untuk mencuba sesuatu yang baru demi menyemarakkan hubungan di ranjang? Cubalah mengubah lokasi “bercinta”! Seks di dapur ini pasti akan mampu menghangatkan lagi hubungan anda dan pasangan tahu!
Dalam berhubungan intim dengan isteri mahupun suami, anda tidak boleh cepat mengalah untuk mencuba pelbagai variasi. Seks di dapur boleh dicuba jika anda sudah cuba “aksi” di bilik air atau bilik tidur.
Tapi, pastikan tiada sesiapa di rumah ya ketika anda melakukan aksi ini. Kalau tidak… 😉
5 Posisi Seks Di Dapur Untuk Memanaskan Kembali Ghairah Cinta Suami Isteri
#1 Wanita terseksi
Hidupkan fantasi seksual suami mahupun anda! Jika ingin melakukan seks di dapur, apa kata anda pakai apron sahaja, tanpa apa-apa di sebaliknya.
Pasti anda akan jadi wanita terseksi di mata suami. Suami pun tak sabar nak terkam! Sesuaikan posisi ini dengan keinginan anda berdua. Anda boleh cuba gaya berdiri, mahupun doggy style sambil berdiri.
#2 Bercinta di atas kaunter dapur atau kabinet dapur
Jika anda memiliki kaunter dapur atau kabinet dapur yang cukup luas (janji selesa!) untuk anda, inilah masanya nak bereksperimen 😉
Cuba duduk di atas kaunter itu, mahupun meja, sambil suami berdiri di antara kedua kaki anda yang terbuka. Lakukan penetrasi dari hadapan.
Jika takut terjatuh, letak tangan sebagai penahan di atas kaunter/meja sebelum aksi bermula.
#3 Sajian istimewa untuk suami tercinta
Cubalah posisi woman on top versi terbalik dengan suami bila dia balik kerja nanti! Caranya mudah saja. Suami kena duduk di kerusi berhadapan kaunter dapur ataupun meja makan.
Kemudian, anda datangi dan lakukan penetrasi yang dalam. Anda boleh guna meja/kaunter di bahagia depan sebagai pemegang untuk memudahkan gerakan 😉
#4 Menu paling panas untuk si isteri
Jika anda beri “sajian” ini pada suami, pasti dia puas habis! Minta suami untuk duduk di atas kerusi mahupun bangku.
Kemudian, anda melutut di hadapannya sambil memberi rangsangan oral paling istimewa. Sambil itu, jangan lupa rangsang suami demi mendengar suaranya mengerang!
#5 Bercinta sambil berdiri depan peti ais
Jika ingin sedikit kinky dalam permainan ranjang ini, cubalah posisi seks di dapur berikut!
Isteri boleh berdiri di depan peti ais, lalu tangan diikat pada pemegang. Suami pula boleh menampar manja punggul isteri dengan spatula, ataupun meletakkan ais ketul di antara paha isteri.
Penetrasi pula boleh dilakukan sama ada dari posisi belakang mahupun depan. Jangan terlalu meletakkan berat di peti ais pula ya!
Ha… bagaimana? Ada posisi tertentu yang buat anda tertarik untuk cuba? Jangan lupa kongsikan artikel ini “diam-diam” pada pasangan untuk tunjuk hint anda 😉
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:
Suami Isteri Beraksi Dalam Bilik Air Untuk Pengalaman Luar Biasa, Boleh Cuba Malam Ini Ya!