Pasangan Ini "Kantoi" Berasmara Atas Kapal Terbang Depan Kanak-Kanak, Jijiknya!

Bayangkan anda ternampak ada orang melakukan seks di tempat awam, lebih-lebih lagi dalam flight masa anda nak pergi bercuti! Apa anda buat?

Bayangkan… Ini pertama kali anda naik kapal terbang dengan suami dan anak-anak anda.

Sedang anda memakai tali pinggang keledar dan bersedia nak ambil groufie, tiba-tiba anda ternampak ada orang sedang melakukan seks di tempat awam. Fuh, pasti terkejut kan?!

Itulah yang berlaku pada pasangan tua ini. Anda pasti tak akan sangka ada orang nak buat hubungan seks di tempat awam. Lebih-lebih lagi dalam kapal terbang!

Pasangan kantoi buat hubungan seks di tempat awam

Ibu bapa Kiley Tully ingatkan mereka akan menaiki kapal terbang dan menjalani perjalanan yang tenang hingga ke Mexico. 

Tapi mereka tak sangka yang mereka akan “terrakam” aksi orang buat seks di tempat awam.

Anak mereka, Kiley Tully yang menularkan pengalaman mereka ini di Twitter. Kiley sempat memuatnaik sebuah video yang dikirim ibu bapanya itu

https://twitter.com/KileyTully/status/1008405393582804993

Ibu bapa Tully sedang sibuk ingin mengambil gambar wefie sebelum mereka ternampak “aksi luar biasa” yang berlaku di tempat duduk belakang mereka.

Pasangan yang kantoi berhubungan seks di tempat awam itu langsung tidak sedar yang perbuatan mereka itu disedari oleh orang lain!

Pasangan kantoi buat seks di tempat awam direkod dalam video

Yang lebih melucukan, ibu Tully terus merakam video “aksi” mereka. Dia melihat adakah penumpang lain tidak perasan dengan perbuatan selamba pasangan muda itu.

Nampaknya, memang orang lain tidak perasan pun! Wow.

Pihak syarikat kapal terbang terbabit telah mengesahkan kejadian berikut terjadi dalam kapal terbang milik mereka. Mereka masih menjalankan siasatan atas isu ini. 

Walaupun pasangan tersebut “kantoi” melakukan hubungan seks di tempat awam, namun, gambar muka mereka tidak kelihatan dalam video terbabit. Nasib baiklah!

Melakukan hubungan sumbang di tempat awam

Bagaimana dengan undang-undang di Malaysia kalau anda “terkantoi” melakukan hubungan seksual di tempat awam? Jawapannya anda boleh didenda!

Denda tersebut mungkin akan mencecah sehingga RM400 seorang mengikut Seksyen 290.

Namun, ia bukan dikira sebagai “hubungan seksual di tempat awam”, sebaliknya dikira sebagai “gangguan di tempat awam”.

Kalau kanak-kanak yang tengok aksi ini, bagaimana?

Apabila kanak-kanak terlihat aksi yang tidak senonoh ini, pastinya mereka akan mengalami beberapa gangguan emosi.

Contohnya seperti keliru, terkejut, takut, panik, geli, rasa ingin tahu, kagum, dan rasa bersalah. Lama-lama, mereka mungkin akan mula menilai orang sebagai “objek” saja.

Ini antara kesan jangka panjang jika kanak-kanak terdedah pada aksi seks terlalu awal:

1 – Hubungan seks terlalu awal

Kajian telah mendapati, semakin awal kanak-kanak terdedah pada kandungan seks, semakin awal mereka akan cuba melakukan aksi ini, sama ada secara kasual atau tidak.

2. Hubungan seks yang berisiko tinggi

Apabila mereka mengenali seks pada usia muda, mereka juga mungkin berisiko untuk melakukan seks yang tidak selamat.

Contohnya mengamalkan ramai pasangan, tidak melakukan seks yang selamat (seperti pakai kondom) atau melakukan seks sambil mengambil dadah dan arak.

Jadi, ingatlah benda ini: Walaupun seks di tempat awam nampak macam “nakal” dan lain dari lain, cuba fikir apa kesan tindakan anda itu jika ada kanak-kanak yang nampak.

Pandai-pandai lah ya!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Rosanna Chio dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.combila-kantoi-anak-nampak-seks/

Penulis

Ayu Idris