Hukum Bersetubuh Ketika Haid Adalah Haram, Isteri Kena Mandi Wajib Dulu Baru Boleh Bersama!

undefined

Seks ketika haid adalah perkara yang dilarang dalam Islam kerana pada waktu ini keadaan isteri yang tidak suci boleh membahayakan kesihatan

Ketika isteri datang bulan, biasanya aktiviti bersetubuh akan dihentikan buat sementara. Namun kadang-kadang keinginan untuk bersama yang terlalu tinggi dan tidak boleh dijangka menyebabkan berlakunya seks ketika haid.

Bagi pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, adalah penting untuk anda mengetahui ilmu perkahwinan meliputi segala aspek termasuklah cara melayan pasangan, tanggungjawab suami isteri dan hukum bersetubuh ketika haid.

Seks ketika haid: waktu larangan suami isteri bersetubuh

hukum bersetubuh ketika haid

Haid atau datang bulan adalah proses semula jadi yang berlaku pada tubuh setiap wanita. Ia terjadi ketika sel telur yang tidak disenyawakan gugur bersama dinding rahim dan keluar sebagai darah haid.

Ketika haid, Islam melarang suami menyetubuhi isteri mereka. Ini adalah penjelasan lengkap tentang seks ketika haid menurut Islam. 

Dalil al-Quran tentang hukum bersetubuh ketika haid

Dalam al-Qur’an surah Al Baqarah, ayah 222 ada disebut:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Kerana itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendatangi mereka, sebelum mereka suci.

Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah: 222)

Ayat ini turun sebagai wahyu kepada Nabi Muhammad SAW ketika seorang sahabat bertanya tentang persetubuhan semasa isteri datang haid.

Setelah ayat ini turun, umat Islam dilarang melakukan seks ketika haid.

Ulama sepakat mengatakan, hubungan intim semasa haid adalah haram, kerana ayat di atas jelas menyuruh suami menjauhkan isteri yang sedang dalam haid. Menjauhkan diri bererti tak melakukan hubungan seks.

Tapi bermesra (seperti cara ini) dan mencium isteri masih boleh dilakukan asalkan tak ada aktiviti seksual yang melibatkan tusukan pada vagina terjadi.

Syekh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di, seorang ulama dan ahli tafsir dari Arab Saudi menulis tafsirannya ayah ini dalam Kitab Tasir As-Sa’di:

“Hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita diwaktu haidh‘ maksudnya jima’ (di kemaluannya) khususnya kerana hal itu haram hukumnya menurut ijma’. Pembatasan dengan kata “menjauh pada tempat haidh’ menunjukkan bahwa bercumbu dengan isteri yang haidh, menyentuhnya tanpa berjima’ pada kemaluannya adalah boleh. (Tafsir As Sa’di jilid 1, hal 358)

Hadis seks ketika haid menurut Islam

Beberapa hadis sahih yang diriwayatkan dari sahabat dan isteri Rasulullah SAW makin menguatkan pendapat bahawa seks ketika haid adalah haram menurut Islam.

Sebuah hadis yang diriwayatkan dari A’isyah ra berbunyi:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حِضْتُ يَأْمُرُنِي أَنْ أَتَّزِرَ، ثُمَّ يُبَاشِرُنِي Apabila saya haid, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruhku untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku. (HR. Ahmad 25563, Turmudzi 132 dan dinilai shahih oleh Al-Albani).

Hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ketika para sahabat menanyakan tentang isteri mereka ketika haid. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا النِّكَاحَ

Lakukanlah segala sesuatu (dengan isteri kalian) kecuali nikah.” (HR. Muslim 302).

Ketika menjelaskan hadis ini, At-Thibi mengatakan,

إِنَّ الْمُرَادَ بِالنِّكَاحِ الْجِمَاعُ “Makna kata ‘nikah’ dalam hadis ini adalah hubungan intim. (Aunul ma’bud, 1/302)

Dari Anas bin Malik:

أن اليهود كانوا إذا حاضت المرأة فيهم لم يؤاكلوها ولم يجامعوهن في البيوت فسأل الصحابة النبي صلى الله عليه وسلم فأنزل الله تعالى : ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض… Sesungguhnya orang Yahudi, ketika isteri mereka datang haid, mereka tidak mahu makan bersama isterinya dan tidak mahu tinggal bersama isterinya dalam satu rumah.

Para sahabat pun bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian Allah menurunkan surat Al Baqarah ayat 222.

Kesan bersetubuh ketika masih haid

bersetubuh

Bersetubuh ketika masih haid menurut Islam tidak boleh dilakukan kerana sebab berikut ini:

Dr. Muhammad al-Baar mengatakan, ada banyak kesan bersetubuh ketika masih haid terhadap isteri mahupun suami.

Dinding rahim akan gugur semasa haid dan membuatkan rahim terdedah kepada bakteria yang mungkin terdapat pada zakar suami.

Beberapa kesan bersetubuh ketika masih haid yang lainnya ialah:

  • Jangkitan pada tiub falopian dan boleh menutup akses sel telur kepada rahim dan menyebabkan kehamilan atau mengandung luar rahim (ektopik).
  • Jangkitan pada rahim, saluran kencing atau ginjal dan menyebabkan jangkitan saluran kencing.
  • Peningkatan bakteria pada darah haid boleh menyebabkan penyakit gonorrhea.
  • Risiko jangkita pada organ reproduksi suami jika memaksa hubungan intim semasa haid masih belum bersih.

Selain itu, haid sering disertai dengan rasa sakit yang pedih dan keadaan emosi tak stabil. Keinginan seks pada wanita juga biasanya menurun ketika haid.

Bersetubuh ketika masih haid bukan saja haram menurut Islam, tapi ia juga terbukti bahaya kepada isteri dan suami menurut sains. Jadi, seelok-eloknya dielak.

Hukum bersetubuh ketika haid hampir kering

Dalam mazhab Syafie, haram hukumnya seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan yang haid, atau dalam keadaan haid isterinya sudah berhenti (kering) tetapi belum mandi wajib lagi.

Hal ini berdalilkan firman Allah SWT yang bermaksud:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. [Surah Al-Baqarah, ayat 222]

Bersetubuh ketika haid hampir kering dan belum mandi wajib

Walaupun haid hampir kering, isteri masih tidak dianggap sudah suci melainkan selepas dia mandi hadas atau mandi wajib.

Maka hukumnya berdosa besar bagi suami yang bersetubuh dengan isteri yang masih belum suci dalam keadaan si suami tahu bahawa isterinya masih belum lagi mandi wajib.

Hendaklah dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

Sebagai isteri, anda wajib memberitahu kepada suami jika masih belum mandi wajib lagi.

Hal ini amat penting bagi mengelakkan suami dibebankan dengan dosa yang besar. Selagi isteri masih belum mandi wajib walaupun haidnya sudah berhenti, haram bagi suami untuk bersetubuh dengan isterinya.

Bersetubuh ketika haid hampir kering boleh hamil?

Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Zubaidi, wanita yang memiliki kitaran haid 35 hari, ovulasi (hari subur) berlaku pada hari ke-21.

Manakala wanita yang mempunyai kitaran haid 21, waktu subur selepas haid adalah pada hari ke-7. Ini bermakna selepas sahaja haid hampir kering, wanita-wanita ini terus berada dalam hari-hari subur.

Jika air mani yang mengandungi sperma dipancutkan ketika hari-hari terakhir haid, persenyawaan boleh berlaku kerana sperma boleh hidup selama tiga hari.

Kesimpulannya, kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid 28 hingga 30 hari.

Jika bersetubuh ketika haid, ia tidak menyebabkan kehamilan. Kebarangkalian untuk mengandung jika hubungan seks dilakukan hari pertama atau kedua haid adalah hampir 0.

Namun apabila bersetubuh ketika haid hampir kering boleh hamil.

Hari-hari terakhir haid meningkatkan kebarangkalian untuk berlaku persenyawaan. Dengan syarat, wanita itu mempunyai kitaran haid yang pendek.

Selain itu, jangan keliru dengan darah haid dengan berdarah ketika bersama (ovulasi). Pendarahan ovulasi menandakan isteri berada dalam waktu subur selepas haid.

Melakukan hubungan seksual pada hari tersebut boleh menyebabkan kehamilan.

Walau bagaimanapun sebagai orang Islam, elakkan dari cara main masa period ia adalah haram dan dilarang dalam agama.

Benarkah bersetubuh seminggu sebelum haid boleh mengandung?

Peluang untuk mengandung lebih tinggi jika sel sperma berjaya menghasilkan sel telur dengan melakukan hubungan seks semasa dalam tempoh subur.

Dengan cara ini, kemungkinan sperma boleh bergerak ke arah rahim untuk bertemu dengan telur semakin besar.

Masa subur ialah masa di mana ovari wanita mengeluarkan telur (ovulasi). Telur akan bertahan selama 12-24 jam selepas dilepaskan.

Umumnya, tempoh subur wanita berlaku sekitar hari ke-14 selepas hari pertama haid terakhirnya. Peluang sel sperma menghasilkan telur agak kecil, iaitu kira-kira 4-5 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi itu sendiri.

Jika anda melakukan hubungan seks dalam tempoh 4-5 hari sebelum ovulasi atau pada masa ovulasi, ia adalah tempoh yang berkesan untuk kehamilan.

Waktu subur ini amat bergantung pada pelbagai faktor seperti tekanan, keletihan fizikal, hormon dan pemakanan.

Kesimpulannya, anda dan pasangan bersetubuh seminggu sebelum haid boleh mengandung.

Cara mandi wajib haid mengikut panduan JAKIM

Cara mandi wajib yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W ialah:

#1. Niat ketika air sampai ke tubuh

#2. Membaca “Bismillah”

#3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali

#4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

#5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun

#6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

#7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

**Bagi wanita yang melakukan cara mandi wajib selepas haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut.

Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

#8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh

Dari ‘Aisyah (R.A):

“Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)

9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib setelah haid dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama. Wallahu’alam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Terlalu Gelojoh, Ini Posisi Seks Ibu Hamil Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan

Baca juga: Seks Waktu Pagi Dikatakan Dapat Meningkatkan Lagi Peluang Kehamilan Buat Suami Isteri, Benarkah?

Baca juga:  Semakin Berusia, Semakin Puas Ketika Seks! Ini 7 Fakta Menarik Tentang Klimaks Wanita

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!