Lepas bergaduh bagai nak rak, dia minta buat seks pula. Mesti anda rasa menyampahkan? Tapi jangan tak tahu ya, seks lepas bergaduh boleh jadi lebih sensasi dan romantis yang anda mungkin tak boleh lupa!
Mungkin ada yang pernah merasainya, tetapi ego nak mengaku kan? Ramai suami isteri yang mengaku hubungan seks lepas bergaduh adalah antara pengalaman paling nikmat mereka pernah rasai.
Ini kerana selepas bergaduh, emosi yang meluap-luap akan ditukar menjadi ghairah seks. Sebab itu, hubungan seks lepas bergaduh akan jadi lebih intense dan bermakna.
Seks lepas bergaduh paling nikmat
Mungkin kita pernah dengar orang mengadu suami minta seks lepas bergaduh. Meluat pula jadinya, dah bergaduh minta seks pula. Tapi ia sebenarnya bukan perkara pelik malah ramai suami isteri mengaku ia selalu terjadi.
Malah ada yang jadi lebih intim bila lakukan seks selepas bertengkar. Ada juga yang mengatakan bahawa pertengkaran boleh menjadi satu bentuk foreplay verbal.
Ketegangan emosi yang bertambah akhirnya boleh bertukar kepada kehangatan seksual. Semakin hebat pertengkaran yang berlaku, semakin nikmat seks lepas bergaduh.
Mungkin ada yang tidak selesa dengan teori berkenaan. Tapi mahu tidak mahu ia mungkin perlu dilihat semula kerana ramai yang mengakui.
Namun, bagi memahami mengapa seks selepas bergaduh boleh memberikan kenikmatan yang luar biasa, fahami dulu mengapa kehangatan seksual hadir selepas pertengkaran.
Baca juga: Walaupun Dah Kahwin, Keizinan Untuk Buat Seks MASIH Penting! Ikut Adab Dalam Islam
Kenapa seks lebih nikmat selepas bergaduh?
Mungkin bukan suami saja yang suka, ada juga isteri yang sukakan seks selepas bergaduh. Terdapat empat elemen yang membuatkan hubungan seks selepas bertengkar menjadi lebih hangat berbanding dengan hari biasa.
#1.Rasa marah ditukar kepada nafsu seks (arousal transfer)
Walaupun bunyi macam teori yang direka, arousal transfer merupakan satu fenomena psikologi yang menukarkan perasaan marah kepada nafsu berahi selepas sesi pertengkaran.
Waktu inilah kita mudah untuk terlepas cakap, melakukan penderaan fizikal dan sebagainya. Namun, apabila kita berhenti bergaduh, darah yang membuak masih lagi belum reda.
Anda dan pasangan masih merasai rangsangan emosi memandangkan perubahan fisiologi kepada keadaan asal tidak berlaku secara serta-merta.
Walau bagaimanapun, emosi tersebut bukan lagi marah, tetapi sesuatu yang lebih sensual.
#2. Rasa tidak puas hati yang masih terbuku (pent-up aggression)
Ada sebab kenapa seks selepas bergaduh dianggap sesuatu yang nikmat. Ia bukan saja petanda anda sudah memaafkan pasangan, tapi juga salah satu luahan rasa tidak puas hati terhadap kesilapan yang dilakukan oleh pasangan.
Selepas bergaduh, walaupun anda sudah memaafkan, tidak dinafikan bahawa terdapat rasa tidak puas hati di sudut hati anda terhadap kesilapan yang dilakukan.
Seks selepas bergaduh merupakan salah satu cara luahan bukan verbal yang dapat menzahirkan kemaafan dan rasa tidak puas hati dalam masa yang sama.
Jika dibuat dengan cara yang betul, ia merupakan kaedah sihat yang boleh membantu meredakan kemarahan dan rasa tidak puas hati anda.
#3. Mengukuhkan ikatan biologi (biological attachment)
Apa akan berlaku sekiranya pertengkaran ini tidak berakhir? Adakah pergaduhan ini bakal mengundang perpisahan? Kecelaruan dan rasa tak berkeyakinan ini akan menimbulkan ketakutan dalam diri anda.
Keadaan ini akan mengaktifkan sistem ikatan biologi bagi memastikan perhubungan anda dan pasangan kekal intim. Perkara ini termasuklah melakukan hubungan seks selepas pertengkaran.
Jika difikirkan semula, hormon yang terembes semasa anda takut seperti adrenalin, noradrenalin dan testosteron adalah hormon yang turut terembes semasa anda mengalami rangsangan seksual.
Suratan atau kebetulan?
#4. Cara melegakan tekanan perasaan selepas bertengkar (closure)
Hakikat yang perlu ditelan oleh semua pasangan suami isteri adalah pergaduhan memang sukar dielakkan.
Ia merupakan salah satu proses bagi memahami suami dan isteri yang mempunyai sifat dan corak pemahaman berbeza. Seks selepas bergaduh merupakan satu petanda yang anda dan pasangan memang betul-betul sudah saling memaafkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: hellodoktor