Suami, BERHENTI buat 3 kesalahan ini ketika berasmara - isteri anda bencikannya!

Beberapa orang isteri telah meluahkan 3 perlakuan seks yang salah dan apa perbuatan suami yang isteri paling benci ketika ingin berasmara. Mari elak ia!

Topik hubungan kelamin nyata amat “taboo” dan tidak dibincangkan secara meluas di Malaysia. Sebab itu, ramai suami isteri yang tidak tahu apa perbuatan seks yang salah dan tidak disukai oleh pasangan.

Namun, sebagai inisiatif, pihak theAsianparent telah menemuramah beberapa isteri yang berani meluahkan perbuatan seks yang salah dilakukan oleh suami masing-masing.

Tujuan perbincangan ini dikupas ialah untuk lebih memahami apa yang dikehendaki oleh seorang isteri.

Jadi suami, ready nak tahu apa 3 seks yang salah kalian selalu buat hingga isteri membencinya?

Jom teruskan bacaan!

3 cara seks yang salah – ia selalu dibuat suami dan dibenci isteri!

#1 Tak mahu melakukan foreplay

Ramai isteri yang meluahkan antara perbuatan seks yang salah dilakukan suami mereka ialah tidak mahu melakukan foreplay atau “perbuatan memanaskan panggung sebelum aksi bermula di ranjang”. 

Setiap isteri mendambakan suami mereka lebih mengambil masa ketika melakukan foreplay, bukannya terus rakus inginkan aksi bermula. 

N, seorang isteri dari Pulau Pinang mendedahkan, beliau sebenarnya hanya inginkan ciuman lembut dan perlahan-lahan, namun penuh sensual, sebelum memulakan aksi.

#2 Tidak kenal anatomi vagina dengan betul

Pendidikan seks yang didedahkan di bangku sekolah bukan sahaja untuk mengajar wanita tentang anatomi badan sendiri.

Malah, ia juga membuka ruang untuk para suami belajar tentang anatomi vagina pasangan dengan betul. Tidaklah anda melakukan perbuatan seks yang salah ini!

Menurut beberapa orang isteri, ramai suami yang tidak tahu anatomi vagina dengan betul. Mereka juga sebenarnya tidak tahu di mana klitoris!

Ketahuilah yang rangsangan di klitoris (yang tepat) mampu menjanjikan pulangan klimaks yang lumayan. Jadi suami, anda wajib tahu di mana klitoris dan apa anda harus buat dengannya!

#3 Berlebih-lebihan ketika bercumbu

Satu lagi perbuatan seks yang salah dan dibenci oleh isteri ialah perbuatan bercumbu dengan berlebihan. 

Tak salah jika pasangan terlalu hanyut dibuai asmara, namun ada beza antara hanyut dibuai asmara atau tidak tahu yang anda sudah berlebih-lebihan.

Menurut salah seorang isteri dari Kuala Lumpur, Sofia — suaminya salah seorang lelaki yang selalu berlebih-lebihan ketika bercumbu. 

Hal ini membuatkan isterinya itu merasakan seolah-olah dia dijilat (seperti anjing), bukannya dicium! Alamak sampai begitu ketidakselesaannya? 

Apa yang penting di sini ialah komunikasi di antara pasangan. Tanya pasangan anda apa yang mereka suka dan mahukan. 

Bukannya terus melakukan hubungan intim hanya dengan keinginan dan kesukaan anda sahaja.

Semoga perkongsian 3 seks yang salah ini membuka mata setiap suami isteri tentang apa yang diingini oleh pasangan anda. 

Jangan lupa share artikel ini dengan pasangan dalam diam. Mana tahu dia akan mengubah kesilapannya itu! 😉

 

 

 

 

 

 

 

Kredit gambar: The Modern Man

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkesalahan-seks-yang-dilakukan-oleh-wanita/

Penulis

Ayu Idris