Mengangkat dan membawa car seat bayi sememangnya rasa janggal dan menyakitkan. Anda hanya ada dua cara membawa car seat: menyangkut pada lengan atau membawanya dengan dua tangan tetapi kemudiannya anda tidak dapat membuka pintu atau memegang tangan anak anda yang lebih besar.
Ramai yang memilih untuk menyangkut pada lengan, kelihatan seperti sedang membawa bakul berkelah dan menyebabkan lengan, bahu, pinggang dan pinggul sakit.
Cara membawa car seat bayi yang mudah
Sebenarnya, terdapat cara membawa ‘car seat’ bayi anda yang lebih mudah.
Dr. Emily Puente dari Bridge Family Chiropractic di Mansfield, Texas telah mengongsikan video di Facebook tentang bagaimana dengan hanya menukar cara meletakan tangan sahaja sudah boleh mengubah apa yang anda rasa tentang membawa car seat; ia tidaklah sesukar mana!
Menurut Dr. Emily, cara ini tidak akan menyakitkan bahu anda, pinggul mahupun pinggang.
Malah pinggang anda akan bersyukur kepada anda dengan cara bawaan ini.
Cara ini telah dikongsikan kepadanya dan ianya adalah cara terbaik untuk membawa ‘car seat’.
Tontoni video dari Dr. Emily di bawah;
www.facebook.com/bridgefamilychiro/videos/2035422530018618/
Daripada menyangkuk ‘car seat’ ke lengan dan membawa ia seperti bakul berkelah, beliau telah memasukkan lengan dan tangan untuk memegang tapak ‘car seat’ dan mengangkat dari bawah.
Sebaik sahaja bertukar ke cara ini, beban dari ‘car seat’ akan terbahagi ke beberapa bahagian dan anda akan rasa lebih mudah untuk membawanya.
Tips membawa car seat bayi baru lahir yang lebih selesa
Walaubagaimanapun, Dr. Emily telah memaklumkan yang bukan semua ‘car seat’ bayi baru lahir boleh di bawa dengan teknik ini.
Dan, pastikan badan anda mampu untuk mengangkat beban dengan teknik begini dan badan anda berasa selesa melakukannya.
Ini bermakna, dapatkan nasihat dari doktor anda dahulu jika tidak selesa.
Teknik Chiropractic
Bagi yang belum tahu, chiropractic ialah profesion kesihatan yang memberi fokus kepada struktur badan terutamanya tulang belakang dan fungsinya.
Pendekatan yang digunakan adalah berbeza mengikut pusat chiropractic itu sendiri.
Fokus utamanya ialah membetulkan penyelarasan tulang belakang, mengurangkan kesakitan, membaiki fungsi dan menyokong badan untuk sembuh secara semulajadi.
Ini kerana, daripada tulang belakang, sakit-sakit yang lain seperti sakit kepala, keletihan yang melampau, dan ketidakselesaan badan juga boleh terjadi.
Chiropractic juga memberi manfaat terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah sakit belakang, pinggang, atau postur badan yang tidak betul.
Malah ramai juga wanita hamil yang mendapatkan perkhidmatan chiropractor untuk membantu sakit belakang semasa hamil selain mendapatkan nasihat doktor perubatan.
Sumber: scarymommy, Bridge Family Chiropractic, nih
Baca juga: