Selamat Hari Guru 2024, Koleksi Ucapan & Pantun Sempena Hari Guru (Teacher’s Day)

Selamat Hari Guru buat para pendidik atas segala jasa yang tidak ternilai. Berikut adalah ucapan Hari Guru yang sesuai untuk disampaikan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua para pendidik atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai. Berikut merupakan beberapa ucapan dan pantun yang boleh digunakan untuk guru yang tersayang.

Tema & Tarikh Sambutan

Tema Hari Guru pada tahun ini adalah ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani’ yang disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Contoh Ucapan Selamat Hari Guru 2024

  1. Selamat Hari Guru 2024! Terima kasih atas segala ilmu dan bimbingan yang telah diberikan.
  2. Selamat Hari Guru! Anda adalah inspirasi dan teladan bagi kami. Semoga terus sukses dalam mendidik.
  3. Selamat Hari Guru! Dedikasi dan kesabaran cikgu amat kami hargai.
  4. Terima kasih, cikgu, kerana selalu memberi yang terbaik untuk kami!
  5. Ilmu yang dicurahkan tidak ternilai harganya. Terima kasih, cikgu!
  6. Semoga Hari Guru ini membawa kegembiraan dan kepuasan kepada semua guru. Selamat Hari Guru!
  7. Terima kasih atas segala ilmu dan kasih sayang yang diberikan. Happy Teacher’s Day!
  8. Selamat Hari Guru! Semoga cikgu terus diberkati dan dilimpahi rahmat.
  9. Cikgu, jasa cikgu tidak akan kami lupakan. Happy Teacher’s Day!
  10. Happy Teacher’s Day! Kami bangga memiliki guru sehebatmu.

Ucapan Hari Guru Yang Menyentuh Hati

  1. Maafkan segala kesalahan kami sepanjang menjadi anak muridmu. Semoga cikgu terus berkhidmat dan diberkati olehNya.
  2. Selamat Hari Guru. Semoga semua ilmu yang diberikan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.
  3. Orang hebat mampu mencipta karya yang luar biasa. Namun, guru berkualiti mampu melahirkan ribuan orang hebat.
  4. Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan dan kasih sayang. Happy Teacher’s Day!
  5. Anda adalah pahlawan tanpa tanda jasa. Kami sangat menghargai cikgu!
  6. Ilmu yang anda curahkan, nasihat yang anda berikan, dan kasih sayang yang anda tunjukkan, semuanya telah membentuk kami menjadi insan yang lebih baik
  7. Dengan penuh rasa hormat dan terima kasih, kami ucapkan Selamat Hari Guru. Semoga cikgu terus cemerlang dan diberkati dalam setiap langkah.

Contoh Pantun & Puisi Untuk Guru

1. Bunga mawar di tepi kali, 

Harumnya semerbak menusuk hati. 

Terima kasih guru yang budiman, 

Jasamu dikenang sampai ke mati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

2. Burung nuri terbang tinggi, 

Hinggap seketika di dahan kenari. 

Ilmu diberi tanpa jemu, 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Guru ku sanjung sepenuh hati.

 

3. Pohon rendang di tepi jalan, 

Tempat berteduh si anak ikan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ilmu dicurah penuh keikhlasan, 

Jasa cikgu takkan dilupakan.

 

4. Sungai jernih airnya biru, 

Mengalir tenang hingga ke muara. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat Hari Guru ku ucapkan, 

Semoga sejahtera dan bahagia sentiasa.

Guru Oh Guru Usman Awang 1979

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

 

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

 

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

 

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

 

Semoga ucapan dan puisi ini dapat memberikan kegembiraan dan penghargaan kepada semua guru atas usaha dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa.

Baca juga: 30 Hadiah Hari Guru Simple Dari Kedai Eco, Sweet Dan Menarik

Baca juga: Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Lelaki & Perempuan Yang Istimewa, Buat Mereka Rasa Dihargai

Baca juga: 10 Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 Kreatif & Menarik

Penulis

Noorhidayah