Di Asia, melakukan seks sebelum berkahwin adalah perkara yang dipandang serong oleh masyarakat.
Oleh itu, banyak mitos tentang selaput dara atau hymen yang dijadikan sebagai kepercayaan supaya anak gadis terus menjaga kesucian mereka.
Dari sudut sains, Dr. Rebecca Brightman, seorang pakar kandungan di New York menjelaskan, selama ini pada para ilmuwan dan doktor masih tidak memahami apakah tujuan dan maksud kewujudan hymen di dalam tubuh wanita, sehingga ia dipanggil sebagai misteri evolusi!
Berikut antara 5 mitos tentang selaput dara yang sering kita percaya sebelum ini dan fakta sebenar di sebaliknya.
5 mitos dan fakta tentang selaput dara yang wajib diketahui
Mitos 1: Selaput dara akan koyak semasa buat hubungan seks kali pertama
Dr Rebecca mengatakan, perkara ini tak terjadi pada semua wanita. Selaput tersebut tak semestinya akan koyak semasa kali pertama anda melakukan hubungan seks.
Ada wanita yang hymen-nya sangat elastik dan ia boleh merenggang dan tak koyak ketika melakukan seks.
Menurut Dr Rebecca lagi, wanita yang selaput dara mereka nipis, kemungkinan besar ia boleh terkoyak semasa melakukan aktiviti harian adalah tinggi seperti menaiki basikal, berlari bahkan semasa menggunakan tampon.
Oleh kerana hymen dekat dengan lubang vagina, ia rapuh dan mudah terkoyak walaupun ketika masih kecil.
Mitos 2 : Ketika selaput dara koyak, anda akan sakit dan keluar darah
Setiap vagina adalah berbeza-beza, begitu juga dengan hymen dalam tubuh badan wanita. Ada wanita yang tak perasan hymen mereka koyak dan ada yang rasa sakit dan akan melihat tompokan darah.
Tapi, jika anda mengalami pendarahan yang banyak dan sakit di bahagian vagina, segera berjumpa doktor. Itu mungkin tanda-tanda penyakit yang serius.
Mitos 3: Selaput dara hanya boleh koyak sekali sahaja
Itu satu lagi mitos tentang selaput dara yang salah. Dr Rebecca menjelaskan, hymen boleh koyak beberapa kali.
Ia seperti, semasa memakai tampon, hymen akan koyak sikit, kemudian apabila zakar dimasukkan, koyakkan akan bertambah. Kerana ini, ada wanita yang melihat tompokan darah selepas beberapa kali melakukan seks.
Ini adalah normal, tegas Rebecca.
Mitos 4: Selaput dara penentu kegadisan seseorang wanita
Dr. Rebecca menentang sekeras-kerasnya idea ini.
Hymen yang koyak tak menentukan kegadisan seseorang wanita. Seperti yang telah diterangkan di atas, hymen boleh koyak bukan saja kerana hubungan seksual, tapi juga aktiviti harian.
Seorang gadis itu masih dara sekiranya mereka belum melakukan hubungan seks walaupun hymen mereka telah koyak.
Mitos 5: Selaput dara boleh kembali ke bentuk asal
Ini juga salah. Hymen tak dapat dikembalikan sekiranya ia telah koyak. Tak ada produk atau pembedahan yang boleh mengembalikan semula selaput dara.
Banyak negara yang mempersoalkan kegadisan seseorang wanita sehingga ia menjadi beban. Jadi selepas ini, harapnya kita tak lagi menghakimi kegadisan seseorang wanita hanya melalui selaput daranya sahaja.
Ayuh hapuskan mitos-mitos pelik tentang selaput dara ini sambil mendidik masyarakat tentang fakta yang sebenar!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:
https://my.theasianparent.comrawatan-untuk-vagina