5 Kerabat DiRaja Yang Anda Wajib "Follow" Di Instagram, Merekalah Selebriti Instagram Terbaru!

Mereka bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik, malah memiliki gaya hidup yang menjadi impian ramai. Bertuahnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Instagram merupakan satu platform media sosial yang menarik dan banyak digunapakai oleh masyarakat. Ini termasuklah golongan artis dan kerabat diRaja. Jangan terkejut, tapi sebenarnya banyak kerabat diRaja yang jadi selebriti Instagram, tahu!

Selebriti instagram, atau instafamous menjadi pilihan orang ramai khususnya anak muda yang biasanya menjadikan 'selebriti' ini sebagai idola atau sekadar gemar melihat crush mereka dari jauh!

Selebriti Instagram Versi Kerabat Diraja: Berkongsi Gambar Peribadi Di Media Sosial

Menariknya, kerabat diRaja kini semakin mencuri perhatian di Instagram. Sudahlah berbakat, cantik dan menawan, keturunan diRaja ini juga memberikan sekilas pandangan kehidupan mereka yang menarik.

Wah! Jom kita lihat senarai selebriti instagram kerabat diRaja yang paling menarik di Asia ini.

Selebriti Instagram #1 Putera Mateen (Brunei)

Sumber: @tmski/Instagram

Sejak kebelakangan ini, Putera Mateen menjadi sensasi di Instagram. Anak Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini ternyata paling layak digelar 'most eligible bachelor' di Asia: beliau gemar bersukan, gaya segak, dan mementingkan keluarga. 

Putera kacak ini bukan sahaja berpenampilan menarik, malah, dia sangat fotogenik, dan tidak malu untuk menunjukkan bakatnya itu!

Apabila berurusan rasmi, Putera Mateen tidak mudah berada di bawah tekanan, sebaliknya sentiasa mencari peluang untuk berekreasi dengan hobinya.

Sumber: @tmski/Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Instagram : @tmski

Selebriti Instagram #2 Puteri Sirivannavari Nariratana (Thailand)

Sumber: @sirivannavari_shop/Instagram

Puteri eksotik ini merupakan pengasas dan pereka fesyen untuk label Sirivannavari, dan juga merupakan supermodel, ahli pasukan ekuestrian Thailand, dan penyelam skuba.

Namun di platform media sosial, beliau lebih gemar menonjolkan hasil kerjanya yang berkaitan seni fesyen. Sesuai dengan bakatnya, puteri dari Thailand ini gemar menghabiskan masa di bengkel rekabentuknya, dan sering hadir ketika upacara fitting baju.

Sumber: @sirivannavari_shop/Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Instagram: @sirivannavari_shop

Selebriti Instagram #3 Tengku Amir Shah (Selangor)

Sumber : @rmselangor/Instagram

Jika anda melayari Instagram Tengku Amir, anda pasti boleh teka yang Tengku Amir merupakan seorang salah seorang kerabat diRaja yang bersifat progresif.

Anak Sultan Sharafuddin Idris Shah ini sangat bersemangat tentang alam sekitar, belia, dan pendidikan, yang mendorongnya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Biologi Ekologi dan Alam Sekitar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada masa lapang, Tengku Amir meluangkan masanya berbasikal, bermain bola sepak dan melakukan larian.

Sumber : @rmselangor/Instagram

Instagram: @rmselangor

Selebriti Instagram #4 Tengku Iman Afzan (Pahang)

Sumber : @imanabdullah/ Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak perempuan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah memilik rupanya paras yang sangat menawan dan mempunyai lagak seorang supermodel.

Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di England, dan akan kembali ke Malaysia selepas tamat pembelajaran beliau untuk melibatkan diri dalam dunia korporat.

Anda pasti terpesona dengan pilihan gambar di instagramnya yang rata-ratanya gambar bersama keluarganya, menunjukkan dia mempunyai hubungan rapat dengan adik-beradiknya.

Gaya hidup sosial Tengku Iman jugak agak menarik, anda pasti ingin meluangkan masa bersamanya!

Sumber : @imanabdullah/ Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Instagram: @imanabdullah

Selebriti Instagram #5 Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim (Johor)

Sumber: @tunku_abdul_rahman/ Instagram

Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim yang baru berusia 25 tahun adalah definisi 'tall, dark, handsome'. Penampilannya yang kemas dan hebat pastinya menjadi tumpuan ramai.

Peminat sukan ekstrem ini melakukan aktiviti luar beliau dengan begitu hebat, seolah-olah beliau dilahirkan dengan bakat semula jadi, malah beliau merupakan seorang pemain polo yang baik. 

Putera Johor ini bukan sahaja hebat di lorong yang pantas, malah juga membawa perhatian kita ke langit! Apabila dia tidak berlumba di trek atau memandu kereta sport, dia akan mengemudi ke langit terbuka dengan bakatnya sebagai pemandu kapal terbang!

Sumber: @tunku_abdul_rahman/ Instagram

Instagram: @tunku_abdul_rahman

Sumber: Asiantatler

Menarik bukan? Kalau anda belum menjadi pengikut kerabat diRaja ini, mungkin anda boleh mula hari ini untuk melihat perkembangan dan gambar-gambar menarik dari mereka!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ini Rahsia 9 Tradisi Untuk Bayi Kerabat DiRaja Yang Kita Tidak Tahu Pun!

Penulis

Beto Rahman