Kheris Rogers masih lagi di sekolah rendah namun dia sentiasa menjadi mangsa buli oleh pelajar yang berkulit cerah. Hanya kerana dia mempunyai tona kulit yang gelap. Ia telah menyebabkan keyakinan diri Kheris jatuh dan memberi impak yang negatif.
Ibu yang risau dengan keadaan tersebut telah memindahkan Kheris ke sekolah lain. Malangnya ejekan tersebut masih juga terjadi. Kali ini, pelajar berkulit hitam pula yang mengejeknya.
Kheris dari Los Angeles menceritakan yang semasa dia di gred pertama, dia telah ke sekolah yang mempunyai hanya empat orang pelajar berkulit hitam.
Ada satu ketika di mana cikgu meminta semua pelajar melukis diri mereka, cikgu memberikan krayon coklat gelap kepada mereka berempat. Ia sungguh menyedihkan.
Menurut kakaknya, Taylor Pollard, Kheris akan pulang ke rumah dan menceritakan tentang semua komen negatif yang didengarinya.
Dan pada Mac lalu, Pollard telah menunjukan kepada dunia melalui akaun peribadi Twitter miliknya, kecantikan adiknya. Gambar yang dimuat naiknya menjadi tular.
Hashtag #FlexInHerComplexion yang Tular
Walaupun baru berusia 10 tahun, tetapi Kheris telah mempunyai royalti. Kheris telah menggunakan hashtag #FlexInHerComplexion dan di ambil dari hashtag #FlexinInMyComplexion yang pernah menjadi tular pada tahun 2015.
Foto Kheris bukan sahaja mendapat banyak pujian malah ia juga telah memberi kanak-kanak berusia 10 tahun itu keyakinan diri.
Kejadian ini juga telah mendorong Kheris untuk memulakan ‘kata-kata’ pada pakaian untuk memperkasakan siapa yang berdepan dengan masalah sepertinya, Flexin’ In My Complexion.
Pada awalnya Kheris menyangka hanya dia seorang menghadapi masalah ini, namun kini dia sedar satu dunia melaluinya. Dan itulah yang mendorongnya untuk membantu mereka yang rasa seperti apa yang dia rasa.
https://www.instagram.com/p/BTSo5H0l-mq/
Pakaian ini baru dilancarkan pada April, namun sudah mendapat ramai peminat. Orang ramai di media sosial telah menayangkan baju T “Flexin’ In My Complexion” yang berharga $15. Kheris berkata yang dia rasa lebih yakin memakai baju tersebut biarpun dibuli.
https://www.instagram.com/p/BUPde1TlAN8/
Kheris dan kakaknya berharap mereka yang menghadapi isu yang sama juga dapat rasa apa yang dirasainya. Mereka juga bercadang untuk membuat baju jenis lain sempena musim panas nanti.
Melalui kisah Kheris, kita dapat lihat yang buli boleh terjadi kepada sesiapa. Perempuan, lelaki, malah mempunyai tona kulit yang berbeza juga boleh menjadi punca dibuli.
Bagaimana Mendidik Anak Menerima Perbezaan?
- Menunjukkan contoh kepada mereka. Tunjukkan yang kita juga tidak menilai seseorang melalui perbezaan mereka.
- Membawa mereka bermain di tempat awam di mana mereka akan bergaul dengan pelbagai orang. Biar mereka biasa dengan kepelbagaian.
- Membawa mereka melawat sahabat, saudara atau kenalan yang kurang upaya. Supaya mereka tahu berkawan tidak perlu memilih.
- Tidak mengejek atau memarahi seseorang dengan menilai rupa paras mereka. Anak-anak akan mencontohi anda.
- Jangan melarang mereka berkawan dengan orang yang berbeza (tona kulit, rupa paras atau keupayaan) dari mereka.
Bagi mengelakan anak-anak rasa rendah diri akibat merasakan diri mereka berbeza dari orang lain, anda boleh cuba membuat perkara berikut:
- Mengajar mereka bersyukur dengan apa yang mereka apa. Ucapkan syukur setiap hari.
- Ajar mereka ‘ikrar diri’ untuk menaikan keyakinan diri. Contohnya mengucapkan “saya baik, saya penting, saya cantik” dihadapan cermin.
- Ajarkan kepada mereka yang untuk dihargai, mereka sendiri harus menghargai diri mereka.
- Ajarkan kepada mereka kata-kata luar tidak penting melainkan mereka memandang berat kata-kata tersebut.
Mudah bukan, namun percayalah ianya berkesan.
Sumber: hufftingtonpost