DIY selimut bayi yang cantik ini dalam masa 30 minit tanpa perlu jahit!

Ramai ibu yang suka DIY barangan bayi mereka sendiri. Jadi kali ini, kami ingin kongsi bagaimana ibu boleh DIY selimut bayi tanpa perlu jahit! Senang saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keterujaan untuk menimang bayi yang bakal lahir memang tidak dapat di terangkan dengan kata-kata namun ia boleh dilihat dengan perbuatan. Contohnya seperti menyediakan kelengkapan bayi dari semua perkakas bayi baru lahir hingga ke selimut bayi.

Antara benda yang sering dapat kita lihat ialah ramai ibu bapa yang DIY barangan bayi mereka sendiri. Jadi kali ini, kami ingin kongsikan bagaimana anda boleh melakukan DIY selimut bayi tanpa perlu jahit!

Laman kraf, The Spruce telah berkongsi tutorial bagaimana anda boleh DIY selimut bayi anda tanpa perlu menjahit dalam hanya 5 langkah saja!

Jom ikut langkah satu per satu DIY selimut bayi tanpa jahit ini.

DIY selimut bayi : Penyediaan bahan dan alatan

Bahan-bahan

  • 2 helai kain jenis ‘anti-pill fleece‘ yang sama saiz

Alatan

  • Pembaris
  • Pen atau pensil fabrik
  • Gunting

Saiz

Untuk DIY selimut, cukup sekadar satu meter setiap hujung. Namun, anda boleh memilih untuk menjadikan selimut ini lebih besar.

DIY selimut: Ukur dan potong bucu selimut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ukur petak pada setiap bucu selimut. Saiz petak ini mestilah mengikut saiz ‘fringe’ yang anda mahu. Contohnya enam inci. Potong setiap bucu dengan saiz petak ini.

Jika ia tidak sama, tidak apa kerana anda tidak akan dapat melihat perbezaan setelah mengikat bahagian ini.

DIY selimut bayi : Potong bahagian Fringe

Kemudian mula memotong bahagian ‘fringe’, iaitu bahagian yang anda akan ikat menggabungkan kedua kain nanti. Ia harus sama panjang seperti petak yang anda potong di bahagian bucu tadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ukuran ‘fringe’ ini boleh mengikut keselesaan anda. Namun, lagti lebar, lagi besarkan saiz ikatan anda nanti. Jadi cuba gunakan saiz 6 inci panjang dan 2 inci lebar.

DIY selimut bayi : mengikat Fringe

Letakkan kedua helaian kain tadi dan mula mengikat ‘fringe’ dengan ikatan petak (tie a square knot). Ikat setiap ikatan dengan sangat ketat, namun jangan sehingga menarik fabrik

DIY selimut bayi : menyiapkan selimut

Teruskan mengikat setiap ‘fringe’ selimut hingga selesai. Anda juga boleh menambah butiran sendiri seperti sulaman atau corak butang dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh juga menonton video berikut untuk lebih faham. Selamat mencuba ibu-ibu semua!

Warna apa yang anda akan pilih? Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: the spruce

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma