3 Alat Patut Ada Dalam Peti Ubat Di Rumah Untuk Atasi Selsema Bayi!

Selsema memang perkara biasa yang menjangkiti anak-anak tidak mengira peringkat usia. Selsema bayi antaranya yang membimbangkan ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selsema memang perkara biasa yang menjangkiti anak-anak tidak mengira peringkat usia. Selsema bayi antaranya yang membimbangkan ibu bapa kerana mereka ini tidak pandai menghembuskan hingus, yang mereka tahu hanyalah menangis jika rasa tidak selesa.

Selsema bayi boleh jadi biasa tetapi membawa bahaya jika ibu bapa memberikan ubat sewenang-wenangnya tanpa nasihat doktor terutama bayi bayi di bawah umur dua tahun.

Apa pun, sebagai ibu bapa, jika tidak pasti sama ada anak sesuai atau tidak dengan sesuatu ubat itu, rujuklah kepada mereka yang pakar iaitu doktor, jangan sewenang-wenangnya memberikan sebarang ubat kepada anak anda kerana ia amat berbahaya untuk mereka.

Selsema bayi bawah dua tahun, jangan beri sebarangan ubat

Menurut perkongsian seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari, jangan berikan sebarang ubat kepada bayi di bawah dua tahun yang menghidap selsema.

Katanya perkara itu boleh jadi bahaya terutama bagi kanak-kanak di bawah dua tahun. Katanya, kalau suao jugak, bayi kita berisiko terkena sawan, sistem pernafaan terganggu sehingga membawa kepada kematian!

Tetapi katanya masih ramai yang belum tahu mengenai hal itu dan masih ramai jugak yang melakukannya dengan memberi ubat selsema kepada anak kecil di bawah dua tahun tanpa mengetahui risiko besar yang bakal dihadapi.

Budak kecil hanya tahu bernafas melalui hidung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, budak kecil mereka hanya tahu bernafas melalui hidung saja dan tidak mahir untuk hembus dan menarik udara daripada mulut seperti kita orang dewasa.

Disebabkan itu, apabila mereka ini terkena jangkita selsema, mereka akan merengek tidak berhenti kerana satu-satunya laluan untuk bernafas dihalang dengan gumpalan hingus yang pekat dan likat.

Nak hembus pula tidak tahu, lagilah menambah ketidakselesaan yang melanda anak-anak kecil ini.

Jika perkara ini tidak dirawat dengan baik, mulalah nak bernafas pun terlalu susah hingga sesak nafas jadinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawat dengan baik elak komplikasi lebih teruk

Jika tidak dirawat awal dan dengan baik nak bernafas pun akan jadi payah untuk bayi-bayi ini. Dada berombak laju dan akan kelihatan berlekuk-lekuk.

Jika itu berlaku suka atau tidak memang terpaksa berkejar ke hospital lah jawabnya kata doktor itu.

Menurutnya beliau yakin tiada ibu ayah yang sanggup melihat anak mereka begitu, dengan tersiksa begitu tiada siapa yang sanggup melihat. Jadi katanya ada tiga alat utama yang patut ada dalam peti ubat di rumah yang akan sangat membantu bila anak selsema.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi bila ada alat-alat ini, jika hidung bayi tersumbat tiadalah anda blur semacam atau rasa lost tidak tahu nak buat apa kan?

Sekurang-kurangnya anda da penyelamat keadaan sementara sebelum anda bawa anak berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

#1. Normal saline nasal drop

Mudah saja mahu gunakannya. Cuma perlu titiskan normal saline itu pada hidung bayi pada setiap tiga hingga enam jam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Nasal spray

Nasal spray ini banyak dijual di farmasi. Antara yang biasa kita jumpa adalah Sterimar Nasal Spray. Spray saja ke dalam hidung anak, pastikan anda tegakkan kedudukan anak dan spray saja ke dalam hidung mereka. Air garam daripada spray itu akan menyebabkan gumpalan hingus keluar.

Jangan takut untuk menggunakan alat ini kerana ia memang selamat untuk bayi. Cuma tegakkan saja kedudukan bayi anda apabila anda bersedia untuk spray. Hati-hati ya, jangan masuk mata pula.

Selepas itu lap saja hidung bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Baby nasal aspirator

Ada pelbagai jenis penyedut hingus ini ada yang manual boleh disedut menggunakan mulut atau memicit menggunakan tangan

Ada juga di pasaran yang menggunakan bateri anda hanya perlu tekan saja dan letakkan di hidung anak dan ia akan menarik hingus keluar.

Biasanya ada rama ibu bapa yang lebih gemar menggunakan sedutan manual yang menggunakan alat yang boleh disedut menggunakan mulut saja. Bila dapat keluar hingus anak itu, rasa puas sangat.

Anak pun akan kelihatan lega saja selepas itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Baca juga:

https://my.theasianparent.comselsema-ketika-hamil

 

Penulis

Lala Annuar